Cerita Pengamal Suplemen dan Pemakanan Secara Sihat: Anda Golongan yang Mana Satu? - (Part 3)
[sambungan daripada Cerita Pengamal Suplemen dan Pemakanan Secara Sihat: Anda Golongan yang Mana? - (Part 2)]
Food Rage
Food Politics
Begitu juga dengan mereka yang terlalu terpengaruh dengan "kebaikan" sesuatu makanan sehingga mengamalkannya ke tahap ekstrem dan tidak mampu mempelbagaikan pemakanan. Akan tetapi, para pengikut politik pemakanan ini tidak sedar mereka sedang terjerumus dalam propaganda politik pemakanan yang dimainkan oleh industri.
Photo: meetville.com |
Pada kebiasaannya, golongan pengikut politik makanan mudah percaya dengan "fakta" yang disebarkan secara viral melalui media sosial. Contoh propaganda pemakanan tipikal ialah makanan penyebab kanser, dan juga halal haram sesuatu makanan.
Dalam food politics ini, penerima mesej disarankan untuk mengelakkan sepenuhnya makanan tertentu dan digalakkan mengambil makanan lain pula. Terdapat 3 golongan penerima mesej; pertama ialah mereka yang percaya bulat-bulat tanpa usul periksa; kedua ialah mereka yang menerima dan tidak terpengaruh tetapi tidak juga mengambil apa-apa tindakan susulan seperti menyelidik "fakta" (sama ada sudah mempunyai pendirian sendiri atau benar-benar tidak ambil kisah); dan ketiga, golongan yang mengambil inisiatif menyelidik "fakta" tersebut dan mengorek ilmu.
Apa yang sebahagian daripada mereka tidak sedar, pihak yang menyebarkan "fakta" tersebut sedang memanipulasi industri pemakanan dengan mana-mana 2 tujuan ini; menaikkan profil produk makanan sendiri atau menjatuhkan produk makanan saingan. Di sinilah politik pemakanan berlegar-legar dalam dunia teknologi maklumat tanpa batasan pada zaman ini.
Photo: greenhousegrocery.coop |
Contoh mudah isu pemakanan, lebih-lebih di Malaysia ini ialah tentang halal haram sesuatu makanan. Sudah tentu antara isu yang terkenal ialah isu DNA babi di dalam coklat Cadbury. Begitu juga dengan obsesi dengan makanan sunnah sehingga "terlupa" konsep pemakanan yang halalan toyyiban menurut al-Quran dan al-Sunnah. Saya bukan menolak atau mempersoalkan niat mana-mana pihak terutama yang berkepentingan, tetapi sekadar membangkitkan persoalan tentang adakah kita benar-benar faham tentang konsep pemakanan halalan toyyiban dalam Islam, sunnah dan adab makan, makanan sunnah, amalan pemakanan sunnah, kriteria makanan menurut perspektif Islam dan sebagainya? Saya tidak akan mengulas lanjut (kerana sedar diri bukan bidang kepakaran, lagipun bukan boleh diulas sesuka hati kerana ini melibatkan usul dan hukum dalam Islam) melainkan cukup memberikan pautan yang berkenaan. Anda juga boleh melakukan carian sendiri dengan merujuk kepada al-Quran dan hadis, bertanya kepada alim ulama yang arif dalam bidang berkenaan, sebelum bertanya Mr. Google, apatah lagi yang berkepentingan khusus.
Jadi, golongan manakah anda?
-Tamat-
No comments:
Post a Comment