Soal Jawab Set Bersalin Shaklee
Bagi anda yang mencari-cari set bersalin, pasti ada terjumpa set bersalin Shaklee. Seringkali juga, saya pasti, anda terjumpa dengan pelbagai kombinasi set bersalin Shaklee yang berbeza-beza. Bagi yang pertama kali kenal set bersalin Shaklee, pastinya berasa pelik, "eh, betul ke set ni? Ke penjual ni main letak je barang apa lepas tu bubuh jadi set?". Saya sendiri pernah bertanya soalan yang sama dahulu, malah dengan set bersalin Shaklee lah saya mula berkenalan dengan produk vitamin supplemen Shaklee, seterusnya menjadi pengguna setia dan seterusnya menjadi pengedar sah Shaklee.
Teruskan membaca, saya akan memberi anda cadangan set bersalin berdasarkan keperluan sebenar dan bajet anda.
Soalan:
Kenapa ada banyak jenis set bersalin Shaklee?
Jawapan:
Banyak set bersalin di pasaran sudah tetap berada dalam satu pakej, untuk membelinya anda perlu beli keseluruhan produk dalam satu set walaupun mungkin anda tidak memerlukan sesetengah barang dalam set tersebut. Walau bagaimanapun, pihak Shaklee tidak menetapkan kandungan tetap set-set tertentu, melainkan cadangan sahaja.
Anda tidak diwaijbkan untuk membeli semua produk dalam set yang dicadangkan. Maka, begitu juga dengan pengedar Shaklee (Shaklee Independent Distributor - SID), anda tidak perlu membeli kesemua produk dalam set bersalin yang dicadangkan. Anda hanya perlu beli produk bergantung dengan keperluan dan bajet anda.
Sebab itu perlu mendapatkan konsultasi daripada pengedar sah Shaklee yang menunjukkan komited dari segi ilmu dan konsultasi produk serta tidak mementingkan jualan semata-mata. Ini penting kepada anda bagi mendapatkan keberkesanan di samping tidak menipiskan poket anda.
Soalan:
Apakah maksud anda dengan "bergantung keperluan dan bajet"?
Jawapan:
Yang saya maksudkan dengan keperluan ialah apa yang benar-benar penting untuk memenuhi keperluan yang anda rasa perlu, diimbangi dengan apa yang saya rasa penting untuk anda. Ada masanya anda sendiri kurang pasti apa yang penting bagi diri anda, maka saya perlu beri anda penerangan dan pilihan kepada anda.
Bagi bajet pula, saya perlu pastikan saya tidak "menganiayai" pelanggan dengan produk yang kurang menjadi keutamaan jika soal bajet pelanggan menjadi masalah. Bagi yang tidak mempunyai kekangan bajet, sudah tentu saya akan mencadangkan set bersalin yang premium dan eksklusif untuk kepuasan pelanggan yang maksimum dengan keberkesanannya, insyaallah.
Soalan:
"Saya mempunyai bajet yang terhad. Bolehkah anda cadangkan produk atau set mengikut keperluan dan bajet saya?"
Jawapan:
Insyaallah sudah tentu. Sebab itu saya tekankan kepentingan konsultasi produk dan pelanggan. Biasanya saya akan bertanya kepada anda, apakah keperluan utama anda.
Soalan:
Boleh beri contoh?
Jawapan:
Berikut ialah contoh set bersalin yang saya cadangkan:-
Set Bersalin Basic 1
Keutamaan anda:
~ luka bersalin cepat sembuh.
Cadangan saya:
~ Zinc Complex dan Sustained Release Vita-C Plus.
Fungsi kedua-duanya adalah untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Zinc dan vitamin C merupakan agen penting untuk luka cepat sembuh.
Harga runcit :
~ Zinc Complex RM 33.75 untuk penggunaan sehingga 4 bulan
~ Sustained Release Vita-C Plus RM 92.50 untuk penggunaan sehingga 6 bulan.
Jumlah RM 126.25
Bukan sahaja untuk penyembuhan luka, zinc dan vitamin C juga mempunyai lain-lain fungsi untuk tubuh. Contohnya zinc dapat mengurangkan keguguran rambut yang biasa dialami beberapa bulan selepas bersalin, dan vitamin C penting untuk ketahanan tubuh terhadap penyakit di samping menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.
Set Bersalin Basic 2
Keutamaan anda:
~ bajet di bawah RM100, tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu mengharungi tempoh berpantang dengan lebih baik.
Cadangan saya:
~ Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea Iron Formula merupakan multivitamin yang diperkaya dengan zat besi dan serbuk alfalfa, sejenis tumbuhan yang diakui sebagai salah satu superfood oleh pakar. Ini kerana, sebagai multivitamin yang diperkaya, Vita-Lea Iron Formula mengandungi semua jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan fungsi asas tubuh.
Dengan amalan pantang tradisional masyarakat Asia umumnya, ibu-ibu berpantang cenderung untuk mengalami kekurangan nutrien akibat pemakanan yang terhad dan pantang larang yang ekstrem.
Vita-Lea Iron Formula mengandungi zinc dan vitamin C yang perlu untuk penyembuhan luka. Walaupun kandungan vitamin C kurang berbanding dengan persediaan vitamin C berasingan (1 tablet Sustained Released Vita-C plus mengandungi 100mg vitamin C, 1 tablet Vita-Lea pula 60mg), sekurang-kurangnya lompong keperluan vitamin C sudah diisi oleh Vita-Lea, begitu juga dengan zinc.
Vita-Lea Iron Formula juga diperkaya dengan zat besi, asid folik, vitamin B2 dan vitamin B12 yang penting untuk pembentukan sel darah merah. Ibu bersalin perlu zat-zat ini untuk menggantikan darah yang hilang melalui darah nifas dan kehilangan darah semasa bersalin.
Harga Runcit : RM88.75 untuk penggunaan selama 2 bulan.
Set Bersalin Basic 3
Keutamaan anda:
~ luka cepat sembuh dan badan lebih segar
Cadangan saya:
~ Zinc Complex
~ Sustained Release Vita-C Plus
~ Vita-Lea Iron Formula
Zinc dan vitamin C adalah penting untuk penyembuhan luka yang lebih cepat, manakala Vita-Lea Iron Formula membekalkan zat besi, asid folik, vitmain B2 dan vitamin B12 yang penting untuk mencegah anemia selepas bersalin, antara punca utama rasa letih lesu.
Harga Runcit :
Jumlah ialah RM 215.00
Set Bersalin Basic 4
Keutamaan anda:
~ "Saya sering alami sembelit ketika dalam pantang dan bimbang jahitan luka bersalin terbuka jika saya meneran".
Cadangan saya:
~ OsteMatrix (1 bulan penggunaan)
~ Zinc Complex (4 bulan penggunaan)
~ Sustained Release Vita-C Plus (6 bulan penggunaan)
Fungsi vitamin C dan zinc telah diterangkan seperti di atas. Dengan penyembuhan luka yang lebih cepat, secara psikologinya masalah bimbang meneran akan lebih cepat diatasi dan secara tidak langsung mencegah sembelit.
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan lain-lain berkesan mencegah sembelit dan melawaskan pembuangan.
Harga Runcit:
OsteMatrix RM61.00
Sustained Release Vita-C Plus RM92.50
Zinc Complex RM33.00
Jumlah ialah RM187.25
Set Bersalin Basic 5
Keutamaan anda:
~ "Saya tidak kisah, asalkan paling bajet dan anda cadangkan ikut apa yang penting bagi saya".
Cadangan saya:
~ Zinc Complex (4 bulan penggunaan)
~ Sustained Release Vita-C Plus (6 bulan penggunaan)
~ Vita-Lea Iron Formula (2 bulan penggunaan)
~ B-Complex (4 bulan penggunaan)
Fungsi zinc, vitamin C dan Vita-Lea telah diterangkan seperti di atas.
Bagi B-Complex, kesemua kelapan-lapan jenis vitamin B (thiamin, riboflavin, niacin, pyridoxine, folic acid, biotin, cyanocobalamin, pantothenic acid) membantu tubuh memetabolisme protein, lemak dan karbohidrat menjadi tenaga kepada tubuh. Selain itu, asid folik, vitamin B2 (riboflavin) dan vitamin B12 (cyanocobalamin) penting untuk pembentukan sel darah merah. Ibu dalam pantang selepas bersalin akan lebih berasa segar dan bertenaga.
Selain itu juga, vitamin B6 (pyridoxine) membantu dalam regulasi mood dan tidur serta regulasi hormon serotonin dan melatonin yang berkaitan dengan tekanan untuk mencegah kemurungan selepas bersalin.
Harga Runcit:
B-Complex RM53.75
Jumlah keseluruhan RM 268.75
Sumber :
- Shaklee Malaysia
- http://dailyburn.com/life/health/benefits-vitamin-b-complex/
Hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE
Call SMS WhatsApp 019-6311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com
No comments:
Post a Comment