Wednesday, 22 October 2014

15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 2)

15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 2)


[sambungan dari 15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 1)]

6. Perubahan Nodus Limfa


Nodus limfa terdapat di kebanyakan bahagian dalam tubuh, yang berperanan penting dalam sistem limfatik yang terlibat dalam sistem imun tubuh. Kebiasaannya, jangkitan dan inflamasi menyebabkan nodus limfa membengkak dan hanya melibatkan bahagian yang terlibat, contohnya jangkitan atau infeksi di bahagian mulut menyebabkan nodus limfa di bahagian membengkak.

Walau bagaimanapun, sesetengah kanser seperti leukemia dan lymphoma juga menyebabkan perubahan pada nodus limfa, terutama jika berlaku bengkak pada nodus limfa yang tidak surut-surut melebihi tempoh 1 bulan.

Photo: www.webmd.com

7. Sukar menelan

Tanda yang perlu diberi perhatian jika mengalami sukar menelan ialah jika situasi sukar menelan sering berlaku dengan diiringi oleh penurunan berat badan dengan mendadak selain muntah-muntah, kemungkinan ialah kanser nasopharyngeal (NPC) yang melibatkan bahagian hidung (nasal), dan lelangit atas (pharynx), selain kanser perut.


Photo: caringforcancer.areasdigital.org

8. Penurunan berat badan yang mendadak


Penurunan berat badan yang mendadak yang dimaksudkan adalah jika berat badan menurun dengan banyak tanpa sebarang senaman atau aktiviti fizikal, atau perubahan dalam corak pemakanan. Penurunan berat badan yang banyak secara tiba-tiba biasanya dikaitkan dengan hampir semua jenis kanser. Jika perkara ini berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera untuk memastikan punca berat badan berkurangan dengan mendadak.

Loss of Weight: Danger Signal of Cancer
Photo: www.modernguidetohealth.com

9. Pedih ulu hati 


Kekenyangan melampau, tekanan dan alkohol merupakan antara punca biasa pedih ulu hati. Namun, pedih ulu hati yang berterusan atau semakin teruk tanpa faktor yang jelas kemungkinan menunjukkan kanser perut, kanser ovari, atau kanser tekak.

Photo: www.undergroundhealth.com

10. Ulser mulut


Ulser yang kelihatan seperti tompok putih atau merah dalam bahagian mulut melibatkan bahagian dalam pipi, lidah, bibir atau mana-mana bahagian dalam mulut, yang tidak sembuh-sembuh dalam tempoh yang lama melebihi tempoh 3 minggu  kemungkinan menunjukkan kanser mulut, lebih-lebih lagi di kalangan perokok.

Photo: www.cancerresearchuk.org

Jika anda mendapati sebarang tanda-tanda di atas, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. 

Better be safe than sorry.


[bersambung ke 15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 3)]

No comments:

Post a Comment