Bekalan Air Paip Mukah Keruh Lagi!
Dua hari lepas, bekalan air paip di Mukah, Sarawak putus sebentar di beberapa bahagian dalam daerah Mukah. Perkara pertama bermain dalam fikiran penduduk setempat ialah 'air paip bakal keruh lagi'. Ini bukanlah kali pertama hal ini berlaku, malah banyak kali. Terbaru sebelum ini ialah pada pertengahan bulan September lepas. Jika sebelum ini ada notis gangguan bekalan air dikeluarkan (walaupun tidak tepat mengikut tarikh yang diberitahu), kali ini gangguan ini berlaku tanap notis. Mungkin ada notis, mungkin tidak, tetapi setakat ini saya tidak terjumpa sebarang notis gangguan air yang viral di Facebook atau aplikasi WhatsApp/Telegram/WeChat seperti kebiasaan.
Lihatlah kualiti airnya, sangat keruh. Jangankan hendak dibuat air minuman, mandi dengan air keruh sebegini pun membuatkan badan terasa berlendir dan melekit.
Air yang diambil tanggal 17 Oktober 2014 |
Saya sengaja menadah air yang terawal keluar dalam suaut bekas dan biarkan ia termendak. Ternyata mendakannya selepas 2 jam adalah setinggi separuh daripada keseluruhan tinggi air dalam bekas. Selepas setengah hari dan 24 jam, ketinggian keladak mendakan itu mulai menurun menandakan kualiti air semakin jernih.
Terdengar juga banyak rungutan orang kampung yang tidak mempunya penapis bekalan air yang masuk ke rumah. Kebanyakannya terpaksa membeli berkotak-kotak air mineral untuk menampung keperluan air masak dan minuman. Kasihannya kepada warga kampung yang kurang berkemampuan.
Impak Pencemaran Air
Teringat semasa kecil-kecil dahulu, jika ada gangguan terputus bekalan air paip, orang kampung masih ada sumber lain iaitu pergi ke hulu sungai untuk mendapatkan bekalan air bersih yang belum tercemar. Bagi air mandi pula, kami menggunakan air perigi. Terbayang kecutnya waktu pagi terpaksa mandi air perigi yang sejuk!
Kini, dengan loji penapisan air telah berpindah dari hulu Sungai Petanak (kampung saya) ke sumber sungai yang lain, orang kampung sudah hilang punca air bersih dari sungai, lebih-lebih lagi kewujudan ladang kelapa sawit di bahagian pedalaman hulu kampung yang menumpahkan sisa ladang ke dalam sungai, hingga menyaksikan sungai semakin mengecil kerana keladak yang dibawa dari hulu sungai melimpah ke dalam sungai. Baja dari ladang juga menyuburkan air sungai dan menyebabkan rumpai dan mensiang sungai tumbuh dengan banyak dan menyesarkan sungai, dan menyebabkan tebing sungai semakin ke dalam dan mengecilkan sungai. Air sungai yang dulunya hitam tetapi jernih oleh air paya dari hulu, kini berubah keruh seperti air teh susu.
Penapis Air?
Terdengar juga rungutan orang kampung yang memiliki penapis air yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk filter maintenance akibat timbunan mendapan dalam bekalan air paip yang menerjah sistem penapis mereka. Bayangkan, filter yang sepatutnya bertahan selama setahun, terpaksa ditukar setiap kali ada longgokan keladak dari bekalan air paip. Bayangkan pula situasi ini berlaku setiap bulan, dan mereka terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM400 - RM800 untuk servis penapis. Sungguh ironi, sepatutnya memiliki sistem penapis air rumah ini memberi kelebihan kepada mereka, tetapi tidak membantu pada masa-masa keperluan mendesak malah terpaksa berbelanja ekstra untuk menggantikan filter yang tidak mampu menampung ledakan keladak dalam air paip. Bagi yang berkemampuan pula sama ada dari segi kemampuan berbelanja untuk maintenance sistem penapis atau golongan yang mampu memiliki sistem penapis air rumah yang canggih yang mampu menepis 'serangan' ini, mereka tidak menghadapi masalah besar malah rata-ratanya tidak sedar akan masalah air yang sedang melanda kecuali setelah mendengarnya daripada rungutan penduduk setempat.
Mujur bagi rumah ibubapa saya, ibu saya menyediakan simpanan air minuman dalam tong. Saya juga menyediakan penapis air Shaklee (Get Clean® Water Pitcher) untuk kegunaan harian bagi air minuman yang lebih bersih dan selamat, terutama sekali kemampuannya menapis pencemaran plumbum dalam air paip yang tidak nampak pada pandangan mata kasar. Apatah lagi dengan tahap pencemaran serupa teh susu ini, saya tidak dapat membayangkan jika mendakan yang sama berlaku dalam badan kita. Memadailah untuk mendapat bekalan air minuman yang bersih dan selamat, mudah dibawa ke mana-mana, maintenance yang rendah dan mudah, serta blok penapis yang mesra alam dan murah lagi jimat.
Rungutan salah seorang kawan saya |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE
Call SMS WhatsApp 019-6311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com
No comments:
Post a Comment