Bahaya minyak masak (refined vegetable oil)
Setelah mengetahui kebenaran tentang minyak sayuran, bagaimana hendak mengetahui minyak masak(refined vegetable oil) yang dibeli atau digunakan telah rosak dan bahaya?Malangnya, kita tidak akan dapat membezakan minyak sayuran yang elok dengan yang sudah rosak
kerana dikaburi oleh pengilang semasa minyak diproses. Pemprosesan minyak ini merangkumi purifying (pemurnian atau penulenan), bleaching (pelunturan) dan deodorizing (penapisan luaran menghapuskan bau dan pewarnaan) yang menghasilkan refined vegetable oil. Proses ini dilakukan bagi membolehkan minyak tersebut lebih mesra pengguna, akan tetapi ia juga bertukar menjadi agen oksidan yang merbahaya. Lebih teruk lagi, kita tidak akan dapat mengesan kerosakan melalui bau atau rupa kerana minyak telah melalui proses nyahbau dan pewarnaan.
Photo: www.oilprocessingplant.com |
Hakikatnya, minyak sayuran sudah sedia rosak oleh haba sejak mula diproses di kilang lagi. Kerosakan terus berlaku apabila minyak diletakkan dalam botol plastik yang lutsinar dan terdedah kepada haba dan cahaya yang terang.
Bahan semula jadi yang bertanggungjawab bertindak terhadap radikal bebas telah disingkirkan melalui proses tersebut. Bahan inilah yang memberi kita "amaran" kerosakan minyak melalui bau dan rasa. Tanpa bahan ini, sukar untuk kita mengetahui tahap kerosakan minyak sayuran.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment