Peranan Melatonin dalam Tidur yang Berkualiti dan Mencegah Kanser
Melatonin merupakan salah satu bahan yang memainkan peranan penting dalam membantu kita mendapat tidur yang berkualiti. Selain daripada itu, melatonin juga mempunyai pengaruh yang signifikan dalam kitar tidur/jaga atau ritma circadian (circadian rhythm) atau juga dikenali sebagai jam biologi (internal clock).Melatonin dihasilkan oleh kelenjar pineal yang terletak di bahagian tengah otak. Apabila terdapat gangguan dalam ritma circadian atau jam biologi yang meregulasi tidur, melatonin yang dihasilkan oleh tubuh menjadi kurang, dan seterusnya meningkatkan risiko kepada kanser.
Kajian mendapati, melatonin membantu dalam merencat radikal bebas yang menyumbang kepada kanser. Keadaan kurang tidur juga menyebabkan tumor kanser didapati tumbuh pada kadar yang cepat. Selain daripada itu, melatonin dikaitkan dengan sistem imun yang lebih baik, yang menerangkan mengapa seseorang yang kurang tidur mudah jatuh sakit.
Photo. en.wikipedia.org |
Melatonin dan Ritma Circadian
Pada waktu siang, kelenjar pineal menjadi tidak aktif. Tetapi pada waktu malam dan gelap, kelenjar pineal akan menghasilkan melatonin yang dilepaskan ke dalam peredaran darah. Ini menghasilkan rasa mengantuk, dan bagi yang mempunyai kitar tidur yang normal, paras melatonin kekal dalam darah untuk tempoh 12 jam (kebiasaannya 9 pm ke 9 am). Cahaya dari matahari yang terbit merangsang kelenjar pineal untuk mengurangkan penghasilan melatonin. Pertukaran paras melatonin inilah yang mengawal atur kitar tidur/jaga tubuh kita.
Photo: docstoc.com |
Mengekalkan Ritma Circadian
Manusia berevolusi selama beratus ribu tahun dalam gelombang cahaya yang berwarna kuning dan jingga (warna api) yang menjadikan warna api ini tidak merencat penghasilan melatonin sebagaimana gelombang cahaya yang berwarna putih dan biru.
Atas faktor tersebut, bagi mengekalkan ritma circadian dan keseimbangan paras melatonin yang sihat;
- menjelang malam, tukar mentol lampu kepada warna kuning atau jingga
- elakkan terdedah kepada warna putih atau biru terutama dalam gelap (contoh peralatan yang menggunakan warna-warna ini ialah televisyen, gajet seperti tablet, telefon bimbit dan smartbook). Jika ingin membaca sebelum tidur, baca buku yang konvensional, bukannya dari gajet.
- menjelang siang pula, dedahkan persekitaran dan diri pada cahaya matahari atau cahaya berspektrum penuh, contohnya lampu kalimantang.
- Kajian mendapati, berkhemah dapat mengembalikan ritma circadian yang terganggu. Ini kerana cahaya semula jadi membantu kepada kitar tidur/jaga berbanding peralatan elektrik pada zaman moden kini.
Terdapat juga suplemen melatonin untuk membantu tidur. Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen ini sangat kritikal kerana paras melatonin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pengguna menjadi lebih terjaga berbanding kesan yang diingini iaitu mengantuk.
Cara terbaik sudah tentu secara semula jadi melalui pemakanan yang menyumbang kepada penghasilan melatonin, iaitu tryptophan yang ditukarkan kepada serotonin dan seterusnya melatonin.
Rujukan:
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2013/08/15/nutrients-better-sleep.aspx
http://www2.bharian.com.my/articles/Kurangtidurmudaratkankesihatan/Article/print_html
http://www2.bharian.com.my/articles/Kurangtidurmudaratkankesihatan/Article/print_html
No comments:
Post a Comment