Makanan Tinggi Gula dan Karbohidrat Ringkas Penyebab Jerawat?
Bagaimana makanan tinggi gula dan karbohidrat ringkas menyebabkan jerawat?
Pakar kini mendapati kaitan antara pemakanan dan kawalan gula darah yang baik dengan kesihatan kulit. Hormon insulin dihasilkan oleh sel beta dalam pankreas bagi membolehkan tubuh dapat menggunakan glukosa daripada karbohidrat sebagai tenaga atau menyimpannya sebagai simpanan. Dalam kaitannya dengan jerawat, pakar mendapati sesetengah makanan terutama sekali karbohidrat ringkas menyebabkan paras gula atau glukosa darah meningkat dengan mendadak. Karbohidrat ringkas (indeks glisemik yang tinggi) membebaskan gula atau glukosa ke dalam darah dengan lebih cepat berbanding karbohidrat kompleks (indeks glisemik lebih rendah). Keadaan ini menyebabkan paras hormon insulin juga meningkat dengan mendadak dan peningkatan paras insulin yang tinggi menyebabkan jerawat.
Photo: oneyeartobetterhealth.com |
Ini berdasarkan kajian terbaru mendapati kadar insulin dalam darah mempunyai kaitan dengan pembentukan jerawat. Pengambilan makanan dengan indeks glisemik yang tinggi (membebaskan glukosa dengan cepat dalam tempoh yang singkat) akan menyebabkan banyak insulin dihasilkan untuk menampung paras gula darah yang tinggi. Kajian pada tahun 2007 yang dijalankan ke atas 43 remaja lelaki yang mempunyai masalah jerawat mendapati, sebahagian mereka yang mengamalkan pemakanan dengan indeks glisemik yang rendah mendapati masalah jerawat mereka semakin pulih berbanding segolongan yang tidak mengambil kira indeks glisemik makanan yang diambil atau mengambil makanan dengan indeks glisemik yang tinggi melalui pemakanan yang tinggi karbohidrat ringkas.
Jadi, bagaimana hendak mengelakkan jerawat yang disebabkan oleh pemakanan?
- Elakkan mengambil makanan dengan indeks glisemik yang tinggi, contohnya nasi putih, roti gandum putih, makanan manis seperti kek, biskut, gula-gula. dan minuman ringan berkarbonat serta minuman buah dalam tin atau kotak.
- Banyakkan pengambilan makanan dengan indeks glisemik yang rendah, contohnya oat, beras perang, buah-buahan.
Jadual di bawah menunjukkan contoh makanan dengan skor indeks glisemik.
Photo: medindia.com |
- Perhatikan label pada pembungkusan makanan yang menunjukkan indeks glisemik.
tunedintocycling.com |
- Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Contohnya, bahagikan hidangan berat kepada 2 dengan jarak setiap 2-3 jam..
- Banyakkan pengambilan sayur-sayuran danbuah-buahan dengan indeks glisemik yang rendah seperti anggur, epal dan mangga (sesetengah buah-buahan mempunyai indeks glisemik yang tinggi seperti tembikai.
Photo: www.odt.co.nz |
Rujukan:
http://www.endocrineweb.com/conditions/type-1-diabetes/what-insulin
http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/features/worst-foods-for-your-skin
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/minuman-manis-dan-kegemukan
[Klik Bagaimana ESP Shaklee Membantu Mengurangkan Jerawat, Pigmentasi dan Jeragat]
No comments:
Post a Comment