Tuesday 11 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin A, Pemulihara Kulit Rosak

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin A, Pemulihara Kulit Rosak


Jika di Malaysia, kita sering mendengar vitamin C dan E dikaitkan dengan kulit cantk. Namun, hakikatnya, dalam dunia dermatology atau bidang perubatan berkaitan kulit, vitamin A yang juga dikenali sebagai retinol (suatu bentuk retinoid), merupakan vitamin yang lebih diakui fungsinya dalam memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.

Photo: www.homesogood.com

Apakah peranan vitamin A dalam memelihara kesihatan kulit?


Vitamin A memainkan peranan dalam kesihatan kulit melalui;

  • mengawalatur pertumbuhan sel lapisan kulit epidermis dan dermis
  • mengawal aktiviti sebaceous glands atau kelenjar sebum
  • merencat penghasilan androgen. 
  • sangat berkesan dalam menghalang pembentukan comedone atau lebih dikenali sebagai blackheads yang merupakan satu bentuk akne punca jerawat. Dengan itu, vitamin A dapat menghalang jerawat daripada terbentuk.
Paling penting sekali, vitamin A merupakan vitamin yang mampu memulihara kulit rosak atau mengalami penuaan awal akibat sinaran ultraviolet matahari. Untuk tujuan ini, vitamin A digunakan dalam 2 cara iaitu melalui sapuan kulit atau pemakanan.


Tanda-tanda kekurangan vitamin A pada kulit


Antara tanda-tanda kekurangan vitamin A yang boleh kita lihat pada kulit ialah;


  • kulit bersisik dan tebal
  • kulit kasar dan kering terutama di bahagian lengan
  • hyperkeratosis pillaris - suatu keadaan penyakit kulit (rujuk gambar)

    hyperkeratosis plillaris
    Photo: www.skincareguide.ca
  • acne, psoriasis, eczema 

Sumber makanan kaya vitamin A


Sumber makanan yang kaya dengan vitamin A kebanyakkannya datang daripada sumber daging yang sedia untuk diserap terus di usus kita. Antara sumber yang kaya dengan vitamin A ialah organ hati dan minyak hati ikan kod. Sumber lain dalam bentuk vitamin A ialah krim dan mentega dan kuning telur. 

Sayur dan buah bagaimanapun tidak mengandungi vitamin A. Namun, sayur dan buah yang berwarna hijau gelap dan merah gelap mengandungi sejenis pigmen yang menyebabkan warna-warna tersebut iaitu carotenoid. Antara contoh sayur dan buah yang kaya dengan carotenoid ialah labu, tomato, bayam, lobak merah, lobak ungu dan brokoli. Carotenoid seperti beta-carotene, alpha-carotene merupakan satu bentuk provitamin A (perkursor kepada vitamin A) yang akan bertukar kepada bentuk vitamin A apabila diserap di bahagian usus.


Photo: health-future.blogspot.com

Bahaya Pengambilan Vitamin A Secara Berlebihan

CarotoMax: Antioksidan 6 Carotenoid

carotomax Shaklee
Photo: Shaklee Malaysia

CarotoMax Shaklee merupakan gabungan unik 6 carotenoid yang membekalkan spektrum carotenoid yang lebih besar, yang tidak mampu diperolehi dari segi kepekatan dan ketulenan daripada makanan. Bagi yang mengalami masalah jerawat dan kulit kering atau tanda-tanda kekurangan kekurangan vitamin A yang dinyatakan, boleh mengambil vitamin A dalam bentuk suplemen provitamin A yang lebih selamat (sama ada daripada sumber makanan ataupun suplemen) bagi memelihara kulit yang lebih sihat dan cantik.


Rujukan:

http://chriskresser.com/nutrition-for-healthy-skin-part-1

http://www.vivo.colostate.edu/hbooks/pathphys/misc_topics/vitamina.html

http://www.merckmanuals.com/professional/nutritional_disorders/vitamin_deficiency_dependency_and_toxicity/vitamin_a.html


rahsia kulit sihat
Photo: www.healthdigezt.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan CarotoMax Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.



CarotoMax

***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.

atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com



No comments:

Post a Comment