Wednesday 10 September 2014

Peranan Antioksidan dalam Melawan Kesan Radikal Bebas

Peranan Antioksidan dalam Melawan Kesan Radikal Bebas


Artikel sebelum ini telah menerangkan apa itu radikal bebas dan kesan radikal bebas terhadap kesihatan. [Klik Apakah Radikal Bebas? Ketahui Punca dan Kesan Radikal Bebas kepada Kesihatan]

Photo: www.montereybayholistic.wordpress.com
Kita lebih memerlukan antioksidan bagi melawan kesan radikal bebas dari pelbagai sumber pada zaman daripada nenek moyang kita dalam dekad dan abad yang lepas. Ini kerana pada zaman sekarang terdapat lebih banyak pencemaran udara, air dan tanah serta sumber alam lain akibat penggunaan racun, kimia berbahaya dan juga bahan nuklear serta radiasi, selain lebih banyak mengambil makanan yang terproses berbanding makanan dalam tempoh abad lepas.

Keadaan adalah lebih teruk bagi penduduk yang tinggal di bandar di mana kadar pencemaran udara adalah lebih tinggi melalui asap kenderaan, selain lebih banyak makanan terproses dan segera berbanding makanan dalam bentuk semula jadi di luar bandar. Kajian mendapati,
beban yang ditanggung oleh tubuh kita dalam melawan kesan radikal bebas ini adalah sangat-sangat dan jauh tinggi berbanding yang dihadapi oleh nenek moyang kita kira-kira dua abad yang lepas. Ini menerangkan kenapa penyakit berkaitan kesan radikal bebas juga semakin meningkat terutama kanser, penyakit jantung dan strok serta penyakit-penyakit lain.

Photo: visalusandhealth.com
Atas sebab itu juga, kita memerlukan dos antioksidan yang sangat tinggi. Dengan kualiti makanan yang semakin menurun oleh sebab kualiti sumber alam yang juga semakin menurun (kajian mendapati kualiti kesuburan tanah menurun sejak beberapa dekad yang menghasilkan kualiti makanan semula jadi yang turut terjejas), keperluan untuk mengambil makanan tinggi antioksidan dan suplemen antioksidan juga meningkat.

Photo: Antioxidants support healthy skin. What is your favorite fruit?
Photo: Shaklee Malaysia

Apakah antioksidan?


Antioksidan merupakan bahan yang dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya melawan kesan bahaya oleh radikal bebas terhadap kesihatan. Sumber utama antioksidan diperolehi melalui makanan yang kaya dengan antioksidan.

Tubuh kita tidak mampu menghasilkan jumlah antioksidan yang cukup untuk melawan semua radikal bebas ini, apatah lagi pada zaman sekarnag yang mana beban kesan radikal bebas adalah sangat tinggi. Bagi melawan kesan besar-besaran ini, kita perlu mengambil banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran atau makanan tinggi antioksidan yang lain, yang memenuhi keperluan harian pada kadar yang disarankan.


Bagaimana antioksidan bertindak?


Antioksidan bertindak dengan menghentikan tindak balas berantai oleh radikal bebas yang terjadi disebabkan terdapat pemangkin radikal bebas dari sumber persekitaran seperti pencemaran udara, asap rokok, alkohol dan lain-lain. Setiap jenis antioksidan ini bertindak sama ada dengan menghentikan kereaktifan radikal bebas ataupun menghalang tindak balas berantai yang berlaku.

Photo: www.amazing-gluthatione.com

Antioksidan meneutralkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron kepada radikal bebas dan seterusnya menghentikan sifat reaktif radikal bebas yang aktif 'merampas' elektron daripada molekul lain. Menakjubkan, antioksidan ini sendiri tidak bertukar kepada radikal bebas dan kekal stabil.

Antioksidan sebaliknya bersifat seperti pemburu radikal bebas dengan mencari radikal bebas untuk didermakan elektron. Radikal bebas akan menjadi stabil dan seterusnya menghentikan tindak balas berantai oleh radikal bebas. Dengan itu, antioksidan dapat menghalang kerosakan sel dan tisu yang menjadi punca kepada bermacam-macam penyakit.

Setiap jenis antioksidan bertindak dalam cara berbeza.

Contohnya, vitamin E yang merupakan vitamin larut lemak bertindak dengan cekap dalam menghentikan tindak balas berantai radikal bebas terutama dalam pengoksidaan lemak.
Vitamin C pula merupakan vitamin larut air yang banyak bertindak dalam cecair selular yang menghentikan tindak balas berantai oleh radikal bebas sebelum tindak balas tersebut sempat bermula. Vitamin C berperanan utama dalam melawan pembentukan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran dan rokok. Vitamin C juga membantu vitamin E kembali aktif.


Jenis-jenis Antioksidan


  • alpha-lipoic acid (ALA) - sumber utama dari bayam, hati dan yis ditapai.
  • flavonoids - terdapat lebih daripada 1000 jenis dikenalpasti, antara yang terkenal ialah citrus bioflavonoid (rutin, hesperidin), anthoxanthins, anthocyanidins, proanthocyanidins, procyanidolic oligomers (PCO), quercetin
  • polyphenols - kelas terbesar antioksidan dengan lebih 5000 jenis dikenalpasti, antaranya catechin, epigallocaetchin-gallate yang banyak terdapat dalam teh hijau, ellagic acid, ellagitannin, resveratrol
  • coenzyme Q10 - juga disebut ubiquinone, dihasilkan oleh tubuh dan juga dari kekacang.
  • cysteine - sejenis asid amino, prekursor kepada glutathione
  • glutathione - sejenis tripeptide
  • essential phospholipid (EPL) - dari lecithin
  • melatonin - dihasilkan oleh kelenjar pineal dalam otak
  • superoxide dismutase
  • carotenoid - beta-carotene, alpha-carotene, lycopene, astaxanthins, zeaxanthins, lutein
  • vitamin A
  • vitamin C
  • vitamin E
  • zinc
  • selenium
  • kuprum
  • mangan
  • iron (zat besi)

Manfaat dan kebaikan antioksidan


Terdapat banyak manfaat dan kebaikan antioksidan kepada kesihatan. Antara yang paling utama ialah;

  • mencegah penyakit jantung dan strok dengan melindungi salur darah daripada pengoksidaan kolesterol jahat (low-density lipoprotein, LDL) dan mencegah atherosklerosis atau pembentukan plak dalam salur darah arteri.
  • mencegah kanser dengan menghentikan mutasi DNA sel, kerosakan sel dan tisu dan pertumbuhan sel kanser.

Photo: enjoymyegypt.blogspot.com

Sumber antioksidan terbaik


Photo: www.kval.com
Sumber antioksidan sudah pastinya melalui pengambilan makanan kaya antioksidan dengan komposisi yang seimbang, sebanyak 5- 8 hidangan sehari, yang terdiri daripada sayuran, buahan, kekacang, bijirin penuh, dan legum. Makanan kaya antioksidan yang diambil haruslah pelbagai, bukan daripada satu jenis makanan sahaja kerana peranan setiap antioksidan yang berbeza.

Pengambilan suplemen vitamin dan multivitamin mampu membekalan tubuh dengan antioksidan yang banyak, terutama sekali melawan kesan besar-besaran radikal bebas pada zaman kini. Walaubagaimanapun, komposisi pengambilan setiap supplemen ini haruslah seimbang, bukan satu-satu jenis vitamin sahaja, malah dos yang berlebihan boleh memudaratkan.


Suplemen Antioksidan


Menyedari keperluan antioksidan pada dos yang tinggi pada zaman moden ini, terdapat banyak suplemen antioksidan yang berada di pasaran.

Dalam barisan produk Shaklee, antaranya ialah;

  • Vivix® Shaklee- resveratrol, ellagic acid, quercetin, anthocyanins, ellagitannins
  • CarotoMax - beta-carotene, alpha-carotene, lutein, astaxanthins, zeaxanthins, lycopene
  • Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee- vitamin C dalam bentuk ascorbic acid, citrus bioflavonoids (lemon bioflavonoids, orange bioflavonoids, grapefruit bioflavonoids, hesperidin)
  • Vita-E Complex™ Shaklee - vitamin E dalam bentuk d-alpha-tocopherol, selenium dan proanthocyanidins dalam grapeseed extract
  • CoQHealth Plus - coenzyme Q10, vitamin E dan catechins dari ekstrak teh hijau
  • Cinch® Energy Tea Mix - catechins
  • Vita-Lea Iron Formula - zinc, kuprum, mangan, iron (zat besi)
Rujukan:



http://www.healthchecksystems.com/antioxid.htm

http://www.ageless.co.za/antioxidants.htm#Different%20types%20of%20antioxidant%20nutrients

http://www.milkproduction.com/Library/Scientific-articles/Nutrition/Vitamins-and-minerals/


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shaklee turut menawarkan siri antioksidan yang telah dikaji dengan dos yang sesuai menurut RDA.

Berminat mendapatkan siri antioksidan Shaklee?
Anda juga boleh membeli sendiri melalui online, hanya klik pautan di bawah dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Konsultasi produk haruslah dirujuk kepada saya terlebih dahulu.


atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com


No comments:

Post a Comment