Friday, 5 September 2014

Resepi Tambah Susu Badan: Sup Ayam Berherba

Resipi Tambah Susu Badan : Sup Ayam Berherba


Saya gemar menyediakan sup ayam berherba ini bukan sahaja untuk saya sendiri malah seisi keluarga juga sangat menggemarinya. Sup ini sangat sesuai bukan sahaja untuk menambah susu badan, malah untuk memanaskan badan pada hari sejuk serta juga amat sesuai diberikan kepada sesiapa yang baru sembuh daripada demam untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Hmmm...memang chicken soup for the souls...

Untuk menjadikan sup ini dapat menambah penghasilan susu badan, tambahkan lobak merah, lobak putih atau bahan lain yang sesuai dimasukkan ke dalam masakan untuk menjadikannya bukan sahaja merangsang susu badan tetapi juga penuh khasiat yang diperlukan.

Sup ini juga sangat berkhasiat untuk memulihkan kesegaran badan setelah sembuh dari demam kerana ianya mengandungi garam mineral yang hilang semasa demam, selain protein, karbohidrat dan vitamin serta zat-zat lain.



Bahan-bahannya;


300 gm daging ayam dipotong kecil-kecil, ditoskan 
1 bungkus herba sup ayam (pelbagai variasi dijual di supermarket - Herbal Chicken Soup, 5 Spices, Emperor Chicken Soup, rempah Ba Kut Teh halal dan sebagainya)

2 batang lobak merah dihiris atau dipotong ikut kegemaran
1 batang lobak putih dipotong kiub
5- 7 biji kentang, bergantung saiz, dipotong empat
1 mangkuk kecil cendawan butang, dihiris 

5-7 ulas bawang putih, diketuk dan dihiris halus
Sedikit serbuk lada sulah
Kicap pekat secukup rasa
Kicap masin secukup rasa
5 cawan air
Garam secukup rasa
1 senduk minyak masak

Cara-cara;

  1. Panaskan minyak masak ke dalam periuk.
  2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan peket herba. Biarkan sehingga mendidih pada api sederhana besar.
  4. Masukkan ayam, kentang, lobak putih dan lobak merah serta cendawan butang. 
  5. Reneh pada api sederhana.
  6. Masukkan kicap pekat, kicap masin dan garam secukup rasa.
  7. Setelah ayam dan lobak serta kentang menjadi empuk, masukkan ke dalam mangkuk untuk hidangan.
  8. Taburkan sedikit lada sulah. Tutup api.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


herbal chicken soup
Photo: leekamalia.blogspot.com

herbal chicken soup
Photo: leekamalia.blogspot.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen untuk menambahkan susu badan?

Hubungi saya untuk mendapatkan Set Menyusu Bajet atau Premium, atau kombinasi lain yang anda perlukan.
Konsultasi untuk cara pengambilan bagaimanapun haruslah merujuk kepada saya.






atau boleh juga

Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like " dan hantar mesej ke,
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding

Email: leekamalia@gmail.com





No comments:

Post a Comment