Saturday 15 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Quercetin, Sensasi Terbaru Anti Penuaan Kulit

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Quercetin, Sensasi Terbaru Anti Penuaan Kulit


Bagi pencinta kecantikan kulit pastinya teruja dengan penemuan quercetin yang menjadi sensasi terbaru anti penuaan kulit. Bagi pengamal  Vivix® Shaklee sebagai suplemen untuk awet muda, pastinya ingin tahu lebih lanjut bahan aktif dalam  Vivix® Shaklee yang menyumbang kepada kesan anti penuaan kulit khususnya, iaitu quercetin, selain daripada bahan aktif lain seperti resveratrolellagic acid dan anthocyanin.

Photo: Shaklee Malaysia


Quercetin merupakan sejenis flavonol, suatu bahan seperti vitamin yang terdapat secara semula jadi dalam tumbuhan.  Vivix® Shaklee menggunakan ekstrak anggur super Muscadine bagi mendapatkkan quercetin.

Photo: Shaklee Malaysia

Bagaimana quercetin memelihara kesihatan dan kecantikan kulit?


  • mengurangkan kerosakan ke atas sel oleh radikal bebas dari sinaran radiasi ultraviolet matahari

Kajian ke atas ekstrak Culcitum reflexum yang mengandungi quercetin didapati dapat mengurangkan kerosakan kulit apabila disapu secara topical pada permukaan kulit yang radang oleh selaran matahari dan juga kesan radikal bebas.

  • memberi perlindungan kepada kulit daripada sinaran ultraviolet matahari

Sifat antioksidan quercetin memberi perlindungan daripada kesan radikal bebas dari sinar radiasi ultraviolet matahari terutama sinar UVA dan UVB.

  • memelihara kolagen dalam kulit 

Sinaran UVA merangsang penghasilan enzim yang memecahkan kolagen dalam kulit dan quercetin didapati menghalang aktiviti enzim ini. Dengan ini, quercetin memelihara kolagen yang penting dalam memberi struktur kulit dan seterusnya mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit.

  • menghalang pembentukan kanser kulit

Satu kajian ke atas tikus mendapati sapuan bahan mengandungi quercetin merencat pertumbuhan kanser kulit, kanser sel mammary (tisu payudara), kolon dan mulut. Sel kanser tersebut dirangsang dengan cara pendedahan terhadap bahan carcinogenic yang diketahui menjadi salah satu punca kepada kebanyakan kanser.

Sumber makanan kaya dengan quercetin 


Antara sumber semula jadi yang kaya dengan quercetin ialah;

  • bawang merah - palng kaya dengan quercetin. Quercetin terdapat paling banyak pada lapisan kulit paling luar bawang, turut mengandungi vitamin C.
  • kacang almond - turut mengandungi vitamin E, gabungan kedua-duanya meningkatkan lagi perlindungan daripada kesan radiasi ultraviolet dari matahari.
  • epal - quercetin terdapat dengan banyak pada permukaan kulit, dan dimakan begitu sahaja atau dalam bentuk salad (tidak dimasak atau dipanaskan), turut mengandungi vitamin C yang menjadikan gabungan kedua-duanya memberi lebih perlindungan kulit.
  • aprikot - boleh diambil dalam bentuk segar atau aprikot kering, turut mengandungi vitamin A dan C yang turut memelihara kesihatan kulit.
  • tomato - turut mengandungi lycopene. Gabungan dengan lycopene bukan sahaja memberi perlindungan daripada sinaran ultraviolet, tetapi juga sangat berkesan dalam mencegah terjadinya kedutan kulit.

Sudah pasti, sumber makanan semula jadi dalam bentuk asal adalah bentuk sumber nutrien yang lebih baik berbanding suplemen. Namun, tidak dinafikan, bentuk suplemen juga dapat memberi kesan yang diingini. Bagi bentuk suplemen, kita boleh mendapatkan quercetin melalui pengambilan  Vivix® ShakleeBukan sahaja kebaikan dari segi kesihatan dan kecantikan kulit, malah awet muda secara keseluruhan.



Rujukan:





rahsia kulit sihat
Photo: www.healthdigezt.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Pembelian 2 botol Vivix® Shaklee melayakkan anda mendapat keahlian percuma, penghantaran percuma dan harga ahli yang lebih murah  dengan penjimatan sebanyak 20%. Hubungi saya untuk Cara jadi ahli Shaklee.

Ingin membeli Vivix® Shaklee?


Harga retail: RM 475
Kos penghantaran: Percuma

Anda boleh klik pautan ini untuk melakuan pembelian. Kad kredit/debit diperlukan.


 BELI ONLINE VIVIX SHAKLEE


***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.

atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment