Friday 31 October 2014

Resepi Side Dish: Sambal Tempoyak Goreng dengan Ikan Bilis

Resepi Side Dish: Sambal Tempoyak Goreng dengan Ikan Bilis


Pertama kali saya menikmati sambal tempoyak ini adalah semasa masih menuntut di universiti, teman serumah saya yang berbangsa Iban menyediakan hidangan ini. Memang sangat membuka selera terutama bagi saya yang sememangnya penggemar durian. Ketika itu baru pertama kali saya mencuba tempoyak (tempoyak bukan ramuan makanan yang biasa di kalangan orang Melanau). Hanya setelah saya berkahwin dan hidup bergaul dengan masyarakat Melayu, baharulah saya benar-benar mengenali dan menikmati tempoyak dalam pelbagai cara dan masakan, malah belajar membuat sendiri tempoyak.

Sambal ini bukan sahaja menjadi kegemaran saya malah En. B dan mak. Mak saya juga mempelajari resepi sambal goreng tempoyak dan ikan bilis ini daripada temannya yang berbangsa Iban. Bagi masakan ini, garam tidak diperlukan kerana tempoyak yang sudah sedia masin yang diisi garam ketika penyediaannya.

Hidangan ini sesuai dijadikan side dish atau untuk membuka selera. Lebih enak jika digandingkan bersama ikan kering yang digoreng atau bakar.

Tempoyak merupakan isi durian yang telah dipisahkan daripada bijinya, digaulkan dengan garam dan disimpan di dalam bekas bertutup. Ianya akan dikeluarkan untuk digunakan dalam masakan atau sekadar sebagai ramuan bahan cicah seperti budu tempoyak. Tempoyak kaya dengan vitamin C dan antioksidan.

sambal goreng tempoyak dan ikan bilis
Samabl Goreng Tempoyak dan Ikan Bilis

Kulit Kering dan Gatal-gatal? Rambut Rosak? Ketahui Simptom dan Gejala Kekurangan Protein

Simptom dan Gejala Kekurangan Protein

Protein merupakan bahan bina yang sangat penting untuk sel dan tisu tubuh. Protein membekalkan tenaga dan juga merupakan nutrien penting dalam pertumbuhan dan perkembangan otot serta dalam tumbesaran kanak-kanak. Protein juga merupakan elemen penting dalam memelihara kesihatan kulit, kuku dan rambut.

Makanan yang kaya dengan sumber protein ialah; daging seperti ikan, ayam, lembu; tenusu seperti susu, keju; dan kekacang seperti soya, kacang tanah dan sebagainya. Protein yang diambil akan dicerna dan dipecahkan menjadi unit paling kecil iaitu asid amino, yang merupakan komponen penting dalam pembinaan hormon yang mengawal atur fungsi tubuh.

Photo: Shaklee Malaysia

Kekurangan pengambilan protein akibat malnutrisi atau amalan penyekatan makanan yang ekstrem seperti vegan (sejenis tahap vegetarian yang menghindarkan bukan sahaja daging tetapi juga apa-apa yang bersumberkan haiwan seperti tenusu, telur malah madu) akan mengakibatkan kekurangan protein. Ini seterusnya akan menyebabkan gangguan dalam tumbesaran, perkembangan otot dan taraf kesihatan serta fungsi normal tubuh seseorang individu secara keseluruhan.

Antara gejala dan simptom kekurangan protein ialah seperti berikut;

Resepi Ikan: Bawal Putih Masak Asam Kuning Authentic Melanau

Resepi Ikan: Bawal Putih Masak Asam Kuning Authentic Melanau


Masakan ini merupakan sejenis masakan tradisional etnik Melanau di Sarawak. Saya mewarisi resipi ini daripada mak yang juga mewarisinya daripada nenek saya. Menarik tentang masakan ini ialah penggunaan asam kelubi atau lebih dikenali sebagai "asam payak" di kalangan penduduk Sarawak, atau "bauun" di kalangan orang Melanau, yang memberi rasa masam yang unik dan berbeza jika dibandingkan dengan penggunaan asam lain yang biasa digunakan seperti asam keping, asam jawa dan sebagainya.

ikan bawal putih masak asam kunyit authentic Melanau
Bawal Putih Masak Asam Kuning

Wednesday 29 October 2014

Resepi Ringkas: Ayam Masak Kicap Ringkas Chinese-style

Resepi Ringkas: Ayam Masak Kicap Ringkas Chinese-style 


Resepi ayam masak kicap ini sangat ringkas dengan bahan-bahan yang sedikit dan asas kepada kebanyakan resepi masakan Cina. Hidangan ini memberi nilai sentimental kepada saya kerana inilah hidangan kegemaran saya dan adik-beradik saya sejak kecil sehingga sekarang, dan semestinya daripada air tangan mak. Hidangan ini sesuai untuk lauk ayam yang ringkas tetapi sedap untuk anak-anak, ibu-ibu bekerjaya dengan masa terhad di dapur, juga untuk hidangan orang bujang atau yang baru mengenali dapur.

Ayam Masak Kicap Ringkas Chinese-style

Tuesday 28 October 2014

Alfalfa Complex: Formula Istimewa Shaklee

Alfalfa Complex: Formula Istimewa Shaklee


Alfalfa (Medicago sativa) merupakan sejenis tumbuhan herba yang amat kaya dengan nutrien sehingga dikategorikan sebagai salah satu superfood. Akarnya menjulur jauh ke dalam tanah sehingga ke kedalaman 6 meter dan menyerap nutrien dan mineral dalam tanah, yang biasanya sukar dicapai oleh tumbuhan lain. Daunnya pula sangat tinggi dengan klorofil yang terhasil dari proses fotosintesis.

Antara nutrien yang terdapat dengan kayanya dalam alfalfa ialah kalsium, potassium, zat besi, fosforus, vitamin (terutama A, C dan E yang terkenal bersifat antioksidan), vitamin K, klorofil dan bioflavonoids.


Photo: Shaklee Malaysia

Resepi Telur Ayam Kampung Masak Lemak Kuning

Resepi Telur Ayam Kampung Masak Lemak Kuning

Saya mempelajari masakan telur masak lemak daripada ibu mertua saya yang berasal dari Kelantan. Hidangan ini merupakan antara hidangan asli masyarakat Kelantan dan saya rasa bertuah mempelajari masakan ini langsung daripada ibu mertua yang berketurunan Melayu Kelantan. Walaupun begitu, beliau biasanya menggunakan telur itik, manakala untuk resepi ini, saya menggunakan telur ayam kampung atas faktor tidak mendapatkan sumber telur itik selain lambakan telur ayam kampung di rumah mak saya. Begitu juga sebahagian bahan-bahan tumis, saya juga melakukan sedikit pengubahsuaian mengikut citarasa saya (hakikatnya,saya sudah agak banyak kali mencuba resepi ini dengan pengubahsuaian sehingga terlupa resepi sebenar oleh ibu mertua. Insyaallah akan saya rujuk semula dengan beliau untuk resepi yang asli Kelantan  dan dikongsi semula).

Faktor telur itik digunakan adalah kerana telur itik agak pekat, maka bentuknya menjadi cantik apabila digunakan dalam masakan ini berbanding telur ayam biasa yang akan kehilangan bentuk, hancur atau meleper jika digunakan kerana faktor telur ayam biasa yang agak cair. Walau bagaimanapun, telur ayam kampung baka ayam Filipina yang dibela di rumah mak saya ini mempunyai struktur yang pekat selain telur kuning yang besar serta sedikit telur putih, menjadikan bentuknya "menjadi", sama seperti menggunakan telur itik.

Telur Ayam Kampung Masak Lemak Kuning

Monday 27 October 2014

Resepi Sihat: Telur Kukus (Chinese Steamed Egg)

Resepi Sihat: Telur Kukus (Chinese Steamed Egg)


Resepi telur kukus ini merupakan antara resepi masakan Cina yang tipikal. Resepi asas telur kukus boleh dipelbagaikan variasinya dengan menambah daging cincang, ayam kisar, udang cincang, sayur-sayuran dan sebagainya, ataupun boleh disediakan dengan ringkas menggunakan ramuan asas dan utamanya iaitu telur. Resepi ini sangat sihat kerana penyediaannya yang menggunakan tanpa minyak atau minyak menggoreng yang minimal, kaya dengan protein dan vitamin B serta rendah lemak, selain sangat sesuai bagi yang ingin berdiet.

Terdapat banyak telur ayam kampung di rumah mak saya, sehingga saya kehabisan idea hendak menyediakan hidangan telur. Tiba-tiba saya teringat resepi turun temurun mendiang datuk sebelah mak saya yang berketurunan Cina.

Chinese Steamed Egg

Testimoni Turun Berat Badan dengan Set Kurus Shaklee (ESP+Alfalfa Complex+Lecithin)

Testimoni Turun Berat Badan dengan Set Kurus Shaklee (ESP+Alfalfa Complex+Lecithin)


Set Kurus Shaklee yang terdiri daripada ESP Soy Protein, Alfalfa Complex dan Lecithin Shaklee merupakan salah satu daripada kombinasi produk suplemen Shaklee yang membantu dalam proses penurunan berat badan.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna seseorang individu yang mengambil suplemen Shaklee ini boleh mengabaikan pemakanan sihat dan seimbang sepenuhnya, atau makan secara berlebihan, ataupun tidak mengambil berat kepentingan senaman, kerana kombinasi suplemen ini hanya membantu dalam proses penurunan berat badan yang lebih sihat dan berkesan melalui 3 cara iaitu;
  1. Bakar - bakar lemak dengan Lecithin Shaklee
  2. Buang - buang lebihan lemak atau membersihkan usus daripada lambakan sisa dalam usus, proses detoksifikasi dengan Alfalfa Complex
  3. Bina - bina kembali atau pelihara otot dengan ESP Shaklee.

kurus slim ramping langsing dengan Shaklee
Testimoni berjaya menurunkan berat badan dengan kombinasi Set Kurus Shaklee (ESP+Alfalfa Complex+Lecithin)

Cinch® Shake Mix: Ramping tanpa Hilang Jisim Otot, Tiada lagi Kesan Diet Yo-Yo

Cinch® Shake Mix: Tiada lagi Kesan Diet Yo-Yo, Ramping tanpa Kehilangan Jisim Otot


Cinch® Shake Mix merupakan minuman lazat dan berkhasiat, dalam cara mengekalkan jisim otot penting semasa dalam proses penurunan berat badan (kebanyakan diet bukan sahaja mengurangkan lemak tetapi juga otot yang penting untuk memelihara kadar metabolisme. Kehilangan otot menyebabkan kadar metabolisme menurun selepas kehilangan berat, menyebabkan berat badan mendadak naik pula - disebut kesan diet yo-yo).

Selain daripada itu, Cinch® Shake Mix juga memberi rasa kenyang berpanjangan dan rasa puas semasa berdiet, di samping membantu membakar lemak dan mengurangkan inci lemak semasa proses menurunkan berat badan.

Photo: Shaklee Malaysia

Saturday 25 October 2014

Mahu Ramping? Ingin Tampak Lebih Langsing? Dengan Cinch® Inch Loss Plan, Anda Boleh

Mahu Ramping? Ingin Tampak Lebih Langsing? Dengan Cinch® Inch Loss Plan, Anda Boleh


Dalam kebanyakan diet (berdiet untuk menurunkan berat badan), kita akan mengalami kehilangan lemak dan otot. Malangnya, tidak ramai daripada kita tahu, kehilangan otot bermakna kita kehilangan kadar metabolisme menjadi kadar metabolisme kita menurun. Apabila kadar metabolisme menurun, bermakna tubuh juga semakin kehilangan keupayaan untuk membakar lemak. Lebih teruk, apabila kita berhenti berdiet, tubuh tidak lagi mampu membakar kalori sama seperti sebelum berdiet. Ini mengakibatkan pertambahan semula berat badan, malah naik dengan mendadak. Keadaan ini mendorong kita memulakan diet semula, menjadikannya seperti suatu kitaran berulang dan inilah yang disebut oleh pakar sebagai kesan yo-yo atau yo-yo effect.



Cinch® Inch Loss Plan


Photo: Shaklee Malaysia

Friday 24 October 2014

Dessert Place In Mukah: ZenQ Desserts Mukah

Dessert Place In Mukah: ZenQ Desserts Mukah


Kami ke ZenQ Dessert lagi. Minggu lepas pun dah ke ZenQ. Memang menyeronokkan dengan pelbagai menu dessert yang berasal dari Taiwan ini. Signature menu ialah ZenQ My Signature dari Grass Jelly Series.

Photo: ZenQ Desserts Mukah

15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 3)

15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 3)


[sambungan dari 15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 2)]

11. Demam


Sering demam atau demam yang tidak kebah-kebah tanpa diketahui punca jelas berkemungkinan berkaitan dengan leukemia atau lain-lain kanser darah seperti lymphoma atau myeloma.

Photo: cancer.about.com

Wednesday 22 October 2014

15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 2)

15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 2)


[sambungan dari 15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 1)]

6. Perubahan Nodus Limfa


Nodus limfa terdapat di kebanyakan bahagian dalam tubuh, yang berperanan penting dalam sistem limfatik yang terlibat dalam sistem imun tubuh. Kebiasaannya, jangkitan dan inflamasi menyebabkan nodus limfa membengkak dan hanya melibatkan bahagian yang terlibat, contohnya jangkitan atau infeksi di bahagian mulut menyebabkan nodus limfa di bahagian membengkak.

Walau bagaimanapun, sesetengah kanser seperti leukemia dan lymphoma juga menyebabkan perubahan pada nodus limfa, terutama jika berlaku bengkak pada nodus limfa yang tidak surut-surut melebihi tempoh 1 bulan.

Photo: www.webmd.com

Tuesday 21 October 2014

15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 1)

15 Tanda-tanda Kanser Wanita Harus Tahu (Part 1)


Tubuh wanita sentiasa mengalami perubahan, lebih-lebih ketika melalui fasa pertama pematangan seksual, seterusnya kehamilan, selepas kehamilan, penyusuan badan, fasa menopaus dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sering kali juga perubahan-perubahan tersebut kemungkinan adalah berkaitan dengan kanser. Jadi, apakah tanda-tanda akan kemungkinan perubahan yang dialami adalah berkaitan dengan kanser dan bukannya perubahan normal wanita?


breast cancer symptoms and signs early detection women
Photo: www.nationalbreastcancer.org

Resepi Sihat: Sup Ayam dengan Shiitake

Resepi Sihat: Sup Ayam dan Shiitake (Chinese-style soup)


Sup ini sesuai dihidangkan untuk orang yang demam atau selepas sembuh dari demam. Ianya juga sesuai untuk menyegarkan badan, sekadar dihirup dan dimakan begitu sahaja. Gabungan khasiat sup ayam, yang membekalkan protein, wolfberry, kurma merah, dan longan untuk vitamin dan mineral yang menambah darah, serta cendawan shiitake yang terkenal dengan khasiat kepada kesihatan, menjadikannya suatu resepi sup sihat yang sesuai untuk menyegarkan tubuh semasa atau selepas sembuh dari demam atau penyakit.

Sup Ayam dengan Shiitake

Monday 20 October 2014

Bekalan Air Paip Mukah Keruh Lagi!

Bekalan Air Paip Mukah Keruh Lagi!


Dua hari lepas, bekalan air paip di Mukah, Sarawak putus sebentar di beberapa bahagian dalam daerah Mukah. Perkara pertama bermain dalam fikiran penduduk setempat ialah 'air paip bakal keruh lagi'. Ini bukanlah kali pertama hal ini berlaku, malah banyak kali. Terbaru sebelum ini ialah pada pertengahan bulan September lepas. Jika sebelum ini ada notis gangguan bekalan air dikeluarkan (walaupun tidak tepat mengikut tarikh yang diberitahu), kali ini gangguan ini berlaku tanap notis. Mungkin ada notis, mungkin tidak, tetapi setakat ini saya tidak terjumpa sebarang notis gangguan air yang viral di Facebook atau aplikasi WhatsApp/Telegram/WeChat seperti kebiasaan.

Lihatlah kualiti airnya, sangat keruh. Jangankan hendak dibuat air minuman, mandi dengan air keruh sebegini pun membuatkan badan terasa berlendir dan melekit.

Air yang diambil tanggal 17 Oktober 2014

Sunday 19 October 2014

A Note of Condolence

A Note of Condolence


It"s the month of Breast Cancer Awareness Month worldwide. And yet, here and today, we still hear breast cancer survivors (our dear loved ones, families, and friends) lost in their battle with this disease, and we've known them as true fighters in life, never lost their optimism. 

"Good girl, good girl..." I really can't get it out of my head right now.

Every day is life lesson, so start living today...and hug your loved ones today.

My deepest sympathies go out to families and friends on their loss of their loved one.
Let the memories of their loved one live on in this time of heartfelt sorrow.

Let us cherish this touching piece of note written by her daughter (only 3 days before her passing), which I find very beautiful and lovely.




In ever loving memory of Philomena Assunta Kom.

Friday 17 October 2014

Hijab Review: Sensasi Hijab Bokitta

Hijab Review: Sensasi Hijab Bokitta


Fareeda
Tolong tepi sikit...
Tolong tepi sikit...
Bokitta nak lalu...

Ehehe... sebenarnya saya sendiri tidak pernah membeli tudung Fareeda hatta Pearl Haya yang menjadi sensasi tudung sebelum ini (dengarnya ramai yang berbaris-baris di luar kedai menunggu kedai dibuka setiap kali ada promosi). Ini kerana selain harganya yang agak mahal, saya juga merasakan fesyennya lebih sesuai digayakan oleh wanita golongan korporat dan eksekutif, bukannya wanita yang "berkarier" santai-santai dan kasual dari rumah seperti saya.


Photo: http://ow.ly/i/7e0gd 

Yellow me

Size: chic rm109

To order: wassup gmbr tdg ke 0124869647

Beli 2 dan lebih akan dpt diskaun!!yeeaay!!
Photo: FB Bokitta Arau Perlis [klik image untuk pautan ke FB Page]

Thursday 16 October 2014

Blog Review: Sweet Qaseeh Collection

Blog Review: Sweet Qaseeh Collection


Blog Sweet Qaseeh Kids Collection dan Facebook Page Sweet Qaseeh Collection dimiliki oleh Sweet Qaseeh Enterprise (002014267-H), perniagaan kepunyaan ex-classmate saya di sekolah menengah dahulu. Blog ini menjual aksesori, pakaian, dan barang permainan yang terdiri daripada rangkaian Baby GAP, Carter's, Baby Zara, NIKE, Adidas, Fisher's Price, Lamaze dan lain-lain lagi.

Beliau sudah memulakan perniagaan ini sejak 2011, berpusat di Seri Kembangan, Selangor.


Pelbagai aksesori yang menarik hati

Wednesday 15 October 2014

Shaklee Cares® for Our Chlildren: Majlis Pelancaran Pengumuman Kerjasama dengan Yayasan MyKasih

Shaklee Cares® for Our Chlildren: Majlis Pelancaran Pengumuman Kerjasama dengan Yayasan MyKasih


Semalam telah berlangsung majlis pelancaran pengumuman kerjasama dengan Yayasan MyKasih dalam program tanggungjawab sosial Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. iaitu Shaklee Cares® for Our Children.

Photo Courtesy: Wan Fatihanum (petikan akhbar Utusan Malaysia, 15 Oktober 2014)

Tuesday 14 October 2014

No Bra Day? Anda Berani?

No Bra Day? Anda Berani?


October 13th, No Bra Day.


#NoBraDay menjadi #trending semalam, baik dalam Google Trends, Twitter, Facebook dan laman-laman sosial. Malah pada hari ini pun, No Bra Day masih trending di internet dengan hit 10,000+ carian. Namun, Amerika "menyambutnya" pada setiap 9 Julai. No Bra Day atau Hari Tanpa Bra "diraikan" sempena Breast Cancer Awareness Month yang disambut pada setiap bulan Oktober untuk meningkatkan kesedaran kepada awam terutamanya wanita tentang kanser payudara.


Photo: Pinned by Jessi Sinclair-Baker via www.pinterest.com

Monday 13 October 2014

Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara 


Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Malaysia sepanjang Oktober ini, saya masih belum berputus asa untuk mencari maklumat berkenaan program kempen ini. Jika semalam saya menggunakan keyword "bulan kesedaran kanser payudara" melalui carian Google yang membuahkan hasil yang mengecewakan (membuatkan saya menulis tentang Refleksi: Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara?), hari ini saya mencuba dengan keyword "breast cancer awareness". Alhamdulillah, muncul pada auto suggestion Google Search keyword "breast cancer awareness month Malaysia".

breast cancer awareness month
Photo: www.dailymuscle.com

Sunday 12 October 2014

Refleksi: Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara?

Refleksi: Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara?


Tahukah anda, bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara?

Jika tidak silap saya, saya pernah terbaca atau menonton wawancara tentang respon masyarakat berkenaan kanser payudara dan kesedaran awam tentang kanser. Kebanyakan respon adalah mengejutkan, rata-rata mereka hanya menganggap kanser hanya menyerang bahagian tertentu tubuh yang biasa didengari. Ternyata kesedaran apa itu kanser dan insiden prevalensi kanser masih di tahap amat rendah.

Photo: nanny-stuff.blogpost.com

Saturday 11 October 2014

Blog Review: Sutina eShoppe for Muslimah Wear, Coach Bags, Corelle, Health & Beauty

Blog Review: Sutina eShoppe for Muslimah Wear, Coach Bags, Corelle, Health & Beauty


Blog Sutina eShoppe ini dimiliki oleh ex-classmate saya pada zaman sekolah menengah dahulu, Sutinah Sulaiman, yang memaparkan pelbagai rangkaian produk daripada pakaian, beg tangan berjenama Coach, set pinggan mangkuk berjenama Corelle, dan produk Sutra Aromatherapy. Pada update terkini, blog beliau baru sahaja 3 minggu beroperasi namun sudah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pemilik Sutina eShoppe

Friday 10 October 2014

Meal Shakes Shaklee dan Performance Drink: Keperluan Nutrisi Lengkap bagi Atlit dan Ahli Sukan serta Individu yang Bersenam

Meal Shakes Shaklee dan Performance® Natural Orange Shaklee: Keperluan Nutrisi Lengkap bagi Atlit dan Ahli Sukan serta Individu yang Bersenam


Jika kita sering baca atau dengar Meal Shakes Shaklee disarankan kepada individu yang ingin menambah berat badan atau sebagai suplemen mulitvitamin untuk kanak-kanak, bagaimana pula Meal Shakes Shaklee dan Performance Drink memberi kelebihan kepada atlit, ahli sukan atau individu yang bersenam?

Photo: www.telegraph.co.uk

Thursday 9 October 2014

Testimoni Meal Shakes French Vanilla Shaklee: Menambah dan Meningkatkan Selera Makan Anak-anak

Testimoni Meal Shakes French Vanilla Shaklee: Menambah dan Meningkatkan Selera Makan Anak-anak

Meal Shakes Shaklee untuk menambah dan meningkatkan selera makan anak-anak


Testimoni:
Pemberian Meal Shakes Shaklee oleh ibu-ibu ini mendapati dapat menambah atau meningkatkan selera makan bagi anak-anak yang kurang selera makan, termasuk yang jenis cerewet memilih makanan atau picky-eater. Apatah lagi dalam satu testimoni, anak tersebut mempunyai autism dan picky-eater.

Sesetengah pakar kanak-kanak dan ibu bapa bimbang dengan pengambilan suplemen makanan tambahan seperti ini akan menggalakkan kebergantungan kepada suplemen sehingga mengabaikan pemakanan sihat, namun, hakikatnya ia bergantung kepada kesedaran ibu bapa itu sendiri dalam mendidik anak-anak untuk mengamalkan pemakanan sihat. Ini terbukti dalam salah satu testimoni, yang mana seorang anak tidak menolak hidangan sayuran dengan pengambilan Meal Shakes Shaklee. Biasanya sukar untuk kita dapati anak-anak menyukai hidangan sayur. Tambahan pula, tiada bezanya dengan pemberian suplemen penambah selera berasaskan lysine seperti yang terdapat di pasaran, malah dengan Meal Shakes Shaklee, anak-anak mendapat manfaat dari segi kandungan multivitamin dan serat pemakanan yang tinggi. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan, ibu bapa harus sedar bahawa suplemen adalah untuk melengkapkan nutrien keperluan harian dan bukannya penggantian total pemakanan harian.


Ibu-ibu ini bersetuju Meal Shakes Shaklee membantu meningkatkan selera makan anak-anak mereka

Suami Bekerja Offshore? (Part 2)

Suami Bekerja Offshore? (Part 2)


En. B baru ber-WhatsApp. Katanya dah berada di KLIA tiba dari Bangkok, tetapi sedang menunggu luggage yang belum sampai. Begitulah rutin beliau. Anak-anak pun macam dapat 'menghidu' papa mereka sudah menjejak bumi Malaysia, kerana dengan tiba-tiba, baru sebentar tadi Acheh dan Yaya ajak mengambil Papa di airport.

Don't Get Lost in Your Supermom Act - We Ain't No Supermama


Ya, itu yang saya belajar dengan menjadi temporary-single parent ni. Banyak orang berusaha push diri untuk menjadi supermama atas tuntutan masyarakat di sekitar dengan cuba melakukan semua seorang diri. Realitinya, tidak dan tidak perlu. Sebab itulah kita hidup bermasyarakat, ada keluarga, ada kawan. Saya berpendapat, biarpun keinginan kita besar untuk tidak ingin menyusahkan orang lain dan ingin melakukan semuanya seorng diri, realitinya kita harus sedar diri, jika kita rasakan batasan mental dan rohani kita cukup tinggi (hakikatnya kadang-kadang naik, kadang-kadang turun), kita perlu ingat batasan fizikal. Pernah terbaca kisah seorang ibu di Australia yang terlamapu penat menjaga 2 anaknya yang demam sehingga beliau tertidur di sofa dan kedua-duanya mati di bilik air akibat kelemasan? Sudah tentu, saya amat mengambil berat pengajaran daripada kisah benar tersebut.

Photo: welcomelittle.com
\

Wednesday 8 October 2014

Suami Bekerja Offshore? (Part 1)

Suami Bekerja Offshore? (Part 1)


Kala ini En. B (gelaran saya kepada encik suami) sedang dalam perjalanan dari Durham-Amsterdam-Bangkok-Kuala Lumpur setelah 5 minggu berada di perantauan laut di sekitar Eropah. Begitulah rutin beliau sejak 2 tahun lepas, 5 minggu bekerja, 5 minggu cuti. Sebelum ini En. B banyak pergi ke Timur Tengah dan India serta perairan dalam negara.

Photo: En. B (Zul Kama)

Testimoni Meal Shakes French Vanilla Shaklee: Tiada Lagi Masalah Sembelit, Sistem Imun Tubuh Lebih Kuat dan Membantu Kawal Pemakanan Anak yang Obes

Testimoni Meal Shakes French Vanilla Shaklee: Tiada Lagi Masalah Sembelit, Sistem Imun Tubuh Lebih Kuat dan Membantu Kawal Pemakanan Anak yang Obes

Meal Shakes Shaklee untuk mengatasi masalah sembelit anak-anak.meningkatkan sistem imun tubuh dan membantu mengawal pemakanan di kalangan anak yang obes


Testimoni: Pengambilan Meal Shakes French Vanilla Shaklee membantu;

  • mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak akibat kurang mengambil serat dalam pemakanan harian, contoh, anak kurang gemar memakan sayur.
  • sistem imun tubuh anak menjadi lebih kuat. Anak-anak jarang jatuh sakit atau demam, dan jika mendapat demam, batuk atau selsema sekalipun, mereka lebih cepat sembuh.
  • membantu mengawal pemakanan di kalangan anak yang obes.


Kedua-dua ibu ini setuju Meal Shakes mampu mengatasi masalah sembelit anak-anak selain sistem imun tubuh lebih kuat malah membantu mengawal pemakanan bagi anak yang obes

Tuesday 7 October 2014

Bahaya Keracunan Plumbum kepada Kesihatan

Bahaya Keracunan Plumbum kepada Kesihatan


Keracunan plumbum


Cara kemasukan ke dalam tubuh biasanya melalui makanan atau minuman, selain tertelan bahan yang tinggi dengan plumbum, seperti bateri. Malangnya, plumbum tidak dapat dihidu, dilihat atau dirasa menjadikan pendedahan kepada pencemaran plumbumsering tidak disedari.

lead poisoning
Photo: www.marioncountyhealthdpet.org

Testimoni Meal Shakes French Vanilla Shaklee: Sistem Imun Tubuh yang Lebih Kuat

Testimoni Meal Shakes French Vanilla Shaklee: Sistem Imun Tubuh yang Lebih Kuat

Meal Shakes Shaklee untuk meningkatkan sistem imun tubuh melawan penyakit

Testimoni: Dulu anak Pn. N mudah demam dan jatuh sakit sehingga sering dimasukkan ke hospital. Namun, setelah memberi Meal Shakes Shaklee kepada anaknya sebagai suplemen multivitamin, beliau mendapati anaknya semakin jarang jatuh sakit malah selera makan juga bertambah.
Sistem imun tubuh lebih kuat, jarang demam dan jatuh sakit sejak mengamalkan Meal Shakes Shaklee

Monday 6 October 2014

Bahaya Pencemaran Plumbum dalam Bekalan Air Paip

Bahaya Pencemaran Plumbum dalam Bekalan Air Paip 

Biarpun air paip yang dibekalkan telah melalui pelbagai proses penapisan dan pembersihan oleh pembekal air, bekalan air paip masih terdedah kepada pencemaran seperti plumbum. Pendedahan kepada pencemaran plumbum dalam jangka masa panjang melalui makanan dan minuman boleh menyebabkan keracunan plumbum yang membawa kepada banyak masalah kesihatan kepada kita malah boleh membawa maut.

Plumbum dalam air paip biasanya datang daripada hakisan bahan yang menyambungkan saluran paip, terutama sambungan paip yang sudah lama. Risiko pencemaran plumbum juga meningkat apabila air tidak bergerak dalam saluran paip selama beberapa jam menyebabkan kepekatan plumbum bertambah dalam takungan air dalam paip tersebut.

Photo: feed.informer.com

Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee: Menjadikan Air Minuman Lebih Bersih dan Selamat

Get Clean® Water Pitcher Set Shaklee: Menjadikan Air Minuman Lebih Bersih dan Selamat


Get Clean® Water Pitcher merupakan sistem penapisan air berjag yang komprehensif dan terbaru. Penapis ini disahkan oleh Water Quality Association (WQA) dari US, mampu mengurangkan sehingga 99% pencemaran plumbum dalam bekalan air paip kita, selain dapat menapis banyak lagi bahan pencemaran yang terdapat dalam air paip yang boleh membahayakan kesihatan.

Photo: www.myshaklee.com

Satu set Get Clean® Water Pitcher terdiri daripada;

Sunday 5 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah 1435H

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah 1435H


Untuk ke sekian kalinya saya dan anak-anak merayakan hari raya tanpa En.B yang masih berada di perantauan atas tugas. Begitu juga dengan hari raya puasa yang lepas, malah kami tidak mempunyai kesempatan untuk bersahur, berpuasa dan berbuka sepanjang Ramadhan lepas. Mujur anak-anak sudah biasa. Atas sebab itu saya buat juga sedikit makan-makan kecil untuk keluarga, sekadar untuk menandakan sambutan, meraikan hari dan memeriahkan suasana untuk anak-anak.

Photo: leekamalia.blogspot.com

Khasiat dan Kebaikan Meal Shakes French Vanilla Shaklee: Pilihan Minuman Berkhasiat untuk Seisi Keluarga

Khasiat dan Kebaikan Meal Shakes French Vanilla Shaklee: Pilihan Minuman Berkhasiat untuk Seisi Keluarga


Meal Shakes French Vanilla Shaklee merupakan satu pilihan minuman berkhasiat yang tepat untuk seisi keluarga. Ianya kaya dengan vitamin dan mineral, rendah lemak, rendah kolesterol, rendah sodium dan tinggi serat.

Meal Shakes Shaklee sesuai dijadikan sarapan pagi segera yang berkhasiat untuk memulakan hari yang cergas atau boleh diambil pada bila-bila masa. Ia juga membekalkan vitamin dan mineral serta serat pemakanan, sesuai bagi mereka yang tidak gemar mengambil multivitamin dalam bentuk tablet.

Photo: Shaklee Malaysia

My Travel Bucket List - Places to Go, Sights to See (Part 1 - Venice, Italy)

My Travel Bucket List - Places to Go, Sights to See (Part 1)


Hari ini entry santai, macam biasa saya khaskan hari minggu untuk berkongsi cerita santai, perkara biasa dalam hidup kita. Manusia biasanya bercakap tentang tiga perkara; perkara yang lepas, perkara yang sedang berlaku, dan perkara yang akan datang. Manusia juga bercakap tentang tiga perkara akan tiga perkara tersebut; angan-angan, idea dan gosip. Cuma minda dan attitude yang akan membezakan sama ada angan-angan itu akan bertukar menjadi cita-cita, idea bertukar menjadi realiti, dan gosip menambah dosa atau mengambil pengajaran daripadanya.

Photo: www.milanocard.it

Friday 3 October 2014

Resepi One-Dish: Oyakodon (sake-free oyako donburi)

Resepi One-Dish: Oyakodon Asas (sake-free basic oyako donburi)


Hidangan oyakodon atau oyako donburi ini merupakan suatu hidangan tradisional Jepun. Ianya satu hidangan yang sihat kerana tidak menggunakan minyak selain tidak menggunakan garam. Oyakodon versi ini merupakan versi asas dan terpulang kepada kreativiti kita untuk mempelbagaikan rasa mengikut citarasa masing-masing. Biasanya oyakodon menggunakan sake atau sejenis arak Jepun, akan tetapi versi ini tidak menggunakan bahan tersebut.

Oyakodon bermaksud "hidangan ibu dan anak". Ayam mewakili "ibu" manakala telur ayam mewakili "anak" dan dikumpul dalam satu "hidangan ibu dan anak - oyako donburi!"

Anak sulung saya, Acha merupakan peminat terbesar oyakodon ini. Terima kasih kepada rakan sekolah saya dahulu, Angela Goh Chin Yien kerana berkongsi resepi versi asas tanpa sake ini selain daripada perkongsian tentang asal usul nama hidangan yang unik - oyako donburi!

oyakodon
Hidangkan oyakodon dengan meletakkan hidangan ini di atas nasi panas dan dinikmati sebagai satu hidangan

Thursday 2 October 2014

Resepi Berpantang dan Tambah Susu Badan: Sup Ayam dengan Kurma Merah, Wolfberry dan Longan Kering

Resepi Berpantang dan Tambah Susu Badan: Sup Ayam dengan Kurma Merah, Wolfberry dan Longan Kering


Biarpun sudah lama meninggalkan tempoh berpantang selepas bersalin, sekali sekala ada masanya tekak saya terliur untuk menikmati sup ayam dengan herba-herba tradisional Cina ini. Tambahan pula bahan-bahan ini sentiasa ada dalam simpanan seperti mana herba atau rempah masakan lain seperti rempah lima sekawan. Biasanya saya menyediakan resepi ini semasa dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Bahan-bahan yang digunakan boleh didapati di kedai ubat tabib Cina yang boleh didapati dengan mudah di bandar atau pekan. Jika tidak pasti apa yang mahu disebut kepada penjual atau tabib tersebut, hanya sebut tentang "herba yang biasanya wanita akan ambil atau guna dalam masakan atau dijadikan minuman ketika dalam tempoh berpantang" atau "herba untuk tambah darah". Selain daripada mempunyai ciri-ciri menambah susu badan, kurma merah (Chinese or Korean red dates, hong zao), wolfberry (kei chi) dan longan kering (dried longans, long yan rou) juga dipercayai dapat menambah darah (ciri yang penting untuk selepas bersalin) selain menyegarkan badan. Selain daripada dijadikan sup, bahan-bahan ini juga boleh dijadikan minuman teh bagi wanita berpantang untuk tujuan yang sama.

Bagaimana ESP Shaklee Membantu Mengurangkan Jerawat, Pigmentasi dan Jeragat

Bagaimana ESP Shaklee Membantu Mengurangkan Jerawat dan Pigmentasi

Bagaimana ESP Shaklee membantu mengurangkan jerawat?


ESP Shaklee merupakan tepung protein soya (soy protein isolate powder) yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Corak pemakanan dengan indeks glisemik yang tinggi telah dikaitkan dengan peningkatan jerawat dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2007. Kajian yang melibatkan golongan remaja lelaki dengan masalah jerawat yang mengamalkan pemakanan rendah glisemik indeks yang membantu dalam kawalan gula darah dan paras insulin yang lebih baik, mendapati masalah jerawat yang dihadapi mereka menjadi pulih dan berkurangan berbanding segolongan lagi kumpulan remaja lelaki dengan masalah yang sama tetapi tidak mengamalkan pemakanan rendah glisemik. Ciri indeks glisemik yang rendah yang dimiliki oleh ESP Shaklee ternyata membantu dalam kawalan paras gula darah yang lebih baik dan seterusnya mengatasi masalah jerawat yang mungkin sedang dialami.

Vitamin dan Mineral Untuk Menghilangkan Parut Jerawat

Vitamin dan Mineral Untuk Menghilangkan Parut Jerawat


Jerawat, biarpun suatu penyakit yang tidak membahayakan nyawa, merupakan penyakit yang menjadi kerisauan ramai individu yang mengidapnya, terutama sekali remaja yang melalui tempoh perubahan hormon selain kepekaan terhadap rupa diri pada tahap yang tinggi. Perhatian terhadap keadaan kulit bukan sahaja ketika munculnya jerawat, malah berterusan sehingga kepada bagaimana ingin menghilangkan parut jerawat, terutama sekali di wajah.

Kerosakan kolagen dalam kulit akibat keradangan oleh jerawat menyebabkan parut hodoh yang 'berkawah' terbentuk biarpun setelah sembuh. Pada kebiasaannya penyembuhan selepas jerawat mulai berlaku pada hari keempat. Pada peringkat ini semasa parut masih baru, adalah penting untuk mendapatkan nutrien yang perlu untuk penyembuhan kulit agar seterusnya dapat memudarkan parut jerawat dengan lebih berkesan, berbanding dengan parut lama.


Photo: philschatz.com

Apakah vitamin dan mineral asas yang penting untuk menghilangkan parut jerawat?

Wednesday 1 October 2014

Makanan Tinggi Gula dan Karbohidrat Ringkas Penyebab Jerawat?

Makanan Tinggi Gula dan Karbohidrat Ringkas Penyebab Jerawat?

Bagaimana makanan tinggi gula dan karbohidrat ringkas menyebabkan jerawat?


Pakar kini mendapati kaitan antara pemakanan dan kawalan gula darah yang baik dengan kesihatan kulit. Hormon insulin dihasilkan oleh sel beta dalam pankreas bagi membolehkan tubuh dapat menggunakan glukosa daripada karbohidrat sebagai tenaga atau menyimpannya sebagai simpanan. Dalam kaitannya dengan jerawat, pakar mendapati sesetengah makanan terutama sekali karbohidrat ringkas menyebabkan paras gula atau glukosa darah meningkat dengan mendadak. Karbohidrat ringkas (indeks glisemik yang tinggi) membebaskan gula atau glukosa ke dalam darah dengan lebih cepat berbanding karbohidrat kompleks (indeks glisemik lebih rendah). Keadaan ini menyebabkan paras hormon insulin juga meningkat dengan mendadak dan peningkatan paras insulin yang tinggi menyebabkan jerawat.

Photo: oneyeartobetterhealth.com