Hari ini menerima kiriman daripada Master Wan Fatihanum. Seperti biasa, pejabat pos di Mukah, Sarawak ini memerlukan kami pergi sendiri ke pejabat pos untuk menuntut barang. Tugas mereka ialah menelefon kami, dan jika tidak diangkat, alamat terperamlah sebarang bungkusan atau surat, sehingga tuan punya datang menuntut. Saya kurang pasti di manakah 'lajunya', atau untuk tujuan apa membayar kos penghantaran jika posmen tidak dapat membawanya ke depan pintu. Kurang pasti juga sama ada rungutan ini berguna kepada pengurusan mereka, kerana pada masa yang sama, saya bersyukur bungkusan ini sampai ke tangan saya dengan selamat.
Teruja betul rasanya membuka bungkusan tersebut, walaupun bukan dalam kotak berbalut kertas hadiah dan bereben jurai-jurai, keseronokan menerima hadiah ada pada keterujaan semasa membuka pembungkus hahahah...
Hmmm..ada beg Shaklee yang mana menurut nanny Hanum adalah eksklusif dari US semasa beliau hadir ke conference Shaklee di Long Beach, California bulan lepas. Ada juga pen Shaklee 180 yang saya percaya juga dari US kerana di Malaysia tiada lagi siri Shaklee 180 (kalau tidak silap, siri Shaklee 180 ialah untuk pengurusan berat badan). Selain daripada itu, terselit magnet peti sejuk dari San Francisco dan rantai kunci California. Yeayyy...San Francisco, salah satu bandar indah yang termasuk dalam bucket list saya untuk dilawati (senarai salah satu bandar yang perlu saya lawati dalam hidup hahahah...). San Francisco, lagu karaoke yang sering saya nyanyi juga hehehe...
"if you're going to San Francisco...
be sure to wear some flowers in your hair...
if you're going to San Francisco....
you're gonna meet some gentle people there.."
Losyen badan Jojoba Oil Crabtree & Evelyn juga turut membuatkan saya cukup gembira. Kebetulan losyen tangan L'Occitane saya hampir habis, dan kulit saya yang jenis sensitif mengada-ngada ini cukup lokek nak pakai losyen sebarangan (takbur betul bunyinya). Akan tetapi, memang ya, tersilap losyen akan menyebabkan kulit saya gatal-gatal dan timbul bintat-bintat kemerahan. Sebab itu saya lebih suka membeli pek kecil, pek percubaan atau pek kembara kerana saya tidak berasa kerugian yang amat jika satu-satu losyen itu tidak sesuai dengan kulit saya. Dan sebab itu juga saya lebih senang mengambil Vita-E Complex, Sustained Release Vita-C Plus, Vivix dan Shaklee Collagen Powder untuk penjagaan kulit. Jika memakai losyen sekalipun, saya hanya akan memakainya ketika menjangkakan akan terdedah kepada pendingin hawa bagi mengelakkan kulit menjadi kering.
Losyen L'Occitane itupun cukup berjimat cermat saya gunakan kerana harganya agak mahal, dan saya rasa sayang nak bazirkan dengan memakai di rumah hanya untuk hilang tidak sempat diserap kulit kerana selesai menyapu losyen, biasanya saya akan menyambung tugas pembersihan melibatkan air yang rutin dilakukan oleh seorang ibu, antaranya memberi mandi dan mencebok anak.
Itupun En. B yang belikan dari Schipol, Amsterdam kerana harganya sedikit murah berbanding harga di Malaysia. Biasanya saya hanya akan singgah ke dalam lot kedai L'Occitane hanya untuk tengok-tengok siri baru dan kemudian membodek En. B agar membelikannya untuk saya. Saya suka L'Occitane kerana kandungannya yang menggunakan bahan semula jadi selain baunya yang eksklusif (kegemaran saya tentu sekali yang berasaskan bauan bunga ros, terutama sekali siri Rose 4 Reines). Saya cukup berjimat duit poket sendiri, tetapi nafsu wanita yang suka dengan barang-barang penjagaan diri begini tidak dapat dibendung sangat hehehe...
Terbaru, saya turut meng'usha' lot kedai Crabtree & Evelyn di Setia City Mall, Shah Alam setelah membaca review dalam majalah berkenaan siri penjagaan badan yang berasaskan bahan botanikal semula jadi. Melihat botol losyen 500ml membuatkan saya betul-betul melompat gembira. Bolehlah saya memakai dengan mewahnya tanpa teruk-teruk berjimat cermat menyapu losyen ke tangan dan badan. Kegembiraan surirumah ini tidak bertepi lagi.
Waaa...ulasan panjang berjela-jela.
Terima kasih nanny Hanum... <3<3<3
Berminat mendapatkan set penjagaan kulit secara dalaman?
Dapatkan Set Kulit Cantik Shaklee daripada saya.
No comments:
Post a Comment