Monday, 13 October 2014

Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara 


Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Malaysia sepanjang Oktober ini, saya masih belum berputus asa untuk mencari maklumat berkenaan program kempen ini. Jika semalam saya menggunakan keyword "bulan kesedaran kanser payudara" melalui carian Google yang membuahkan hasil yang mengecewakan (membuatkan saya menulis tentang Refleksi: Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara?), hari ini saya mencuba dengan keyword "breast cancer awareness". Alhamdulillah, muncul pada auto suggestion Google Search keyword "breast cancer awareness month Malaysia".

breast cancer awareness month
Photo: www.dailymuscle.com


Akhirnya, saya menjumpai pautan-pautan yang bermakna terletak dalam halaman pertama carian Google seperti berikut:

Breast Cancer Welfare Association Malaysia
PRIDE Foundation Malaysia
Pink Ribbon (Official Website)

Sekali lagi saya terfikir, bagaimana agaknya makcik-makcik dengan kemahiran bahasa Inggeris yang terhad hendak mendapatkan maklumat berkenaan badan-badan organisasi di atas?


No comments:

Post a Comment