Monday 17 November 2014

Segar dengan Gel Mandian Frisson de Verveine @ Frisson Verbena L'Occitane

Segar dengan Gel Mandian Frisson de Verveine L'Occitane


Sempena harijadi saya baru-baru ini, En. B menghadiahkan saya siri mandian Frisson de Verveine L'Occitane yang terdiri daripada shower gel dan body mist. Peka juga rupanya En. B dengan photo di Facebook Page L'OCCITANE en Provence yang saya kongsikan kepada beliau (daripada banyak-banyak photo untuk beri hint yang mana satu, photo yang ini yang beliau tunjuk di outlet hehehe...). Baru sahaja bulan sebelumnya beliau hadiahkan losyen badan Cherry Blossom L'Occitane yang kini saya gilir-gilirkan pakai dengan Jojoba Oil Crabtree & Evelyn yang Master Hanum hadiahkan pada bulan September baru-baru ini, selain losyen Roses et Reines L'Occitane yang hampir habis.

L'Occitane Frisson de Verveine Refreshing Shower Gel

Berbanding dengan pewangi badan, saya lebih gemar menggunakan shower gel atau shower cream yang harum serta produk mandian lain seperti sabun, essential oils, body scrub, body mist dan sebagainya. Jadi, jika sesiapa ingin memberi saya hadiah apa-apa, boleh dapatkan saya body and bath care products yang wangi-wangi hahahah...

Ini pertama kali saya mencuba wangian Frisson Verbena @ Frisson de Verveine ini. Untuk siri lain L'Occitane, saya gemarkan haruman Rose 4 Reines @ Roses et Reines (saya peminat bunga dan haruman berasaskan ros, lebih-lebih lagi Bulgarian Rose).

Untuk Frisson de Verveine ini, sememangnya haruman verbena sangat menyegarkan. Pada mulanya saya ingatkan harumannya berasaskan citrus lemon kerana baunya hampir serupa dengan shower gel yang digunakan di barisan Hotel Concorde. Akan tetapi setelah mengkaji sedikit tentang Verveine @ Verbena, rupa-rupanya ia berasal daripada daun herba verbena yang boleh dijumpai di tebing sungai di daerah Provence, Perancis. Namun, saya juga tidak salah tentang citrus lemon, kerana verbena memang dikenali dengan bauan yang seakan-akan lemon di pasar tamu di sekitar Provence.


L'Occitane Frisson de Verveine Body Mist

Saya sukakan mana-mana siri produk yang menggunakan bahan semula jadi seperti (semestinya) Shaklee, L'Occitane dan terbaru Crabtree & Evelyn (gara-gara pengaruh Master Hanum hihihi...). L'Occitane menggunakan bahan semula jadi selain essential oils sebagai ramuan utama produk. Variasi haruman mewah dan segar pula menjadikan tempoh 5 minit mandian terasa seperti 'percutian' untuk seorang surirumah sepenuh masa seperti saya (5 minit 'me-time' yang terasa sangat berbaloi). Kriteria paling penting saya dalam memilih shower gel or cream ialah tidak menyebabkan kulit rasa kering atau berlendir selepas mandi.

Insyaallah dapat bonus Shaklee akan datang, saya bercadang hendak dapatkan Jenipapo Shower Oil atau Arlesienne Shower Cream pula. Kalau ada sesiapa nak hadiahkan kepada saya, lagi best eheheh...

anyone? =D


Banyak parut jerawat? Baca selanjutnya tentang cara menghilangkan parut jerawat dengan Shaklee


No comments:

Post a Comment