Kebenaran tentang minyak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil)
Apakah kebenaran yang perlu kita tahu tentang minyak masak sayuran dimurnikan? Benarkah apa yang diwar-warkan tentang khasiat minyak sayuran berbanding minyak atau lemak yang bersumberkan haiwan seperti mentega?Sejauh manakah kebenaran minyak sayuran yang ternyata lebih buruk daripada yang dipromosikan?Berikut merupakan sebab-sebab mengapa minyak sayuran yang melalui proses "pemurnian" atau refined vegetable oil sebenarnya mengandungi banyak radikal bebas;
- Semakin tidak tepu lemak tersebut (dalam minyak sayuran), semakin cenderung bagi lemak tersebut untuk mengalami pengoksidaan dan rosak.
- Lemak tidak tepu jenis polyunsaturated fats adalah yang paling mudah mengalami pengoksidaan, diikuti oleh monounsaturated fats dan kemudian saturated fats iaitu lemak tepu. Semua lemak (contohnya minyak, mentega) mengandungi ketiga-tiga jenis lemak ini.
- Pengoksidaan berlaku apabila minyak terdedah kepada haba, cahaya dan udara.
- Antara hasil pengoksidaan ialah pembentukan radikal bebas yang merupakan faktor utama penuaan dan penyakit.
Ternyata minyak masak yang kita sangkakan mengandungi banyak polyunsaturated fats sebenarnya banyak teroksida dan mengandungi banyak radikal bebas yakni telah rosak, dan sudah tentunya membahayakan kesihatan dan mempercepatkan penuaan.
Rujukan:
*Vita-E Complex Shaklee merupakan supplemen vitamin E yang bersumberkan sumber semula jadi. Vitamin E membantu menentang kesan radikal bebas dalam minyak yang diproses tersebut.
No comments:
Post a Comment