Saturday, 6 December 2014

Resepi Nasi: Gulungan Nasi dengan Udang dan Sayur Kacang Panjang Eggmaster

Resepi Nasi: Gulungan Nasi dengan Udang dan Sayur Kacang Panjang Eggmaster


Dengan anak-anak yang biasanya agak memilih dalam bab mengambil sayur, adakalanya saya membuat gulungan kimbap atau mengepal nasi menjadi ala onigiri bagi membuatkan mereka mengambil sayur tanpa menyedari ada sayur di dalamnya. Jika tidak menggunakan nasi, saya akan mencampurkan sayur ke dalam penkek ala jeon atau pajeon (Korea) atau ala okonomiyaki (Jepun). Begitu juga dengan sandwich telur. Saya gemar memilih cara-cara ini kerana suhu memasak yang tidak terlalu panas dapat mengekalkan vitamin di dalam sayur yang sensitif dengan haba.

Namun, dengan adanya Kessler Eggmaster ini, penyediaan gulungan nasi kepal menjadi lebih mudah. Baru dua hari lepas saya membuat kebab ayam dengan menggunakan Kessler Eggmaster, kali ini untuk makan malam, sekali lagi saya menggunakan alat yang sama untuk menyediakan hidangan berasaskan nasi pula. Ideanya lebih kurang sama dengan gulungan kimbap (Korea) atau onigiri (Jepun), bezanya dengan menggunakan Kessler Eggmaster ini, saya tidak perlu menggunakan tikar lapik penggulung buluh dan kepingan grilled seaweed untuk menggulung nasi bersama intinya.

Eggmaster's rice rolls with shrimp and long bean 

Bahan-bahan (kira-kira 5 gulungan nasi):


  • 3 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang merah, dihiris halus
  • 100gm udang, dibuang kulit dan dicincang
  • 2 tangkai sayur kacang panjang, dihiris halus (boleh ditukar dengan sayur pilihan seperti lobak, bayam, sawi, kobis dan sebagainya)
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • 1-2 sudu makan kicap pekat manis secukup rasa
  • Minyak masak dalam alat penyembur minyak Kessler

Cara-cara:

  1. Campurkan isi udang, bawang merah dan kacang panjang. Perasakan dengan garam dan lada sulah dan gaul sebati.
  2. Masukkan telur ayam dan kacau sehingga sebati sekali lagi.
  3. Masukkan campuran udang dan telur tadi ke dalam bekas berisi nasi. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
  4. Sediakan Kessler Eggmaster. Lampu merah bermakna belum sedia, tunggu sehingga lampu hijau menyala barulah sedia untuk digunakan.
  5. Sembur ke dalam kebuk Kessler Eggmaster dengan minyak masak sebanyak 3 kali semburan.
  6. Masukkan campuran nasi dan tekan dengan alat penekan yang turut disertakan dalam set Kessler Eggmaster agar campuran nasi menjadi padat.
  7. Isi sehingga hampir penuh, tinggalkan setinggi kira-kira 1 inci pada paras bukaan kebuk.
  8. Cucukkan kebuk yang telah diisi dengan campuran nasi tadi dengan menggunakan pencucuk sate.
  9. Tunggu sehingga gulungan nasi naik sendiri oleh tekanan apabila masak.
  10. Keluarkan gulungan nasi dan letakkan di dalam pinggan.
  11. Potong gulungan nasi dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


Sangat mudah, bukan? Saya dapat bayangkan penyediaan sarapan pagi yang sihat dan seimbang malah sesuai dijadikan bekal makanan anak-anak ke sekolah (atau suami ke tempat kerja) akan menjadi lebih mudah selepas ini, insyaallah. Dengan penyediaan bekal makanan yang lebih mudah namun lebih sihat ini membantu amalan gaya makan yang lebih sihat dan penjimatan belanja daripada perlu makan di kedai.





*** Saya tidak menjual Kessler Eggmaster ini. Namun, jika anda berminat dengan amalan pengambilan suplemen dan vitamin untuk kesihatan, kecantikan, pengurusan berat badan dan awet muda, boleh hubungi saya di 019-6311031 (Ms Kamalia Lee) untuk konsultasi terbaik dan pembelian.


Alhamdulillah...anak-anak makan dengan berselera. Boleh kata yang sulung, ank kedua dan ketiga dapat habiskan satu gulung seorang, manakala yang paling kecil berumur 1 setengah tahun dapat habis setengah gulung nasi ini. Sejak akhir-akhir ini selera mereka memang bertambah sejak saya memberi mereka Meal Shakes French Vanilla Shaklee. Jadi, jangankan nasi, beri sayur pun insyaallah tiada masalah asalkan sayur itu tidak ketara kelihatan dalam hidangan hihihi...

Klik pada imej untuk pautan koleksi testimoni Meal Shakes French Vanilla untuk kebaikan anak-anak.

 Menambah selera

 Picky-eater

Menguatkan sistem imun



26 comments:

  1. rupanya eggmaste rni nama alat hehehe..rasa terliur banget ni tengok gulungan menggiurkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni memang tengah rajin je nak guna eggmaster ni hahaha aduiii

      Delete
  2. Selalunya gitu la kak lia. Selagi xabis explore dengan alat tu, selagi tu akan muncul pelbagai resipi hasil rekaan sendiri.

    JommSihatDanCantik -> CARA TERBAIK NAK BELI VITAMIN C

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu mula-mula beli oven sendiri, asyik baking je ahahah

      Delete
  3. Kak lia suka masak...best2 aje resepi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi simple2 je...canggih2 tu tak berapa pass juga hihi

      Delete
  4. Resepi Kak lia resepi international ni.. menarik utk ank2 kan.. kepal2 tu memang budak2 suka lah...

    ReplyDelete
  5. Lia ni mesti pandai masak kan...ada je resepi yang nak dikongsi dengan kawan-kawan...ditambah pula dengan adanya alat yang canggih macam tu.

    performance drink minuman bertenaga dari shaklee

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi simple2 boleh la..nak buka kedai makan belum boleh lagi hahaha

      Delete
  6. Best la ada eggmaster tuu..boleh try mcm2 resipi.beli kat mana sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat salesman yg jual kat booth di mall..online ada rasanya, pernah nampak

      Delete
  7. Bukan budak je yang susah nak makan sayur.bapak budak pun susah.. Bagus idea resepi ni..


    vitamin E complex

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapaknya sini kuat makan ulam, saya yang tak berapa sangat ulam

      Delete
  8. Ler..saya pun baru tahu ada alat gulung Kessler ni lia..haha..mana lia beli tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat booth kat mall...online ada rasanya

      Delete
  9. Haha.. Aritu post psal telur ni, Sy Ingt nama telur tu.. Rupanya nama alat..
    Mmg terliur Tgk telur ni..

    ReplyDelete
  10. Memang menarik resepi ni. Ditambah dengan penggunaan bekas telur. Kena beli dulu bekas telur ni nampaknya.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    ReplyDelete
  11. aduhai berkali-kali tgk benda ni semakin memanggil..pos utk neni satu hehehe

    ReplyDelete
  12. nampak mcm sedap je..tp klau nk buat kna g beli eggmaster dulu la..hihi

    ReplyDelete