Friday 19 September 2014

Kebaikan Bermain Peranan (Role play) kepada Perkembangan Kanak-kanak

Kebaikan Bermain Peranan (Role play) kepada Perkembangan Kanak-kanak

Role Play

Role play atau bermain peranan (juga imaginative play) merupakan cara kanak-kanak bermain dengan menggunakan imaginasi mereka dalam memainkan pelbagai watak atau peranan berdasarkan pengalaman (melihat orang dewasa melakukannya, atau terlibat dalam pengalaman sebenar dan kemudian mengulanginya, contoh bermain menjadi anak atau murid sekolah).

Yaya bermain masak-masak (dengan aksi "menyiang" dan "membakar ikan")


Melalui permainan watak ini, kanak-kanak bereksperimentasi dalam membuat keputusan, dan juga mengasah kemahiran komunikasi dan sosial apabila bermain dengan watak dan kawan-kawan. Bermain watak membolehkan mereka meluahkan apa yang telah mereka pelajari dan alami dari persekitaran melalui apa yang mereka telah lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh. 

Role play membenarkan kanak-kanak mengenali dan terlibat dengan persekitaran mereka dan dunia orang dewasa. Sering kali ibu bapa tidak menyedari pentingnya role play dalam perkembangan kanak-kanak, sedangkan melalui role play, kanak-kanak belajar banyak perkara praktikal tentang kehidupan, antaranya aktiviti harian seperti makan, minum, mandi, bangun tidur, memakai baju dan sebagainya, serta juga mengasah kemahiran sosial seperti berkawan, berkongsi dengan orang lain dan bertolak-ansur. Malah, pada zaman sekarang, cabaran terbesar kanak-kanak dalam eksplorasi imaginasi mereka dalam permainan watak diambil alih oleh penggunaan gajet. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa bagi memastikan kanak-kanak melalui zaman kanak-kanak mereka dengan permainan sepatutnya iaitu bermain peranan yang sangat penting sebagai asas kemahiran hidup bukan sahaja aktiviti praktikal harian malah kemahiran sosial dan mengendalikan emosi.


Kebaikan Bermain Peranan

  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak menerokai dan menginterpretasi alam orang dewasa.
  2. Mengembangkan kemahiran sosial seperti berkongsi, berbincang, bertolak ansur dan mengambil giliran.
  3. Mengembangakn kemahiran menyelesaikan masalah dan mencari penyelesaian.
  4. Mengasah perkembangan emosi melalui penghidupan semula watak dan luahan perasaan peranan yang dipegang. 
  5. Meningkatkan rasa empati dan disiplin dalam diri kanak-kanak melalui penghidupan watak.
  6. Menggalakkan imaginasi kanak-kanak melalui plebagai watak yang dilakonkan.
  7. Mengasah kemahiran berkomunikasi dan menggunakan bahasa iaitu kemahiran mendengar, melihat, memberi perhatian dan bercakap, serta juga komunikasi non-verbal seperti bahasa tubuh dan riak wajah.
  8. Kanak-kanak dapat menyalurkan tenaga dan tekanan mereka melalui bermain.

Rujukan:



No comments:

Post a Comment