Saturday 27 September 2014

Kempen "Berbasikal" ke Itali dengan RTI

Kempen "Berbasikal" ke Itali dengan RTI


Entry santai pada petang Sabtu ini sebelum saya meneruskan lagi  pada hari-pada akan datang dengan artikel berkaitan keburukan minyak masak sayuran (selama ini kita dimomokkkan dengan "minyak masak sayuran" dan "marjerin' yang bebas lemak tepu dan lebih "sihat") dan tentang marjerin vs mentega serta kebaikan asid lemak omega-3 kepada kesihatan. Ya, entry ini bersifat nota peribadi saya, untuk ingatan pada masa akan datang. Jika sebelum ini saya menyimpan draf tentang target pertama sebelum ini, kali ini saya ingin berkongsi kegembiraan peribadi berjaya mendapatkan pelanggan pertama melalui blog ini (saya tidak menyimpan draf untuk target ini, sendiri tidak menyangka secepat ini target kali ini tercapai).

Photo: www.milanocard.it


Sebelum ini kebanyakan pelanggan saya adalah melalui iklan di Facebook, flyer yang saya edarkan, bicara mulut ke mulut oleh pelanggan serta pelanggan asal dari bisnes batik dan kebaya nyonya saya, keluarga dan kawan-kawan, kini saya berjaya mengembangkan pasaran ke dunia blog pula.

Blog amat sukar untuk bertapak dalam carian Google untuk dijumpai oleh bakal pelanggan, akan tetapi saya yakin hasilnya adalah untuk jangka masa panjang selain asasnya juga kuat, dengan syarat, harus rajin, cekal, tabah, sabar, redha, tawakkal, ingin belajar sesuatu yang baru (seperti belajar tentang Search Engine Optimisation, Search Engine Result Pages, Search Engine Marketing dan macam-macam - sebelum ini tidak pernah kenal dunia networking selain En. Google) dan segala macam kesanggupan bersifat positif yang perlu ada dalam bisnes networking ini.


Photo: Shaklee Malaysia

Tiada jalan pintas, jika adapun, sama ada memerlukan modal yang lebih besar, ataupun cara lain yang kurang integriti. Tiada apa yang lebih baik melainkan hasil rezeki yang berkat. Walau bagaimanapun, jika didatangkan melimpah ruah sekalipun tanpa cara kotor, ianya rahmat Allah semata-mata. Begitu juga jika telah berusaha keras macam mana sekalipun, jika belum tiba hasil yang diharapkan, ianya hanyalah ujian Allah juga semata-mata. Begitu juga, jika dengan usaha keras, dan mendapat hasilnya, ianya juga rahmat Allah semata-mata. Ini kerana tiada daya upaya kita melainkan kerana Allah semata-mata. Apatah lagi dalam kes tiada usaha dan tiada hasil, tiada apa yang perlu dirungutkan (malah tiada kelayakan untuk merungut dan dikeluh kesahkan).

Berbalik kepada pokok asal cerita, pelanggan pertama ini rupa-rupanya sama bandar tempat saya juga iaitu dari Mukah, Sarawak. Pada Khamis lepas tanggal 25 Spetember 2014, beliau menghubungi saya untuk membeli ESP Soy Protein Isolate Powder daripada saya dalam usaha menambahkan susu badannya. Suaminya sendiri datang ke rumah untuk mengambil sendiri produk tersebut. Sebagai tanda penghargaan kepadanya kerana menjadi pelanggan pertama saya dari blog, saya menghadiahkannya Shaker Shaklee bagi memudahkannya membancuh ESP-nya nanti. Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan "menanam benih" dengan blog serta dirangsang oleh kempen RTI terbaru, hasilnya sudah dan sedang mulai dituai.

Photo: Join the Shaklee family and spread happiness! Visit www.shaklee.com.my for more information.
Photo: Shaklee Malaysia

Oh, apa pula kaitan semua ini dengan tajuk yang mega gempak di atas? RTI merupakan ringkasan kepada Road to Italy, suatu kempen 40 hari yang dijalankan oleh Master Wan Fatihanum dalam usaha "memaksa rela" kami untuk memperkasakan blog. Kenapa Road to Italy? Ya, itulah ganjarannya pada tahun hadapan, iaitu trip mewah VVIP ke Italy, ditaja sepenuhnya oleh Shaklee apabila berjaya mencapai syarat-syarat tertentu dalam bisnes Shaklee ini.

" Berbasikal" pula merujuk kepada saya yang berbasikal untuk menghantar pesanan pelanggan ke rumah mereka, maka secara metaforanya, saya sedang "berbasikal" ke Itali.

Secara peribadinya, saya menyifatkan ganjaran trip ke Italy itu sebagai ganjaran yang boleh dilihat dan dibuktikan, kepuasan yang boleh dibayangkan oleh orang lain, tetapi ganjaran sebenar yang saya perolehi pada tahap sekarang ialah mendapat pelanggan pertama dari blog dan kepuasan melakukan sesuatu atas sebab keinginan serta minat (passion) dalam bisnes ini. Kepuasan ini kepuasan peribadi yang hanya dapat dirasai oleh diri sendiri dan mereka yang turut mempunyai target yang sama.

Ini adalah apa yang dimahukan oleh kebanyakan wanita bergelar ibu pada zaman sekarang - bekerja dari rumah, fleksibel, diri sendiri menjadi bos dan pekerja (diri sendiri bertanggungjawab terhadap pekerjaan sendiri), menjaga sendiri anak-anak, direct breastfeeding tanpa perlu mengepam susu, mendapat pendapatan sendiri berkadaran dengan usaha sendiri (rajin dapat banyak, malas dapat kurang), dan lain-lain lagi. Ini tidak bermakna saya menghakimi ibu-ibu berkerjaya lain, malah saya sangat kagum kerana mereka mampu mengimbangi kerjaya dengan urusan rumahtangga dan anak-anak, sesuatu yang saya rasa amat sukar (punca saya meninggalkan kerjaya terdahulu). Malah dalam bisnes Shaklee, ramai antara mereka yang berjaya adalah ibu-ibu bekerjaya dengan jawatan eksekutif, tetapi mampu melakukannya kerana pandai membahagikan masa, meletakkan keutamaan dan sebagainya. Pendek kata, tiada alasan, melainkan lakukan sahaja.

Untungnya bagi saya, saya datang dari latar belakang kerjaya berkaitan kesihatan, dengan passion seorang ulat buku tahap bibliophile (saya mempunyai koleksi beribu-ribu buah buku, tetapi kini berhenti melakukan bulk purchase setelah rumah terlalu sempit untuk menempatkan semuanya), geek dalam mendalami sesuatu (melakukan pembacaan tentang sesuatu sehingga tepu, cuma tidak sampai tahap melakukan kajian secara fizikal), suka menulis, suka berkongsi, dan suka berbisnes (bisnes pertama saya ialah menjual telur masin ke sekeliling kampung ketika kecil dan masih di sekolah rendah dahulu). Paling istimewa yang hanya kini saya perolehi, iaitu ada kemahuan. Kemahuan yang bukan sekadar kemahuan, tetapi kemahuan dalaman yang kuat. Diberi pejabat dengan pendingin hawa, kerusi empuk taraf CEO, pekerja untuk mengemaskini blog dengan tips SEO tahap tinggi, pengasuh Mary Poppins untuk mengasuh anak-anak, serta suami yang mega-supportive sekalipun, tanpa kemahuan dalaman yang kuat, segalanya tidak akan ke mana-mana.

Oh ya, menyertai Shaklee tidak bermakna "no other life" - hidup dengan setiap minggu dalam perjumpaan menjerit-jerit melaung "saya boleh", tunjuk ibu jari depan kereta mewah dan baring atas duit berkepuk atau tunjuk penyataan akaun bank juta-juta; saya dan kami seperti peniaga-peniaga lain yang biasa, menjual secara online dan offline, pergi ke pasar malam atau pasar tamu, berjumpa kawan-kawan, memelihara kucing dan ayam kampung, menanam sayur dan herba dan lain-lain aktiviti normal manusia. Tidak semua perbualan juga tentang bisnes, kami masih bercerita tentang kucing, ayam, meatballs Ikea, tudung Bokitta, pengalaman bersalin, Crabtree & Evelyn, resepi dan sebagainya, sama seperti perbualan normal manusia lain. Malah, sehingga kini, saya belum pernah lagi menyertai atau mengadakan perjumpaan mingguan dan bulanan seperti yang biasa kita dengar tentang MLM, direct-selling, jualan langsung, kerana segalanya adalah normal dan fleksibel. Jika diteliti marketing plan Shaklee, ianya bukan MLM tipikal sistem piramid, kerana perniagaan Shaklee lebih bersifat memberi komisen kepada pengedar kerana menjadi promoter, pengiklan, pihak pemasaran, duta dan jurucakap produk, serta bonus kepada leader kerana meluangkan masa dan berkongsi ilmu perniagaan, seperti mana tokoh-tokoh perniagaan lain yang memberi ceramah dan kelas ilmu bisnes. Dalam Shaklee, konsepnya ialah "siapa rajin, dia berjaya", bukannya "bawahan rajin, atasan berjaya".

Photo: Shaklee Malaysia
Rare photo of Presidential Master Cery bergambar depan kereta BMW, malah, ini kali pertama tengok mana-mana jutawan Shaklee bergambar depan kereta - tiada dalam flyer 

Semoga artikel ini juga menjadi inspirasi bagi mereka dan anda yang sedang tercari-cari arah dalam usaha mencapai sesuatu (dan saya sendiri pada saat-saat motivasi tahap rendah), baik dalam perkerjaan sendiri, mahupun yang sedang atau ingin menyertai bisnes networking seperti Shaklee.

No comments:

Post a Comment