Friday 21 November 2014

Resepi Telur: Sup Telur Daun Bawang Chinese-style (Egg Drop Soup)

Resepi Telur: Sup Telur Daun Bawang Chinese-style (Egg Drop Soup)


Sup ini biasanya dihidangkan di kedai-kedai makan Cina yang biasanya menjadi sampingan kepada hidangan mee dan nasi goreng.

Baru-baru ini, semasa menyediakan makan tengha hari, saya menyedari kebanyakan lauk dan hindang asayur yang saya buat merupakan jenis kering dan tidak berkuah (hanya hidangan goreng dan sambal). Mengenangkan anak-anak yang biasanya suka menghirup sup atau kuah ketika makan nasi, ataupun sebagai seorang tipikal terbiasa dari kecil dengan amalan orang Cina yang sentiasa ada sup dalam hidangan, saya segera teringatkan sup ini.

Sup Telur Daun Bawang Chinese-style

Bahan-bahan:


1 labu bawang besar, dihiris (boleh juga digantikan dengan 1-2 ulas bawang merah)
1-2 tangkai daun bawang, dihiris
1 biji telur ayam
5 cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk atau kiub stok ayam

Cara-cara:


  1. Pukul telur sehingga hancur.Campurkan setengah cawan air agar lebih mudah untuk dikacau di dalam sup nanti (tidak mudah berketul-ketul, struktur lebih halus apabila ditambah ke dalam air panas).
  2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali atau periuk (saya lebih suka menggunakan kuali atau wok kerana lebih mudah untuk mengacau telur).
  3. Tumiskan bawang besar atau bawang merah sehingga naik bau.
  4. Kenudian, masukkan air diikuti oleh hirisan daun bawang. Biar sehingga mendidih.
  5. Apabila air mendidih, kecilkan sedikit api, dan masukkan telur yang telah dipukul dan dicampurkan air tadi.
  6. Masukkan garam secukup rasa dan 1 kiub atai 1 sudu teh serbuk stok ayam.
  7. Kacau sup sehingga warna air sup yang keruh bertukar kepada jernih dengan struktur telur mula kelihatan. 
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Anda juga boleh memasukkan 2 labu bawang besar Holland jika suka untuk rasa sup yang lebih manis.

Selamat mencuba!



1 comment:

  1. Saya biasa bust... tpi xpnh letak cheese... lepas nie boleh cuba...

    ReplyDelete