Saturday 23 August 2014

Cara-cara Menambah Susu Badan

Cara-cara Menambah Susu Badan


Susu ibu terbukti merupakan susu yang terbaik untuk bayi. Walau bagaimanapun, sering kali kita mendengar atau membaca di mana-mana tentang cara-cara menambah susu badan, tips, petua dan pemakanan untuk menambah susu badan, malah cadangan suplemen yang mampu menggalakkan lagi penghasilan susu badan. Artikel ini menyenaraikan cara-cara atau petua untuk menambah susu badan terutama bagi ibu muda.

breastfeeding
Photo. www.babyzone.com

  • Penyusuan yang kerap

Penyusuan yang kerap sebaik kelahiran merangsang lebih banyak penghasilan susu badan. Otak menerima isyarat rangsangan dari puting yang seterusnya mengarahkan payudara menghasilkan susu badan. Jadi, semakin kerap rangsangan, semakin banyak susu dihasilkan. Lakukan sekurang-kurangnya setiap 2 jam. 

  • Pemakanan

Antara makanan yang dikatakan mampu menambah susu badan ialah pegaga, lobak putih, sawi hijau, kurma merah atau kurma cina, jantung pisang, kurma, barli, oat dan banyak lagi [Klik Makanan untuk Menambah Susu Badan]


suplemen penggalak susu badan
Photo: www.pinterest.com Pinned by Hillary Lefebvre

  • Pengambilan Supplemen

Pengambilan supplemen penggalak susu badan. Contohnya, alfalfa. protein soya, supplemen yang mengandungi halba atau jintan hitam. [boleh hubungi saya di 0196311031 untuk mendapatkan suplemen penambah susu badan alfalfa+soy protein]

alfalfa tambah susu badanalfalfa Shaklee milk boosterESP Shaklee untuk penyusuan

  • Pengambilan Herba

Antara yang popular ialah halba (fenugreek) dan jintan hitam (habbatussauda, Nigella sativa). Cara makan ialah sesudu kecil setiap pagi.

fenugreek banyakkan susu badan
Halba atau fenugreek
Photo: www.bbcgoodfood.com

jintan hitam banyakkan susu badan
Jintan hitam atau habbatussauda (Nigella sativa)
Photo: healthmaven.blogspot.com

  • Pengambilan ubat-ubatan

Contoh pengambilan ubat yang digunakan untuk merangsang susu badan ialah metoclopramide dan motilium. Ubat ini boleh didapati dengan berjumpa doktor ataupun farmasi. Walau bagaimanapun, ibu menyusu badan perlu mendapatkan nasihat doktor terlabih dahulu untuk mengelak kemudaratan yang tidak diingini.

domperidone
Photo: www.hkapi.hk

  • Pengambilan cecair yang cukup

Ibu menyusu badan perlu mengambil cecair dalam jumlah yang cukup, sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari. Selain daripada air kosong, cecair juga boleh didapati melalui sup, bubur, agar-agar, jus dan sebagainya. Pengambilan minuman isotonik pula membantu ibu meyusu mengekalkan hidrasi badan.

banyakkan minum air
Photo: www.aimwater.com
Performance Drink Shaklee

  • Urutan

Urutan di belakang badan dan bahu serta bahagian payudara dipercayai dapat merangsang penghasilan susu badan. Urutan pada payudara melancarkan aliran darah dan limfatik yang seterusnya melancarkan pengeluaran susu.

urutan payudara banyakkan susu badan
Photo. metrobestmom.blogspot.com

  • Cara lekapan 

Cara lekapan pada puting oleh bayi yang betul semasa penyusuan merangsang pengeluaran susu badan yang lebih lancar.


proper latching
Photo: unboundbirth.com

  • Perah susu badan

Perah susu badan dan simpan susu badan sebagai bekalan dala peti sejuk. Memerah susu badan akan meningkatkan demand kepada otak maka seterusnya menggalakkan lagi penghasilan susu badan.

cara perah susu ibu
Photo: pgmmps.wordpress.com
perah susu badan
Photo: inursemybaby.com

  • Elakkan penggunaan puting pacifier

Penggunaan puting pacifier untuk menenangkan bayi akan mengurangkan kekerapan rangsangan pada puting dan seterusnya mengurangkan bekalan susu badan.

pacifier
Photo: madaboutmommy.com


***Cara-cara ini merupakan langkah ringkas dan asas untuk merangsang penghasilan susu badan. Terdapat juga teknik lain yang perlu dipelajari atau keadaan tertentu seperti power-pumping, tandem nursing ketika hamil, panduan perahan dan penyimpanan susu ibu untuk ibu bekerjaya dan sebagainya.


Photo: www.breastfeedingbasics.com


Rujukan:

http://pama.karangkraf.com/petua/petua-mudah-tambah-susu-1.165617

http://www.babycenter.com.my/a1036988/bekalan-susu-yang-rendah

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rangsangpengeluaransusuibu/Article

1 comment:

  1. Kena dengan cara dan teknik yang betul, Insyallah akan mendapat hasil yang takkan mengecewakan...

    http://supernifzvitamin.com/wordless-wednesday-kucing/

    ReplyDelete