Monday 7 July 2014

Khasiat anggur super : Muscadine

Muscadine si anggur super


Muscadine (Vitis rotundifolia) dikategori sebagai anggur super, satu-satunya anggur dengan ekstra kromosom. Ianya merupakan anggur semula jadi, berasal dari timur selatan United States. 

Anggur Muscadine berubah warna daripada tembaga ke ungu gelap ke hitam apabila masak.

Anggur ini mengandungi kepekatan resveratrol yang tinggi serta merupakan sebatian polyphenol yang terkenal dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia juga tinggi dengan khasiat-khasiat lain.



Antara khasiat anggur Muscadine

  • Memelihara sistem penghadaman 

Muscadine merupakan sumber serat yang tinggi - 105 kalori dan 7gm serat dalam satu hidangan yang mengandungi 35 biji muscadine. Muscadine membantu melawas dan mengelakkan sembelit, buasir dan diverticulitis. 1 biji anggur muscadine mengandungi 5 kali lebih serat berbanding anggur biasa tanpa biji.

  • Mengawal berat badan

Meuscadine memberi rasa kekenyangan kerana ianya kaya dengan serat dan air. Pengambilan anggur muscadine sebagai snek (menggantikan hidangan kuih muih dan kek manis yang tinggi gula) dapat mengehadkan pengambilan gula. Pengambilan gula tambahan yang banyak meningkatkan risiko obesiti, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol darah yang tidak sihat, menurut American Heart Association.

  • Mencegah penyakit

Muscadine mengandungi banyak antioksidan, satu sebatian phytochemical (kimia tumbuhan) yang membantu melindungi sel daripada kerosakan oleh radikal bebas. Menurut Harvard School of Public Health, mengambil diet tinggi antioksidan mampu mencegah risiko penyakit kardiovaskular, kanser, Alzheimer's dan pelbagai lagi penyakit kronik. Muscadine didapati mengandungi tinggi ellagic acid yang mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.



*Ekstrak anggur Muscadine merupakan antara kandungan aktif utama Vivix.

Sumber :
Shaklee Malaysia


Kredit gambar:

Ingin membeli sendiri Vivix Shaklee?
Klik di http://leekamalia.blogspot.com/2014/07/harga-vivix.html

atau boleh juga

Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like " dan hantar mesej ke,
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment