Wednesday 12 November 2014

Bahaya Pengambilan Vitamin A Secara Berlebihan

Bahaya Pengambilan Vitamin A Secara Berlebihan


Pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan toksik kepada tubuh, terutama sekali apabila diambil dalam jumlah yang besar (contohnya melalui suplemen vitamin A berdos tinggi). Namun, pengambilan makanan atau suplemen dalam bentuk provitamin A (seperti CarotoMax Shaklee) merupakan pilihan yang lebih selamat kerana tidak akan menyebabkan keracunan toksik tersebut kerana provitamin A hanya bertukar kepada vitamin A apabila diperlukan oleh tubuh. 

Photo: paleo.com.au

Pengambilan vitamin A berlebihan boleh menyebabkan;
  • kecacatan janin jika diambil oleh ibu hamil
  • kerosakan hati
  • perubahan pada kulit, kuku dan rambut 
  • meningkatkan tekanan dalam kranium atau tengkorak (intracranial pressure) yang membawa kepada gejala muntah-muntah dan loya
  • osteoporosis atau kereputan tulang.
Pengambilan provitamin A (seperti sayur dan buah kaya carotenoid, atau CarotoMax Shaklee) bagaimanapun tidak menyebabkan keadaan tersebut. 

Pengambilan makanan tinggi vitamin A oleh wanita hamil


Atas faktor inilah kenapa wanita disarankaan agar TIDAK mengambil terlalu banyak makanan organ hati seperti hati ayam dan hati lembu bagi mengelakkan keracunan vitamin A biarpun hati ayam mengandungi zat besi yang penting untuk mengatasi kekurangan hemoglobin darah, suatu keadaan yang biasa berlaku di kalangan ibu hamil. 

Begitu juga dengan pengambilan suplemen minyak ikan omega-3 yang berasaskan hati ikan kod yang tinggi dengan kandungan vitamin A, biarpun pengambilan suplemen minyak ikan omega-3 amat disarankan kepada wanita hamil untuk perkembangan otak dan saraf janin.

Namun, pengambilan OmegaGuard™ Shaklee adalah pilihan yang lebih selamat untuk ibu hamil kerana sumber minyak ikan yang digunakan dalam penghasilan suplemen minyak ikan omega-3 OmegaGuard™ Shaklee TIDAK menggunakan hati ikan kod sepertimana suplemen minyak ikan lain di pasaran. [Klik Keistimewaan OmegaGuard™ Shaklee (Shaklee Difference)]

Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen antioksidan tinggi seperti CarotoMax Shaklee oleh wanita hamil haruslah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.


Rujukan: 


1 comment:

  1. provitamin ni ada manfaat tersendiri kan. dos biasa diperlukan badan untuk vitamin A berapa ye sis?

    AKU DAN KAMU

    ReplyDelete