Monday, 14 July 2014

Shaklee MLM yang bagaimana?

Shaklee MLM yang bagaimana?
  1. Shaklee merupakan MLM yang tidak "mengkayakan" uplinenya. Dalam Shaklee, konsep komisyen ialah tiada komisyen jika tiada usaha. Upline hanya mendapat komisyen daripada downline yang dibantunya sahaja, tidak termasuk yang tidak terlibat. Upline akan membantu downline (baca Keistimewaan menyertai bisnes Shaklee bersama group kami) dan downline berhak mendapat bimbingan daripada upline. Komisyen upline daripada downline adalah atas usaha bimbingan dan latihan yang diberikannya kepada downline mengembangkan bisnes.
  2. Produk Shaklee diibeli dengan tujuan sebenarnya ia dijual. Shaklee membangunkan produknya untuk memastikan produknya benar-benar berkesan dan bermanfaat kepada pembeli. Produk yang dijual tidak bertujuan untuk mengaburi ahli dan pembeli untuk mendapat dana atau modal pada jangka masa yang singkat di sebalik produk yang tidak mencapai tujuannya dijual. Produk Shaklee adalah terjamin kualitinya, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah disahkan halal oleh 
  3. Keuntungan Shaklee bukanlah berdasarkan bilangan orang yang menjadi downline atau ahli - tiada head-hunting. Pendek kata, jika ramai ahli akan tetapi tiada jualan produk berlaku, maka tiada komisyen.
  4. Keuntungan Shaklee baik dari segi untung runcit mahupun kiraan bonus, ianya adalah berdasarkan kepada hasil penjualan produk. Pendek kata, jika banyak jualan tetapi tiada "kepala" downline, tetap ada komisyen kerana komisyen adalah berdasarkan jualan produk.
  5. Dalam Shaklee, komisyen hanya diperoleh sehingga ke 5 level sahaja. Lebih daripada itu, upline yang level 6 ke atas tidak mendapat apa-apa komisyen daripada downline yang duduk jauh di bawahnya. Jadi, tiada konsep goyang kaki di kalangan upline Shaklee. 
  6. MLM yang Shaklee amalkan tidak mengkayakan upline selamanya. Jika seseorang downline lambat menyertai Shaklee sekalipun, dia mampu mengatasi uplinenya jika jualan produknya dan ahli bawahannya lebih hebat berbanding uplinenya berkat usahanya membimbing downlinenya bagi mencapai jualan tersebut.
  7. Modal Shaklee hanyalah modal asal keahlian sahaja ataupun pembelian yang melayakkan keahlian percuma dan dibayar terus kepada Shaklee, sama untuk semua ahli. Tiada modal tambahan untuk naik rank dan sebagainya. Satu-satunya cara untuk naik rank dan mendapat pendapatan yang lebih ialah usaha.



Pendapat peribadi
Berdasarkan pengalaman saya, saya dapati sistem MLM Shaklee adil bagi ahli-ahlinya jika diikuti dengan jujur. Jika berlaku sebarang bentuk penganiayaan, maka ia adalah terpulang kepada individu tersebut dan bukannya kerana sistem dalam Shaklee.
Selain itu juga, niat asal menyertai bisnes Shaklee juga penting. Jika dipandu oleh niat ingin berkongsi kebaikan dan keberkesanan produk di samping menjana pendapatan, biasanya cara seseorang itu menjalankan perniagaannya adalah lebih telus berbanding seseorang yang berniat untuk memperoleh untung besar semata-mata, biasanya lebih mudah terjebak untuk memanipulasi sistem Shaklee demi kepentingan peribadi. Sekadar pendapat saya. Hanya tahap iman seseorang itu yang menentukan sama ada niat itu akan diperbetulkan semula.
Pengalaman setakat ini juga mengajar, modal pertama dalam bentuk wang sudah tentunya yuran keahlian, akan tetapi modal terbesar untuk berjaya dalam Shaklee, saya percaya hanyalah satu, iaitu USAHA yang BERTERUSAN. Tiada jalan pintas untuk naik rank dan keuntungan lebih. Jika berlaku sebaliknya, maka ia adalah tanggungjawab individu pengedar tersebut. Selebihnya, dan paling utama terutamanya bagi orang Islam, rezeki kejayaan datangnya daripada Allah dan kita mahukna rezeki yang bukan sahaja murah, malah berkat lagi halal.

Berminat menyertai bisnes Shaklee?
Baca Keistimewaan menyertai bisnes Shaklee bersama group kami
Baca Cara jadi ahli Shaklee dan memulakan bisnes Shaklee
Sumber:

No comments:

Post a Comment