Showing posts with label Isu Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Isu Kecantikan. Show all posts

Saturday, 11 April 2015

Awas! Bahaya Ubat Pemutih Kulit Beku Darah

Awas! Bahaya Ubat Pemutih Kulit


Baru-baru ini masyarakat, terutamanya pencinta kecantikan gempar dengan kapsul pemutih yang digelar kapsul liang lahad. Ini kerana kapsul yang didakwa mampu memutihkan kulit ini sebenarnya menggunakan tranexamic acid, merupakan ubat yang digunakan di hospital untuk merawat dan menghentikan pendarahan, contohnya dalam kes pendarahan perut.

Add caption

Iklan terbuka


Saya sendiri pernah terjumpa iklan produk pemutih kulit yang menggunakan tranexamic acid ini secara online di Facebook terutamanya. Iklan tersebut secara terang-terangan menyebut bahan yang digunakan ialah tranexamic acid. Sempat pula seller tersebut memberi amaran agar pesakit yang mengambil ubat berkaitan pencair darah dan pesakit jantung adalah tidak disarankan mengambil ubat tersebut.

Anehnya, walaupun dengan amaran yang seller sendiri berikan terutama berkaitan jantung (apa-apa yang berkaitan jantung ini semua serius, okay), terdapat berpuluh-puluh pengguna facebook yang berminat dengan produk tersebut, membuatkan sukar untuk saya mengagak dalam fikiran mereka tentang tahap kesedaran pengambilan ubat secara sesuka hati.

Add caption

Kesedaran pengguna


Mungkin latar belakang saya sebagai pengamal penjagaan kesihatan (biarpun hanya mantan misi) telah membuatkan saya lebih celik mata tentang bahaya ubat, namun saya tetap cuba memakai kaca mata orang awam bagi menyelami penerimaan mereka terhadap iklan-iklan sebegini. Mungkinkah kesedaran orang kita tentang ubat dan suplemen masih jauh rendah?

Pertama kali saya melihat perkataan ‘tranexamic acid’ dipaparkan, saya memang terkejut kerana setahu saya ubat itu hanya digunakan di hospital dan penggunaannya pula adalah terkawal. Bagaimana pula bahan tersebut boleh terlepas dan dengan beraninya seller mendakwa boleh suntik sendiri? Yang saya jumpa tu jenis injection, yang dihebohkan baru-baru ini pula ialah jenis kapsul untuk dimakan, namun bahannya tetap sama.

Setahu saya, untuk memasukkan bahan secara suntikan memerlukan seseorang yang bertauliah dan berlesen untuk melakukannya kepada orang awam, atau pesakit sudah belajar daripada pakar kesihatan sendiri untuk kegunaan sendiri (contohnya menyuntik insulin). Lainlah halnya dengan ‘doktor jadian’ ataupun penagih dadah.

Contoh tranexamic acid untuk injection yang dijual secara online untuk ptuihkan kulit

Jadi, penjualan bahan suntikan begini terang-terang sudah salah. Jangankan tranexamic acid, suntikan vitamin C yang popular sejak sedekad lalu pun sebenarnya tidak mempunyai kelulusan di Malaysia.

Kesedaran masyarakat yang masih rendah dan taksub untuk kelihatan cantik dengan cepat telah membuka peluang kepada  seller pasaran gelap untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan pengguna.

Jadi, para pengguna, berhati-hati dengan produk kecantikan yang ingin anda cuba, pastikan sudah diluluskan oleh KKM. Tiada cara cepat untuk kelihatan cantik, melainkan jika anda mahu melakukan pembedahan plastic seperti artis K-Pop! >> Cara natural untuk cerahkan kulit

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.