Sunday 3 August 2014

Tips tingkatkan kesuburan untuk lelaki dan wanita

Tips tingkatkan kesuburan untuk lelaki dan wanita

Bagaimana hendak meningkatkan kesuburan sekali gus peluang untuk hamil bagi pasangan yang inginkan zuriat?

Photo: back-doc.blogspot.com

Untuk Wanita

1. Mengawal berat badan (weight control)

Berat badan didapati mempunyai kaitan secara langsung dalam mempengaruhi tahap kesuburan. Kajian mendapati kurang berat badan (underweight) atau berat badan yang berlebihan (overweight, obesity) mengurangkan kesuburan wanita. Sebaliknya pula, berat badan yang ideal membantu meningkatkan kesuburan sekali gus peluang untuk kehamilan berlaku. 
[Kira berat badan ideal anda dengan formula Body Mass Index (BMI)]


2. Kurangkan pengambilan kafein

Pakar kesuburan mendapati, minuman berkafein seperti kopi atau coke mempengaruhi kesuburan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Meminum lebih daripada 5 cawan kopi sehari (bersamaan kira-kira 500mg kafein) dikaitkan dengan kurang kesuburan. Walau bagaimanapu, pengambilan pada kadar sederhana 1-2 cawan sehari adalah selamat.

Photo: onlyaboutpregnancy.com
Untuk Lelaki & Wanita

3. Pengambilan alkohol

Kajian mendapati pengambilan 2 kali minuman beralkohol dalam sehari mengurangkan kesuburan sehingga 60%, suatu peratusan yang cukup signifikan. Oleh itu, bagi pasangan yang inginkan zuriat, tabiat mengambil alkohol perlu dihentikan segera apatah lagi minuman beralkohol adalah haram di sisi Islam, dan kajian telah banyak mendapati alkohol juga banyak membawa kemudaratan kepada tubuh terutama sekali kerosakan hati. Tambahan pula, pengambilan alkohol oleh ibu mengandung boleh meningkatkan risiko kecacatan janin yang dikandung.


4. Tabiat Merokok

Tabiat merokok didapati turut memberi kesan buruk ke atas kesuburan baik pada lelaki mahupun wanita. Oleh itu, mana-mana salah seorang mahupun kedua-dua pasangan yang memiliki tabiat merokok haruslah segera menghentikan tabiat atau ketagihan tersebut. Bagi wanita, rokok memberi kesan kepada penerimaan rahim atau uterus terhadap telur. Manakala, bagi lelaki pula, merokok mengurangkan penghasilan sperma dan merosakkan DNA sperma. Tambahan pula, jika berlaku kehamilan sekalipun, merokok menyebabkan peningkatan risiko bagi keguguran janin, suatu risiko yang pastinya sangat ingin dielakkan oleh pasangan yang mengidam mendapatkan cahaya mata sendiri.


5. Memerhati tempoh subur (The Fertile Window)

Bercanggah dengan pendapat umum, peluang untuk hamil adalah tinggi apabila hubungan kelamin suami isteri berlangsung 3 hari sebelum ovulasi iaitu suatu tempoh paling subur di mana telur dilepaskan daripada organ pembiakan wanita. Kesilapan yang sering dilakukan ialah pasangan sering menunggu sehingga sehingga hari ovulasi atau beberapa hari selepas ovulasi berlaku untuk melakukan hubungan kelamin dengan harapan untuk meningkatkan peluang untuk hamil.

Pakar mencadangkan agar pasangan suami isteri menyimpan rekod ovulasi, sama ada melalui kaedah kalendar (anggaran ovulasi berlaku pada hari ke-14 bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari) ataupun menggunakan ovulation prediction kit yang banyak dijual di pasaran.
[Bagaimana hendak mengetahui bilakah waktu subur wanita?]


6. Kekerapan hubungan seks suami isteri

Kajian mendapati kekerapan hubungan seks sebanyak selang sehari meningkatkan peluang kehamilan sama dengan mengadakan hubungan seks setiap hari. Biarpun begitu, saranan hubungan seks selang sehari adalah untuk mengelakkan kesan tekanan ke atas mental dan fizikal berbanding hubungan seks diadakan setiap hari dan tekanan juga didapati boleh mengurangkan kesuburan wanita. Tambahan pula, sperma memerlukan masa untuk matang dan berkumpul. 
Kekerapan seks yang terlalu kurang juga mempengaruhi kesuburan lelaki kerana sperma bukan sahaja dinilai dari segi jumlah (sperm counts), tetapi juga pergerakan (sperm motility) dan rupa bentuk sperma (sperm morphology). Lebih daripada seminggu tanpa seks memberi kesan kepada kepantasan dam stamina sperma.
[Bagaimana meningkatkan bilangan sperma / kesuburan lelaki?]


7. Penggunaan pelincir seks

Pasangna yang mengingini zuriat disaran mengelakkan penggunaan pelincir berasaskan air yang banyak dikomersilkan seperti KY Jelly dan sebagainya. Penggunaan pelincir berasaskan air ini didapati melambatkan pergerakan sperma sehingga 60-100%. Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna penggunaan pelincir berasaskan air ini mampu mencegah kehamilan bagi mereka yang merancang belum ingin mendapatkan anak pula.


8. Pendedahan kepada racun dan bahan kimia berbahaya

Bahan kimia berbahaya dan racun pestisid didapati boleh mengurangkan kesuburan kedua-dua lelaki dan wanita dengan drastik. Maka dengan itu, pasangan suami isteri yang mahukan zuriat haruslah mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan-bahan bertoksik dan beracun ini.


9. Pemakanan, nutrien dan pengambilan supplemen vitamin dan mineral

Kedua-dua pasangan haruslah menjaga pemakanan masing-masing untuk meningkatkan peluang berlaku kehamilan. Suami dan isteri perlu mendapatkan zat dan nutrien yang penting untuk memastikan kesuburan, sama ada dari segi pematangan telur wanita, atau bagi lelaki untuk meningkatkan kualiti sperma dan lain-lain faktor dalaman tubuh yang mempengaruhi kesuburan.
[KLIK Tingkatkan kesuburan lelaki denga supplemen Shaklee]
[Tingkatkan kesuburan wanita dengan Shaklee]

Selain itu, kedua-duanya juga perlu mengelakkan makanan yang mempengaruhi kesihatan umum tubuh yang mampu memberi kesan kepada kesuburan, terutama sekali makanan yang telah diproses sehingga menghilangkan zat, tercemar, diubahsuai genetik, dicucuk dengan hormon atau ubatan dan sebagainya.
[Tips pemakanan untuk meningkatkan kesuburan]

Photo: www.fitpregnancy.com

Untuk Lelaki

10. Elak mandi tab air panas

Pakar kesuburan menyarankan agar lelaki perlu mengelakkan diri daripada berendam atau mandi dlaam tempoh yang lama dalam tab air panas atau jakuzi. Ini kerana terdapat kajian mendapati pendedahan kantung skrotum yang menampung testikel kepada suhu panas dalam tempoh yang lama memberi kesan kurang baik kepada kesuburan lelaki.



Sumber:




***Cadangan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee merangkumi vitamin dan supplemen Shaklee yang diperlukan melengkapkan nutrien yang diperlukan bagi meningkatkan kesuburan dan juga menyediakan keadaan tubuh yang optimum bagi wanita dalam menanti kehamilan.

Terdapat beberapa kombinasi set yang dicadangkan bergantung kepada keperluan yang terdiri daripada GLA Complex, B-Complex, Ostematrix, Zinc Complex, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-Lea, Alfalfa dan Vita-E Complex.

Ingin membeli sendiri Set Subur Suami Isteri Shaklee?
Klik di Beli Sendiri Set Subur Suami Isteri Shaklee

atau boleh juga

Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like " dan hantar mesej ke,
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment