Hijab Review: Sensasi Hijab Bokitta
Fareeda
Tolong tepi sikit...
Tolong tepi sikit...
Bokitta nak lalu...
Ehehe... sebenarnya saya sendiri tidak pernah membeli tudung Fareeda hatta Pearl Haya yang menjadi sensasi tudung sebelum ini (dengarnya ramai yang berbaris-baris di luar kedai menunggu kedai dibuka setiap kali ada promosi). Ini kerana selain harganya yang agak mahal, saya juga merasakan fesyennya lebih sesuai digayakan oleh wanita golongan korporat dan eksekutif, bukannya wanita yang "berkarier" santai-santai dan kasual dari rumah seperti saya.
Photo: FB Bokitta Arau Perlis [klik image untuk pautan ke FB Page] |
Saya tidak pernah membeli tudung dengan harga melebihi RM30 sehelai. Jika adapun shawl yang mahal dalam simpanan (saya consider harga melebihi RM60 sehelai sebagai mahal), sama ada saya membelinya pada harga diskaun ataupun dihadiahkan oleh orang lain. Teringat dahulu, antara shawl pertama saya dapat adalah dari jenis kain sutera berharga lebih RM100 sehelai, dan saya dihadiahkan sebanyak 2 helai. Sehingga sekarang saya masih menyimpannya walaupun sudah agak lusuh kerana puas dipakai. Hadiah, masakan nak dibuang.
Antara sebab saya kurang gemar membeli tudung terkini dengan harga runcit yang mahal ialah kerana fesyennya tidak kena dengan jiwa saya yang santai. Selain daripada itu, saya menyedari fesyen tudung yang pantas berubah, tidak mungkin saya hendak berhabis berpuluh beratus ringgit semata-mata kerana tudung. Sebab lain ialah fesyen tudung yang penuh dengan manik atau perlu banyak lilitan sangat tidak praktikal untuk saya mendukung anak kecil yang akan menarik-narik kain tudung atau manik, selain mengambil masa yang lama untuk memakainya. Saya bukan salah seorang yang patuh dengan prinsip fesyen - "discomfot is fashion", saya dalam golongan yang bergaya ringkas sahaja dan jarang terjebak dengan arus fesyen terkini.
Why Bokitta?
Akan tetapi, setelah diperkenalkan dengan tudung Bokitta oleh Master Wan Fatihanum seawal musim Hari Raya Puasa baru-baru ini, saya mula tertarik kerana fesyennya yang smart-casual look. Walaupun tampak santai dan kasual, tudung Bokitta ini juga nampak chic untuk digayakan ke pejabat. Saya juga sukakannya kerana instant, pin-free and ready-wrapped - sesuai dengan apa yang diiklankan. Sangat mudah dipakai, tampak kemas dan sekurang-kurangnya tidak nampak "selebet" sangat. Menariknya, saya rasa sesiapa yang sebelum ini merasakan tidak bergaya untuk memakai tudung ditambah dengan hassle memakainya, akan berubah fikiran dengan hijab Bokitta ini kerana ianya bergaya dan mudah dipakai serta sesuai dengan cuaca panas yang lembap. Kali ini, no more bad hair day, dengan Bokitta, it is always good head scarves day hehehe...
Saya dengan Big Petonians Chic |
Bokitta ini berasal dari Lubnan dan telah menerjah ke pasaran antarabangsa seperti Amerika, China, India, Indonesia dan lain-lain 140 negara, terkini adalah Malaysia dengan patent-pending.
Terdapat dalam dua rangkaian dengan dua rekaan dan saiz iaitu;
- Voila & Voila Maxi
- Chic & Chic Maxi
Photo: My Bokitta |
Photo: My Bokitta |
Anda boleh mendapatkannya di;
- Bokitta @Curve , The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya - di barisan kiosk di jambatan penyambung antara IPC dan The Curve.
- Bokitta @Plaza Angsana, Johor Bahru
- Bokitta @Angsana Ipoh Mall, Ipoh
Anda juga boleh mendapatkannya secara online.
Ingin tahu lebih lanjut, boleh klik ke pautan ini [My Bokitta].
*Saya sudah mula "usha" Spot Flowers dan Jungle Leaves hehehe...
No comments:
Post a Comment