Tuesday 25 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin E, Pelindung Kulit

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Vitamin E, Pelindung Kulit


Vitamin E merupakan sejenis vitamin larut lemak yang bersifat antioksidan dan penting dalam perlindungan kulit yang dibekalkan kepada kulit melalui sebum. Dalam kulit, vitamin E terdapat paling banyak dalam lapisan epidermis berbanding dermis. Vitamin E berkumpul di dalam kelenjar sebum sebelum dibekalkan ke lapisan kulit melalui sebum. Vitamin E terdapat paling banyak dalam kulit individu yang penghasilan sebum yang banyak yang biasanya dialami oleh individu dengan kulit jenis berminyak. Vitamin E bertindak pada tahap yang optimum apabila bergabung dengan tindakan vitamin C.

Photo: Is vitamin E part of your daily regimen? Read why it should be at: http://www.healthy-skincare.com/benefits-of-vitamin-e.html
Photo: Shaklee Malaysia

Bagaimana vitamin E memelihara kesihatan kulit?



  • Bersifat antioksidan, vitamin E melindungi kulit daripada kesan radikal bebas oleh bahan kimia mengandungi oksigen yang sangat reaktif sehingga merosakkan sel. 
  • Vitamin E juga menyerap sinaran ultraviolet matahari, dengan ini mencegah radikal bebas yang terhasil daripada sinarran ultraviolet daripada merosakkan kulit.
  • Vitamin E juga bersifat anti-radang yang memelihara kulit daripada rosak akibat keradangan.
  • Vitamin E memberikan kelembapan kepada kulit.

Sumber kaya dengan vitamin E


Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin E ialah:
  • minyak sayuran
  • sayuran hijau seperti bayam
  • bijirin yang diperkayakan
  • telur
  • kekacang

Perlukah suplemen vitamin E untuk kulit?


Terdapat 2 faktor utama menurunnya paras kandungan vitamin E dalam kulit kita iaitu:
  • sinaran ultraviolet yang menembusi kulit
  • penambahan usia
Kajian ke atas manusia bagaimanapun mendapati pengambilan suplemen vitamin E alpha-tocopherol sahaja setiap hari tidak memberi kesan yang signifikan ke atas kulit. 

Photo: Shaklee Malaysia

Kombinasi bersama suplemen vitamin C

Namun begitu, beberapa kajian telah menunjukkan kombinasi pengambilan vitamin E bersama suplemen vitamin C memberi perlindungan yang signifikan ke atas kesihatan kulit daripada kerosakan DNA sel oleh sinaran ultraviolet matahari.

Namun begitu, sumber terbaik vitamin E adalah dengan mendapatkannya daripada makanan yang kaya dengan vitamin E.




Tingkatkan imun badan dengan Kebaikan Vitamin E


Rujukan:




rahsia kulit sihat
Photo: www.healthdigezt.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan Vita-E Complex Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.



Vita-E Complex

***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.

atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment