Tempat Makan Best: Selera Hujung Kampung, Oya, Mukah, Sarawak
Minggu lepas, En. B mengajak saya dan anak-anak pergi ke kedai makan Selera Hujung Kampung, Oya, Mukah, Sarawak. Kali terakhir kami pernah pergi ialah kira-kira 4 tahun lepas. En. B memang sudah lama teringin kembali ke sana untuk menikmati ketam bercili yang pernah beliau makan sebelum ini. Saya pula teringin hendak menikmati tomyam udang galah yang sering dikongsikan oleh teman-teman dalam Facebook mereka.Inilah tempat makan yang menghidangkan ketam bercili idaman En. B dan udang galah pilihan ramai |
Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan selera kami. Saya memesan udang bercili, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung, cucur ubi dan cucur pisang, manakala En. B memesan sate ayam dan daging yang diminta oleh anak-anak. Ternyata, kesemua hidangan tersebut tidak mengecewakan, malah satenya sangat sedap.
Mukah, bandar makanan laut segar
Pelbagai jenis ikan yang dinaikkan ke darat sememangnya sangat segar, malah pembeli boleh membeli ikan yang ditangkap dan dijual pada hari yang sama. Selain daripada itu, udang dan ketam juga segar sehingga anda hampir pasti boleh membeli udang dan ketam yang masih hidup. Jika tiba musim udang, selonggok udang (kira-kira 1 kg dan lebih) saiz besar XXL hanya berharga RM8 (berbanding RM30 sekilo di Kuala Lumpur), malah sangat segar, sehinggakan udang bakar boleh dinikmati tanpa perlu diperasakan dengan garam dek tahap kesegarannya.
Namun, bagi penduduk tempatan, harga hasil laut seperti ikan dan udang adalah lebih murah di Oya berbanding di pasar Mukah sendiri. Pekan Sabtu di Oya menawarkan harga yang lebih murah kira-kira sebanyak 50% berbanding di Pasar Basah Mukah yang biasanya lebih mahal terutama pada hujung minggu kerana permintaan yang tinggi.
Kolesterol Tinggi? Turunkan Paras Kolesterol Jahat dengan Keistimewaan Phytocol-ST™ Shaklee
Murahnya!
Usai makan, En. B memanggil pelayan untuk membayar harga makanan. Kami menjangkakan jumlah kesemuanya tidak kurang daripada RM60. Mengejutkan, En. B hanya membayar RM36 (keculai sate yang dipesan daripada gerai lain). Memang sangat murah.
Insyaallah, kami ingin kembali dengan harapan pada masa itu dapat menikmati ketam bercili dan tomyam udang galah pula.
Kolesterol Tinggi? Turunkan
Berikut adalah gambar kedai makan untuk rujukan anda yang ingin mencuba makan di tempat makan yang best dan murah ini =)
Antara menu yang dipesan |
Udang Bercili |
Pemandangan dari jalan masuk simpang ke Selera Hujung Kampung Di hujung satu lagi menuju ke pantai kerana tempat makan ini terletak berdekatan pantai menghadap Laut China Selatan |
Inilah tempat makan yang menghidangkan ketam bercili idaman En. B dan udang galah pilihan ramai |
Anak-anak menikmati sate sehingga habis licin |
No comments:
Post a Comment