Hakikat sebenar, saya tegar bersama Shaklee kerana sebab kesihatan, bukan sebab duit, bonus dan insentif lain yang ditawarkan bagi yang berniaga. Saya berniaga, iya, sudah tentu mahu keuntungan, tetapi ganjaran sebenar dan paling utama bagi saya bukanlah duit.
Photo: greensuccess.com |
Pertama, saya mengalami anemia atau kekurangan darah merah dengan bacaan hemoglobin darah yang sentiasa rendah semenjak umur remaja. Tetapi, sejak mengambil Vita-lea dan ESP Shaklee semasa hamil anak keempat (trimester ketiga, 2013), masalah anemia saya dapat diatasi! Ajaib,
kerana jika pada masa tidak mengandung pun saya sudah alami kekurangan hemoglobin, apatah lagi semasa hamil yang mana masalah kurang darah adalah sangat biasa.
kerana jika pada masa tidak mengandung pun saya sudah alami kekurangan hemoglobin, apatah lagi semasa hamil yang mana masalah kurang darah adalah sangat biasa.
Kedua, dengan mengamalkan ESP secara konsisten selama 4 bulan kebelakangan ini (sebelum ini tidak konsisten slepas bersalin), saya perasan masalah insomnia saya juga telah selesai. Saya mengalami masalah insomnia yang teruk sejak 2000, sejak saya mula banyak berjaga malam membuat assignment ketika belajar di universiti. Sejak mengamalkan ESP, kini saya mudah melelapkan mata apabila mengantuk dan waktu tidur juga kembali normal. Dulu, saya hanya dapat tidur selepas 4 pagi, ataupun kadang-kadang tidak dapat tidur langsung sehingga ke pagi biarpun penat dan rasa mengantuk. Setelah saya selidik apa puncanya, saya berpendapat tryptophan dalam ESP membantu mengawal atur kembali ritma tidur saya.
Ketiga, seiring dengan insomnia, saya juga mempunyai masalah migraine. Dulu, terpaksa bergantung kepada ubat, kini, sudah berbulan lamanya saya tidak mengalami migraine. Sudah tentu ada hubung kait dengan supplemen Shaklee yang saya amalkan. Kemungkinan masalah pemakanan yang salah ataupun kekurangan sesetengah zat telah menyebabkan saya mudah mendapat migraine, lebih-lebih lagi dengan keadaan anemia dan insomnia yang memburukkan keadaan atau mungkin juga merupakan punca migraine selama ini.
Keempat, saya masih mampu menyusukan anak yang sudah berusia kira-kira 1 tahun 4 bulan, berbanding dengan kakak-kakak dan abangnya. Cita-cita saya hendak menyusukannya sehingga anak berusai 2 setengah tahun, insyaallah berjaya dicapai dengan pengambilan set penyusuan Shaklee yang diamalkan.
Kelima, anak saya, Yaya, 3 tahun lebih, sudah 3 bulan mengamalkan pengambilan Meal Shakes dan OmegaGuard, dan sejak itu jugalah, boleh saya katakan tidak lagi mudah mendapat selsema dan lelah yang sering dialaminya dulu. Dulu, hampir setiap bulan Yaya perlu diberi ubat sirap salbutamol untuk lelah yang dialami setiap kali demam atau selsema, lebih-lebih lagi apabila mula bersekolah tadika. Badannya kurus kering kerana sering demam dan lelah. Dia juga adakalanya hingga perlu diberi ubat pelega penafasan melalui pam nebuliser sama ada di klinik ataupun bilik kecemasan di hospital.
Alhamdulilah, mengamalkan Shaklee hanya asbab musabab, manakala kuasa menyembuh adalah daripada Allah SWT juga.
Ya, tegar kerana pokok utama ialah sebab kesihatan dan kebaikan yang boleh diperolehi dan dikongsi melalui Shaklee, bukan semata-mata kerana mengejar kekayaan.
Berniaga bersama Shaklee, berjaya dan kaya kerana berniaga Shaklee, adalah bersandarkan usaha keras yang luar biasa. Jika ada yang berhajat untuk kaya dengan melakukan bisnes Shaklee tetapi enggan bekerja keras, maaf, Shaklee bukan skim cepat kaya. Kejayaan bersama Shaklee adalah kerana produknya yang berkesan, yang terjual kerana produk itu sendiri, bukan kata-kata penjual. Peniaga hanya perlu memperkenalkan produk Shaklee dan ini dilakukan dengan segala macam usaha keras melakukan pemasaran, seterusnya keberkesanan produk Shaklee itu sendiri akan terbukti.
dan bagi yang berniaga juga, dengan usaha keras, tetapi jika produk tidak berkesan, bagi saya, menipu pelanggan. Ya, produk terjual kerana pemasaran.
Manakala, jika produk berkesan macam mana sekalipun, tanpa usaha keras, umpama menipu diri sendiri, berharap ada jualan tetapi tanpa usaha memasarkannya.
Jadi, anda bagaimana? Jika berada di tempat saya, dan jika anda suka berkongsi kebaikan dan suka orang lain mendapat taraf kesihatan yang lebih baik dengan Shaklee...
No comments:
Post a Comment