Wednesday, 2 July 2014

Keburukan minyak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil)

Keburukan minyak sayuran dimurnikan (refined vegetable oil)


Selamatkah minyak masak yang anda gunakan untuk memasak sekarang? Semak minyak masak yang anda sedang gunakan sekarang!

Biasanya kita menggunakan minyak masak jenis sayuran atau marjerin yang "dikatakan" bersumberkan sayuran sebagai kegunaan harian untuk memasak, apatah lagi masakan jenis Malaysia yang biasanya banyak menggunakan kaedah memasak yang lama berbanding salad orang barat yang dicampur minyak zaitun. Malah sayur pun direbus lama-lama sehingga tiada rupa sayur atau hilang zatnya.

pengoksidaan lemak minyak sayuran
Photo: blog.sevaljora.com

Kita juga telah sekian lama dimomokkan dengan "fakta" tentang kebaikan lemak tidak tepu jenis polyunsaturated fats dalam minyak masak sayuran berbanding lemak tepu, sedangkan hal sebenar adalah sangat bertentangan dengan "fakta" tersebut. Lebih teruk lagi, minyak yang didakwa tinggi nilai kesihatan ini dijual lebih mahal daripada minyak yang tinggi lemak tepu (sedangkan minyak tinggi lemak tepu ini lebih stabil pengoksidaan dan kurang radikal bebas seperti minyak kelapa sawit).

Ini kerana cara minyak ini diproses (oleh kilang yang hanya mementingkan keuntungan, bukan kesihatan anda) telah mengalami pengoksidaan yang menghasilkan banyak, sangat banyak radikal bebas (semakin banyak polyunsaturated fats, semakin tidak stabil dan cenderung pengoksidaan yang menghasilkan radikal bebas). Sering kita dengar keburukan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan kita. Minyak sayuran ini boleh melemahkan sistem imun tubuh dan mempercepat penuaan yang  menyumbang kepada banyak masalah kesihatan.

Biarpun dalam minyak sayuran mengandungi vitamin E semula jadi yang melawan dan mengimbangi radikal yang terhasil ini, dengan terhasilnya lebih banyak radikal bebas akibat pemprosesan minyak di kilang, lebih banyak vitamin E diperlukan. Keperluan lebih banyak vitamin E ini memerlukan anda mengambil supplemen vitamin E kerana sedikitnya sumber semula jadi vitamin E yang stabil.


Rujukan:



No comments:

Post a Comment