Friday 14 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin C, Terbaik untuk Kulit

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin C, Terbaik untuk Kulit


Vitamin C sememangnya terkenal dalam fungsinya dalam memastikan kecantikan kulit. Tidak kira pengambilan dalam bentuk makanan yang tinggi kandungan vitamin C, ataupun suplemen, malah dalam bentuk sapuan di kulit, vitamin C menjadi pujaan pencinta kecantikan kulit, sehinggakan pada tahap mengambil suntikan vitamin C untuk kecantikan kulit (namun harus diingatkan, suntikan ini hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit estetik berlesen).

Vitamin C didapati terdapat paling banyak pada lapisan kulit epidermis dan dermis, selain daripada asid urik dan gluthathione. Walau bagaimanapun, pendedahan berlebihan kepada sinaran radiasi matahari dan pencemaran seperti tabiat merokok menurunkan paras vitamin C dalam kulit dan menjejaskan kesihatan kulit.

Photo: readanddigest.com

Bagaimanakah vitamin C membantu dalam memelihara kesihatan dan kecantikan kulit? Dengan pemahaman yang lebih lanjut, kita dapat menggunakan vitamin C untuk mendapatkan kesan optimum tanpa perlu berlebihan tentangnya.

Peranan vitamin C dalam kesihatan dan kecantikan kulit


  • Antioksidan semula jadi

Sifat antioksidan vitamin C menjadikannya nutrien yang penting untuk kesihatan kulit. Ciri antioksidan ini melindungi kulit daripada kerosakan kesan radikal bebas oleh sinar ultraviolet.

  • Pemangkin sintesis kolagen 

Sifat vitamin C yang merangsang penghasilan atau sintesis kolagen menjadikan vitamin C penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ini kerana kolagen memberi struktur kepada kulit di samping memberi kestabilan dan kekuatan kepada kulit, dan juga memberi sokongan kepada lapisan epidermis kulit. Ini memberi kesan kulit yang anjal dan tegang.

  • Bersifat pelindung daripada sinar radiasi matahari

Pengambilan suplemen vitamin C didapati mampu mencegah kerosakan kulit oleh sinar radiasi matahari ultraviolet, terutama sekali apabila disertakan sekali dengan suplemen vitamin E dan zinc. Tidak kira diambil secara suplemen atau sapuan di kaluit, vitamin C didapati bersifat pelindung kepada kulit daripada sinaran matahari dan seterusnya mencegah kedutan yang terjadi berpunca daripada kerosakan tersebut.

  • memulihkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari
Vitamin C mampu mengurangkan kesan kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet dari matahari. Biarpun vitamin C bersifat pelindung, ianya tidak mampu menyerap radiasi ultraviolet spektrum UVA dan UVB. Namun begitu, ciri antioksidan pada vitamin C yang melindungi, mengurang dan memulihkan kulit daripada kerosakan sinar ultraviolet. Vitamin C mengangkut protein untuk keratinocyte, sel yang penting pada lapisan epidermis untuk melindungi kulit.

  • mencegah kehilangan kelembapan kulit
Suplemen vitamin C didapati mengekalkan kelembapan kulit di samping melambatkan kedutan dan seterusnya kesan penuaan pada kulit.

  • elemen penting dalam penyembuhan luka
Proses penyembuhan luka memerlukan kolagen sebagai bahan penting. Ini meningkatkan keperluan terhadap kolagen yang dirangsang penghasilannya oleh vitamin C. Kekurangan vitamin C melambatkan penghasilan kolagen ayng mencukupi dan seterusnya melambatkan penyembuhan luka.

Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C yang berlebihan tidak bermakna penyembuhan luka lebih dipercepatkan kerana mengambil kira faktor kapasiti maksimum kepekatan vitamin C dalam darah selain kecepatan fasa penyembuhan luka itu sendiri. Pendek kata, vitamin C yang cukup mampu mengoptimumkan tempoh penyembuhan luka.

Photo: Oranges are rich in vitamin C: where do you get your daily dose?
Photo: Shaklee Malaysia

Kesan kekurangan vitamin C kepada kulit


Salah satu penyakit akibat kekurangan vitamin C ialah scurvy, suatu keadaan yang boleh dicegah hanya dengan pengambilan serendah 10mg vitamin C sehari. Apabila paras vitamin C rendah dalam darah, sintesis atau pembentukan kolagen juga menurun dan ini menjejaskan pertumbuhan tisu penghubung dan saluran darah di bawah kulit, suatu struktur penting untuk kulit. 

Antara tanda-tanda scurvy ialah gusi mudah berdarah, mudah lebam, sakit otot, kulit pucat, mata cengkung, dan kulit kelihatan tebal. Komplikasi daripada penyakit scurvy akan menyebabkan luka lambat sembuh akibat kehilangan kolagen, bahan penting dalam penyembuhan luka. 

Photo: www.med.uc.edu

Antara tanda-tanda lain kekurangan vitamin C pada kulit ialah:

  • kulit kasar, kering bersisik
  • tompokan merah tanda pendarahan bawah kulit
  • mudah lebam
  • luka lambat sembuh
  • mudah mendapat jangkitan kulit

Sumber makanan kaya vitamin C

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin C ialah:

A. Buah-buahan


  • buah citrus - limau, oren, lemon
  • buah beri - strawberry, blueberry, cranberry, raspberry
  • nanas
  • mangga
  • betik
  • kiwi
  • durian
  • dan lain-lain

B. Sayur-sayuran


  • sayur cruciferous - brokoli, cauliflower
  • sayur berdaun - bayam, kobis
  • ubi keledek
  • tomato
  • dan sebagainya

Pengambilan vitamin C juga boleh diambil dalam bentuk suplemen. Suplemen vitamin C yang terbaik ialah yang menggunakan sumber semula jadi (pada label tertera penggunaan serbuk semula jadi seperti rose hips powder, acerola powder) dan haruslah disertai dengan bioflavonoids terutama citrus bioflavonoids (lemon, orange etc). Ini kerana penyerapan dan tindakan vitamin C adalah optimum dengan tindak balas sinergi oleh bioflavonoids.

Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee dan Chewable Vita-C Plus Shaklee merupakan contoh suplemen vitamin C menggunakan ascorbic acid daripada rose hips powder dengan kandungan citrus bioflavonoids.

Kajian berkaitan vitamin C dan kesihatan kulit


Dalam dua kajian terhadap tikus, vitamin C dalam bentuk ascorbic acid mengurangkan risiko kanser kulit yang dirangsang dengan pendedahan sinar ultraviolet yang panjang. 

Dalam kajian ke atas manusia pula, suplemen vitamin C sahaja tidak cukup untuk perlindungan ke atas kerosakan sinaran ultraviolet. Pengambilan bersama suplemen vitamin E bagaimanapun memberi kesan perlindungan terhadap sinaran ultraviolet. Interaksi antara kedua-duanya didapati perlu bagi mendapatkan kesan perlindungan yang diingini.

Dua kajian pemerhatian pula mendapati pengambilan diet tinggi dengan vitamin C dikaitkan dengan kulit yang lebih sihat, dan pengurangan ketara dalam kedutan kulit.

Photo: Vitamin C is one of the safest and most effective nutrients. For more benefits visit http://bit.ly/1ppCHx7 and share this information!
Photo: Shaklee Malaysia

Rujukan:




Photo: Have you had Shaklee’s Sustained Release Vita-C Plus™ today? Contact your distributor to get your bottle!
Photo: Shaklee Malaysia


Sustained Release Vita-C Plus 500mg
  • Suatu bentuk vitamin C yang kuat.
  • berasaskan bahan semula jadi, bukan sintetik, all natural sebagaimana suplemen Shaklee yang lain.
  • Dihasilkan dengan sistem proprietary sustained-release yang membekalkan vitamin C bersamaan dengan satu setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.
  • membantu mengekalkan perlindungan antioksidan semula jadi, integriti sel, dan kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.
  • menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi, serta kesihatan seluruh tubuh.
  • tidak mengandungi perisa,pemanis, pewarna atau pengawet tiruan

rahsia kulit sihat
Photo: www.healthdigezt.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan Sustained Release Vita-C Plus?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.



SRVC

***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.

atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment