Testimoni Penggunaan OmegaGuard™ Shaklee oleh Anak
Ini Yaya Rahima, 3 tahun, merupakan anak ketiga saya daripada empat adik beradik. Dia juga merupakan peminat setia OmegaGuard Shaklee, serta model tegar OmegaGuard saya. [Baca Apakah DHA?] Setiap kali Yaya mengambil sebiji OmegaGuard selang setiap hari (kerana terlalu gemarkannya, dia ingin mengambilnya setiap hari tetapi saya perlu mengawal kadar pengambilannya sesuai dengan umur Yaya), Yaya akan meminta saya mengambil gambarnya, diedit melalui aplikasi dalam smartphone dan dimuat naik ke dalam Facebook, "nak tunjuk Papa, Yaya suka 'vitamin' ni", katanya gembira.
Yaya mengambil OmegaGuard ini semudah mengunyah dan menelannya begitu sahaja tanpa memikirkan bau ikan yang hadir. Mungkin kerana proses penyulingan eksklusif Shaklee telah memungkinkan bau hanyir ikan sangat minimal berbanding jenama lain di pasaran yang pernah saya gunakan sebelum mengenali OmegaGuard Shaklee.
Saya juga memberikan kakak, abang dan adiknya OmegaGuard dengan meletakkan sebiji kapsul OmegaGuard yang telah dilubangkan bagi membolehkan minyaknya bercampur ke dalam susu yang mereka minum. Mereka tiada masalah mengambilnya dalam minuman mereka kerana bau hanyir ikan yang hampir tiada menyebabkan mereka tidak menolak diberi minyak ikan omega-3 yang kaya dengan DHA dan EPA itu. Hal ini sangat berbeza dengan cubaan saya sebelumnya dengan supplemen minyak ikan jenama lain yang sering gagal kerana bau hanyir ikan yang kuat.
Testimoni sendiri Yaya (sudah tentunya berdasarkan pemerhatian saya, dan orang lain yang mengenali Yaya secara rapat). Sehingga tarikh terkini, Yaya sudah mengamalkan OmegaGuard selama lebih kurang 2 bulan. Sejak itu:
1. Yaya semakin jarang selsema berbanding dulu. Sudah tentu masih ada episod selsema, seperti kebanyakan kanak-kanak seusianya, lebih-lebih lagi Yaya menghadiri tadika anjuran Kemas. Akan tetapi, tempoh selsema yang dialami semakin pendek dan juga kekerapan semakin kurang, atau dalam kata lain, cepat sembuh daripada selsema atau demam dan semakin jarang jatuh sakit. Perubahan ini sangat ketara kerana sejak kecil Yaya mudah terjangkit selsema atau demam daripada kanak-kanak lain. Ini mungkin disebabkan terdapat kelainan dalam struktur hidungnya yang memudahkannya mendapat jangkitan melalui udara. Yaya dilahirkan dengan sumbing pada bibir, dan biarpun setelah melalui pembedahan dengan parut yang hampir tidak kelihatan kecuali diberitahu (berdasarkan banyak respon diterima, terima kasih kepada Dr. Salina, pakar bedah plastik Hospital Sungai Buloh, Selangor), saya perasan dia sering mengorek sebelah lubang hidung yang terlibat yang sering diadukan sebagai gatal. Kekurangan bulu hidung kerana kelainan struktur sejak lahir barangkali telah mengurangkan kecekapan menapis debu atau titisan air liur dan pernafasan dari udara daripada memasuki salur pernafasan.
Selebihnya, Yaya merupakan kanak-kanak normal yang ceria dan petah bercakap.
2. Yaya juga tidak lagi sering dikejarkan ke hospital atau dibawa ke klinik untuk mendapatkan nebulizer, atau ubat melegakan salur pernafasan yang diberi secara pam, akibat penyakit sesak nafas atau lelah yang sering dialami apabila demam atau selsema. Sepanjang tempoh setelah pengambilan, belum pernah lagi saya membawanya ke hospital untuk tujuan itu. Syukur alhamdulillah, semoga penyakit lelah yang sering timbul tidak lagi menyerang Yaya selepas ini. Terima kasih kepada OmegaGuard dan dengan izin rahmat Allah juga tentunya yang empunya kuasa menyembuh.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah saranan untuk rawatan melainkan sekadar perkongsian dan cadangan. Sebarang keadaan penyakit dan penggunaan supplemen sebagai rawatan haruslah dirujuk dengan doktor terlebih dahulu.

Photo: Shaklee Malaysia |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan OmegaGuard™ Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.
***Hubungi saya untuk konsultasi cara pengambilan produk yang betul dan berkesan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk atau konsultasi
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like "
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email : leekamalia@gmail.com
No comments:
Post a Comment