Saturday 29 November 2014

Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 1 - Linut)

Aktiviti Family-Get-Together Cara Orang Melanau: Berambih Pelinut (Part 1)


Tidak kira apa-apa budaya di dunia, makanan menjadi penghubung dan tumpuan dalam kegiatan masyarakat. Begitu juga dengan salah satu etnik di Sarawak, Borneo iaitu Melanau yang gemar mengadakan sesi "pelinut" atau ber"linut" sebagai salah satu aktiviti merapatkan tali perhubungan keluarga dan rakan-rakan yang berorientasikan sesi makan-makan, dalam hal ini, makan "linut".

Hidangan tipikal dalam acara berlinut

Linut


Linut merupakan hidangan tradisional orang Melanau, satu hidangan makanan berkanji menggunakan tepung sagu yang diekstrak daripada batang rumbia sebagai bahan utama. Rupa linut adalah likat seperti gam dan ini terhasil apabila larutan tepung sagu dicampurkan dengan air panas.

Linut dikategorikan sebagai makanan sihat kerana ianya merupakan sejenis kanji karbohidrat kompleks, rendah lemak, rendah sodium, tanpa kolesterol dan mengenyangkan. Ianya sesuai bagi mereka yang ingin berdiet, namun bergantung dengan kuantiti dan jenis cicah yang diambil. Sebagai hidangan karbohidrat kompleks, ianya sesuai untuk pesakit kencing manis kerana ia tidak menyebabkan lonjakan paras glukosa dalam darah.

Cara makan linut


Linut disediakan dalam bekas seperti besen kecil yang diletakkan di tengah-tengah sajian dan diambil denga menggunakan sejenis penyepit buluh yang dipanggil 'supit'. Namun, linut juga boleh dinikmati dengan menggunakan chopstick dan garpu.

Linut ini kemudiannya dicicah biasanya dalam sambal belacan, namun ada juga yang mencicahnya dalam kuah kegemaran masing-masing seperti kuah midin belacan dan sebagainya (saya masih ingat ketika kecil-kecil dulu, disebabkan lidah sebagai budak kecil yang kurang tahan pedas, saya gemar mencicah linut dalam air gula. Manakala salah seorang sepupu saya saya gemar mencicah dalam air teh).

Budaya lain yang turut mempunyai hidangan yang hampir sama


Hidangan ini juga terdapat dalam budaya kaum Bisaya di utara Sarawak dan juga orang Melayu Brunei dengan nama lebih dikenali sebagai ambuyat. Selain daripada orang Melanau, orang Penan di pedalaman Sarawak juga menghasilkan sendiri tepung sagu dengan mengektrak daripada batang rumbia, maka tidak hairan hidangan ini menjadi salah satu makanan ruji masyarakat Penan.

Selain daripada itu, terdapat kaum di Irian Jaya dan Papua New Guinea turut diketahui menghasilkan sendiri ekstrak tepung sagu daripada batang rumbia (pernah melihat dokumentari masyarakat ini di saluran National Geographic atau Discovery Channel).

Cara penyediaan linut


Di bawah merupakan cara-cara penyediaan linut (hidangan 12 orang):

Bahan-bahan:


500gm tepung sagu
Air putih secukupnya
Air panas mendidih secukupnya

Cara-cara;



  1. Campurkan air putih ke dalam tepung sagu sehingga larut namun tidak terlalu cair.
  2. Kacau larutan tepung sehingga betul-betul rata.
  3. Sambil terus mengacau, minta bantuan orang lain untuk menuangkan air panas yang baru mendidih dan teruskan mengacau sehingga tepung mulai berubah berwarna jernih dan kental.
  4. Sedia untuk dinikmati bersama sambal atau kuah cicah kegemaran.

Sambal belacan dalam sesi berlinut biasanya terdiri daripada ikan bilis, belacan, bawang merah, bawang merah dan cili yang ditumbuk halus dan ditambah dengan air asam limau kasturi. Ianya juga sesuai dimakan bersama ulam-ulaman yang turut menjadi hidangan wajib dalam sesi berlinut. Namun, sambal belacan untuk hidangan linut lebih kepada bentuk pes sambal kerana ianya ditambah air agar lebih mudah dicicah.

...bersambung part 2...







10 comments:

  1. Bestnya aktiviti makan mcm.Ni.. Mmg mengeratkan hubungan dgn semua family.. Linut tu mcm ambuyat ke sis??

    TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS

    ReplyDelete
  2. Baru dengar istilah melinut ini, terima kasih sudi kongsi informasi kak lia. Kalau keluarga berkumpul memnag sesuai makan hidangan seperti in, tambah lagi kemesraan sesama keluarga.

    Pedas Yang Mmembawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi makanan tradisi melanau ni. nampak macam sedap je kan

    Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

    ReplyDelete
  4. Best makan ramai2 nie.. selera sgt..

    ReplyDelete
  5. pernah tengok resepi linut ni kt facebook.. nampak sedap, boleh try la..

    ReplyDelete