Entry santai hari ni.
Casey, kucing jantan ni ialah spesis kucing rumah yang dah lama keluarga saya bela. Umurnya lebih kurang 20 tahun. Asalnya kucing belaan sepupu saya, tetapi sepupu dia berumah sendiri, Casey masih setia duduk di rumah ni.
Makanan hariannya, macam kucing rumah lain di Malaysia ni, diberi makanan berupa nasi campur lauk atau ikan lebihan lauk di rumah. Dulu pernah juga belikan makanan kucing jenama lain, tapi Casey tidak berapa lalu makan. Kegemaran Casey ialah ikan goreng atau salai.
Makanan hariannya, macam kucing rumah lain di Malaysia ni, diberi makanan berupa nasi campur lauk atau ikan lebihan lauk di rumah. Dulu pernah juga belikan makanan kucing jenama lain, tapi Casey tidak berapa lalu makan. Kegemaran Casey ialah ikan goreng atau salai.
Al kisahnya hendak dijadikan cerita, muka Casey cedera parah.
Tidak tahu punca, sama ada bergaduh dengan kucing lain atau anjing yang berkeliaran di jalan. Ataupun, lebih ngeri lagi, bertarung dengan ular. Di Mukah ni mana lah ada klinik veterinar nak rawat luka Casey. Jadi, keluarga membiarkan aturan alam sahaja mengambil tempat.Syukur, Casey bertahan. Lukanya sembuh, cuma bertukar menjadi kudis. Sudah beberapa tahun mukanya berkudis. Kasihan juga melihatnya. Paling teruk mata sebelah kiri, sentiasa berair dan bertali mata. Kudis di dahi juga sentiasa berair.
Entah macam mana satu hari tu saya tergerak nak beli Friskies, walaupun mak awal - awal pesan Casey tidak makan makanan kucing ni. Jadi, saya beli bungkusan paling kecil dahulu untuk percubaan. Syukur, Casey makan dengan lahap nya. Habis sepinggan, mengiau minta lagi. Mungkin faktor gigi yang dah haus sebab tua, Casey boleh terima makanan kucing yang lembut berbanding ketul ikan atau ayam goreng.
Sekarang sudah paket yang ketiga malah yang besar, Casey tidak menunjukkan tanda puas atau bosan dengan Friskies. Setiap hari apabila nampak kelibat saya, bising mengiau meminta diberi makan. Cuma saya perasan, kudis dan luka di mata dan di bahagian lain seperti semakin sembuh. Sempadan luka di dahi seperti semakin kecil dan nampak tanda pertumbuhan daging yang sihat, tidak lagi berair dengan tisu mati berwarna kuning atau kehitaman, melainkan warna pinkish yang menunjukkan tanda tisu penyembuhan yang sihat. Matanya juga semakin kurang bertahi. Dalam hati saya, pandai pula si Casey ni pilih makanan kucing mengikut warna bulu kucing yang menjadi model pada bungkusan (Casey berbulu kuning dan putih).
.
Hal ini membuatkan saya terfikir, lagikan haiwan pun perlukan pemakanan yang cukup dan seimbang untuk penyembuhan luka, inikan lagi kita manusia yang hanya mendapatkan makanan dengan membeli di pasar dan kedai. Lebih teruk lagi jika diet penuh dengan makanan terproses yang menghilangkan zat makanan. Sangat jarang sudah kita menghasilkan sendiri makanan seperti menanam sayur atau menternak sendiri ayam yang mana zatnya masih terpelihara dan bebas penggunaan bahan kimia atau melalui pemprosesan makanan yang merosakkan nutrien dan zat.
Disclaimer: Saya bukan mempromosikan Friskies dan tidak mendapat apa-apa imbuhan daripada Friskies. Saya sekadar berkongsi peri pentingnya pemakanan yang seimbang dan realiti pemakanan kita pada hari ini yang mempengaruhi taraf kesihatan kita.
No comments:
Post a Comment