Friday 21 November 2014

Desserts Place: Medan Ria, Setia Raja, Mukah

Desserts Place: Medan Ria, Setia Raja, Mukah


Semalam kami sekeluarga mengunjungi Medan Ria, Setia Raja, Mukah, suatu tempat medan selera yang lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai tempat untuk makan ABC atau cendol. Kami gemar datang ke medan selera ini pada waktu tengah ahri yang panas atau sekadar melepak di waktu petang untuk menikmati ABC atau cendol kegemaran masing-masing selain makanan lain yang turut ditawarkan oleh deretan gerai yang terdapat di situ.

Yaya yang teruja melihat ABC jagung yang dipesan tiba

Photo: cheeleongtoh.blogspot.com

Antara menu yang oleh didapati adalah seperti masakan panas (mee goreng, nasi goreng, nasi ayam, char kuey tiaw dan sebagainya) pizza dan steak, pelbagai jenis rojak (rojak cucur, rojak kangkung, rojak buah), kuih muih, apam balik, pelbagai jenis cucur, dan terutama sekali lebih 20 jenis ABC dan cendol. Itulah yang menjadi tarikan di Sarawak, iaitu pelbagai jenis ABC antaranya ialah ABC Milo, ABC jagung, ABC special, ABC pandan, ABC gula apong dan banyak lagi (saya hanya sekadar menyebut nama yang sering dipesan).

Photo: cheeleongtoh.blogspot.com

Saya terlupa menangkap gambar Medan Ria ini, namun sempat menangkap gambar makanan dan ABC yang kami pesan. Dalam banyak-banyak gerai yang terdapat di Medan Ria ini, gerai pilihan kami ialah Kafe D'Impian kerana rojaknya yang sedap. Dari segi ABC pula, gerai ini juga menjadi pilihan kerana campuran 'topping' yang berupa jelly, kacang merah, jagung, laici dan sebagainya menurut jenis menu, adalah 'mengena' pada selera kami terutama anak-anak. Anak-anak tidak gemarkan ABC yang banyak meletakkan jelly cendol yang berwarna hijau mahupun kacang merah yang terlalu banyak dan gerai ini mencampurkan 'topping' tersebut dalam kadar yang 'kena' dengan selera mereka.

Inilah gerai pilihan kami sekeluarga

Antara menu yang kami pesan ialah ABC jagung, ABC gula apong, cucur pisang, cucur udang, keropok lekor dan yang paling istimewa bagi saya, rojak cucur. Saya mesti mendapatkan rojak cucur ini setiap kali berkunjung ke gerai ini kerana kuah rojaknya yang tidak kedekut dengan kacang. Pada kebiasaannya, kita mendapati kuah rojak untuk dijual biasanya agak 'kedekut' dengan sesetengah ramuan, namun kuah rojak di gerai ini adalah seperti yang kita akan buat sendiri di rumah untuk dimakan sendiri (biasanya jika kita buat sendiri di rumah, kuah lebih pekat dengan bahan-bahannya mewah, tidak cair 'leleh' hehehe...).

ABC gula apong yang saya pesan

ABC jagung yang dipesan En. B dan anak-anak

Atas: cucur pisang dan cucur udang dengan sos cili untuk dicicah
Bawah: rojak cucur yang menjadi favourite

Nyummehhh rupa cucur di sebalik kuah rojak

1 comment: