Monday 4 August 2014

Tingkatkan kesuburan lelaki dengan supplemen Shaklee

Tingkatkan kesuburan lelaki dengan supplemen Shaklee


Kesuburan tidak hanya terletak di bahu wanita sahaja. Tahap kesuburan seorang lelaki juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kemampuan mana-mana pasangan suami isteri dalam usaha mendapatkan anak atau zuriat sendiri. Zat atau nutrien daripada pemakanan didapati memberi kesan yang signifikan kepada tahap kesuburan baik kepada isteri mahupun suami. Set Subur Shaklee mampu membantu si suami dalam meningkatkan kesuburan dengan membekalkan nutrien atau zat yang mempengaruhi kesihatan dari segi kuantiti dan kualiti sperma.


Photo: ww.babysteals.com.au

Set Kesuburan Lelaki Premium yang dicadangkan untuk lelaki mengandungi;

  1. Zinc Complex Shaklee
  2. B-Complex Shaklee
  3. Vita-E Complex™ Shaklee
  4. Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee

Bagaimana kesuburan lelaki dapat ditingkatkan dengan pengambilan supplemen Shaklee?


Zinc Complex Shaklee dan B-Complex Shaklee


Folic acid dan zinc merupakan komponen penting dalam pembentukan DNA dan penghasilan sperma. Zinc Complex Shaklee membekalkan 15 mg zinc per tablet, manakala B-Complex Shaklee mengandungi folate (folic acid) sebanyak 200mcg per tablet.


Photo: increase-sperm.org


Kajian terbaru (Fertility and Sterility) mendapati gabungan pengambilan folic acid dan zinc memberi kesan peningkatan yang sangat ketara dalam bilangan sperma (sperm count) sebanyak 74% di kalangan lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

Kajian tersebut mengkaji kedua-dua kumpulan lelaki yang subur dan tidak subur. mengambil 5 mg folic acid dan 66 mg zinc sulphate setiap hari selama 26 minggu. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan dari segi jumlah sperma yang normal sebanyak 74% pada kumpulan lelaki dengan masalah tidak subur, manakala tiada peningkatan yang signifikan di kalangan lelaki yang subur. Pengambilan hanya salah satu pula didapati tidak memberi kesan ketara yang positif kepada bilangan sperma.

Kesimpulannya, kedua-dua Zinc Complex dan B-Complex harus diambil untuk meningkatkan kesuburan lelaki, bukan hanya salah satu daripadanya.




Zinc Complex Shaklee, B-Complex Shaklee, Vita-E Complex™ Shaklee, Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee, 


Kajian yang diterbitkan pada Mac 2011(Fertility and Sterility) mendapati pengambilan supplemen vitamin C, vitamin E, zinc dan folate (folic acid) menghasilkan sperma yang lebih sihat, terutama di kalangan lelaki dalam kategori berumur melebihi 44 tahun.


Photo: healthyprotocols.com

Kajian lain pula mendapati vitamin E meningkatkan kesihatan sperma. Pengambilan supplemen vitamin E dan selenium didapati meningkatkan pergerakan sperma (sperm motility), bilangan sperma (sperm count) dan rupa bentuk sperma (sperm morphology), dengan itu menghasilkan sperma yang lebih sihat dan menjadikan kesuburan lelaki meningkat.

Kajian terhadap tikus pula mendapati sperma tikus yang tidak mendapat vitamin E tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Tikus betina pula mengalami keguguran kandungan yang tinggi dengan kekurangan vitamin E. Kesuburan kedua-dua jantina bagaimanapun segera pulih setelah diberi vitamin E. Ini menunjukkan vitamin E sangat mempengaruhi kesuburan bukan sahaja kepada lelaki tetapi juga wanita.






Vitamin C, di samping juga vitamin E (dan juga vitamin A dalam bentuk beta-carotene), yang mana kedua-duanya merupakan antioksidan yang kuat, membantu meneutralkan kesan radikal bebas yang merosakkan sperma. Kerosakan disebabkan oleh radikal bebas juga merupakan faktor utama ketidaksuburan lelaki.

Kesimpulannya, menentang kesan radikal bebas dengan mengambil antioksidan juga sangat penting dalam meningkatkan kesuburan lelaki.

[Dapatkan antioksidan Shaklee Harga Antioksidan Shaklee]




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ingin membeli sendiri Set Subur Suami Isteri Shaklee?
Klik di Beli Sendiri Set Subur Suami Isteri Shaklee

atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com


DISEMBER 2014 PROMOSI BERGANDA SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS & VITA-E COMPLEX SHAKLEE...klik untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment