Tuesday 1 July 2014

Bagaimana Kolesterol Tinggi boleh Meningkatkan Risiko Sakit Jantung?

Bagaimana Kolesterol Tinggi boleh Meningkatkan Risiko Sakit Jantung?


Kita sering mendengar tentang bahaya tinggi kolesterol boleh meningkatkan risiko bukan sahaja penyakit jantung, malah strok dan lain-lain penyakit kronik yang melibatkan jantung dan salur darah. Namun, tidak semua kolesterol adalah berbahaya kerana terdapat juga jenis kolesterol yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kita hanya perlu mengetahui apakah jenis dan sumber jenis-jenis koelsterol ini.

Photo: www.medicaldaily.com

Jenis Kolesterol Utama dalam Darah


Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah kita iaitu;


  • LDL

LDL merupakan singkatan kepada low-density lipoprotein. LDL lebih dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras LDL yang terlalu tinggi dalam darah akan membentuk sejenis bahan yang melekit iaitu plak dalam saluran darah. Plak ini akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan keadaan ini akan menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen tersekat, menyebabkan yang tidak mendapat bekalan oksigen akan mengalami kerosakan dan seterusnya kematian sel dan tisu, seperti yang berlaku semasa serangan jantung dan strok atau angin ahmar.

Antara sumber utama ialah makanan tinggi lemak trans seperti hasil hydrogenated vegetable oil, antaranya marjerin, makanan terproses seperti makanan segera, kentang goreng, cip kentang, donut dan sebagainya, selain sumber semula jadi yang tinggi lemak tepu seperti hati ayam, hasil tenusu seperti keju, dan daging merah seperti daging lembu, namun kuantitinya sedikit jika dibandingkan makanan terproses yang tinggi dengan lemak trans. 

  • HDL


HDL merupakan singkatan kepada high-density lipoprotein. HDL pula dikenali sebagai kolesterol baik. Kolesterol baik pula sebaliknya membantu menurunkan paras kolesterol jahat dengan mengangkut kolesterol jahat dari salur darah ke hati untuk dimetabolisme dan disingkirkan dari tubuh.

Oleh itu, bagi melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular (penyakit berkaitan jantung dan salur darah), kita perlu mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Sumber makanan yang tinggi dengan HDL ialah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3. Selain daripada pengambilan ikan, minyak ikan boleh diperolehi daripada suplemen minyak ikan namun haruslah memilih suplemen minyak ikan yang terbaik daripada sumber kurang toksik bagi mengelakkan toksik yaang biasanya terdapat dalam suplemen minyak ikan berasaskan hati ikan.

Sumber asid lemak omega-3 yang lain ialah flaxseed oil, makanan berasaskan soya, sayuran hijau dan seaweed.

Makanan lain mampu mengurangkan kolesterol jahat ialah oat, psylum husk, dan makanan lain berserat tinggi.

Keistimewaan OmegaGuard™ Shaklee (Shaklee Difference)

Kebaikan OmegaGuard™ Shaklee dari Sudut Saintifik


Photo: Shaklee Malaysia

Risiko Kolesterol Tinggi


Antara risiko yang dihadapi dengan paras kolesterol darah yang tinggi ialah;

  •  risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6% (Centres for Disease Control and Prevention, 2014)
  • risiko angin ahmar atau strok meningkat sebanyak 11%.
  • risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.


Berikut merupakan siri suplemen Shaklee yang membantu dalam mengawal paras kolesterol anda:


Photo: Shaklee Malaysia

Photo: Shaklee Malaysia

Photo: Shaklee Malaysia



Rujukan:

Shaklee Malaysia




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk atau konsultasi
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like "
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email : leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment