Monday 1 September 2014

Kebaikan Urutan Selepas Bersalin

Kebaikan Urutan Selepas Bersalin



Sudah menjadi amalan kebanyakan ibu yang baru lepas bersalin untuk mendapatkan khidmat urut selepas bersalin, sama ada daripada tukang urut atau bidan yang mahir mengurut. Ada yang mendapatkan urutan sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital iaitu satu ke dua hari selepas bersalin, manakala ada juga yang menunggu sehingga seminggu selepas bersalin. Pelbagai pakej swasta untuk ibu selepas bersalin juga kini banyak menyediakan khidmat urutan ini kerana menyedari akan permintaan tinggi oleh ibu-ibu selepas bersalin. Ini kerana ramai yang mempercayai urutan selepas bersalin mampu mengembalikan kesegaran tubuh ibu selepas mengharungi fasa melahirkan bayi yang menggunakan banyak tenaga, selain mengatur kembali kedudukan urat tubuh dan peranakan yang dipercayai 'lari' daripada tempatnya akibat mengandung dan bersalin.

berurut selepas bersalin
Photo: tothemotherhood.com

Antara kebaikan urutan selepas bersalin kepada ibu-ibu dalam pantang ialah;

  • memberi kesegaran kepada tubuh si ibu yang lesu akibat proses mengandung dan bersalin.
  • mengurangkan rasa sakit otot badan.
  • mengurangkan rasa lenguh pada sendi tubuh.
  • melancarkan aliran darah tubuh badan ibu.
  • melancarkan aliran sistem limfatik tubuh ibu.
  • melancarkan pengeluaran darah nifas yang masih berkumpul dalam peranakan.
  • mengembalikan kedudukan rahim yang masih bengkak agar kembali terletak.
  • mempercepatkan pemulihan badan.
  • melancarkan penghasilan susu badan.
Walau bagaimanapun, ibu yang menjalani pembedahan caesarian perlu menunggu sehingga luka pembedahan sembuh terlebih dahulu sebelum mendapatkan urutan seluruh tubuh. Namun, urutan payudara untuk merangsang penghasilan susu badan tidak menjadi masalah. 

Selain itu juga, sebaiknya ibu yang cenderung mengalami tumpah darah (contohnya mendapat komplikasi uri lekat ketika bersalin) adalah dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi memastikan urutan seluruh tubuh terutama bahagian perut dan ari-ari (suprapubic region) mendapatkan nasihat doktor bagi mengelakkan kemudaratan. Ini kerana, urutan juga boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, apatah lagi jika diurut oleh tukang urut yang tidak berpengalaman.




Rujukan:

http://pama.karangkraf.com/famili/kebaikan-urutan-lepas-bersalin-1.198196

http://www.babycenter.in/a1047929/benefits-of-getting-massaged-after-delivery


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

***Inginkan kesegaran tubuh sepanjang tempoh berpantang? Set Berpantang / Bersalin Shaklee membekalkan khasiat yang diperlukan oleh ibu terutama sekali ibu-ibu yang masih mengamalkan diet pemakanan berpantang yang ketat. Zat-zat yang penting ini dapat mengembalikan kesegaran dengan menambah darah yang hilang semasa prose bersalin dan melalui nifas, membekalkan zat penting untuk pemulihan dan luka dalaman, selain mampu menangani kemungkinan masalah kemurungan selepas bersalin. Set ini juga selamat dan baik untuk penyusuan badan. Dapatkan Set Berpantang Shaklee dengan menghubungi saya atau anda juga boleh membeli sendiri dengan mengikuti langkah yang diberikan.

Ingin membeli sendiri Set Bersalin Shaklee?
Klik di http://leekamalia.blogspot.com/2014/07/harga-set-bersalin-shaklee.html

atau boleh juga

Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like " dan hantar mesej ke,
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment