Saturday 16 May 2015

Minyak ikan omega-3 didapati mampu memulihkan kerosakan saraf akibat komplikasi kencing manis

Minyak ikan omega-3 didapati mampu memulihkan kerosakan saraf akibat komplikasi kencing manis


Ini mungkin berita baik baik penghidap kencing manis yang mendapat komplikasi kerosakan saraf.

Photo: thecore4.com
Berdasarkan American Physiological Society, separuh daripada penghidap kencing manis mendapat komplikasi kerosakan saraf atau neuropathy.

Rasa kebas (numbness), mencucuk-cucuk (tingling), dan rasa sakit di jari, tangan dan kaki merupakan gejala-gejala biasa yang menunjukkan kerosakan saraf di kalangan pesakit.

Neuropathy ini seterusnya menimbulkan komplikasi lain yang lebih serius seperti luka ulser di kaki (diabetic foot) yang kemudiannya akan boleh membawa kepada amputasi atau anggota kaki dipotong.

Salah satu komplikasi kencing manis ialah neuropathy atau kerosakan saraf, selain komplikasi lain seperti;
  • nephropathy atau kerosakan buah pinggang
  • diabetic foot atau luka kencing manis di kaki
  • retinopathy atau kerosakan retina mata
  • diabetic ketoacidosis
  • - tekanan darah tinggi yang boleh membawa kepada komplikasi stroke

+++++

Photo: www.searchhomeremedy.com

Minyak ikan omega-3 dan neuropathy

Kajian terbaru bagaimanapun mendapati minyak ikan omega-3 (diambil dalam bentuk suplemen omega-3) didapati mampu memperbaiki kerosakan saraf yang disebabkan oleh komplikasi kencing manis.

Ini bermakna minyak ikan omega-3 bukan sahaja dapat mencegah, malah dapat merawat dan memulihkan kerosakan saraf kepada keadaan asal yang sihat.

Minyak ikan omega-3 sememangnya diketahui mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan, melincirkan sendi, meningkatkan kesihatan mata dan memberi kawalan sugar darah yang lebih baik.

Ciri-ciri ini ternyata sangat sesuai untuk penghidap kencing manis mengawal komplikasi yang boleh timbul daripada penyakit mereka.

(Kajian diterbitkan dalam Journal of Neurophysiology)

+++

Jadi, ini sesungguhnya berita baik bagi penghidap kencing manis.

Lebih-lebih lagi minyak ikan omega-3 telah lama diketahui meemelihara kesihatan jantung dengan mengawal kandungan kolesterol dan lemak dalam darah serta menurunkan kolesterol jahat yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan stroke.

No comments:

Post a Comment