Oh gerunnya perasaan saya semalam. Gara-gara terbangun lewat, tinggal lebih kurang 10 minit sahaja lagi untuk waktu bersahur habis. Tengok jam pada hand phone 4.52am, ya Allah! Waktu subuh di Mukah, Sarawak semalam ialah 5.03am jika tak silap saya.
Cepat - cepat saya bangun dan ke dapur. Yang saya fikirkan ialah buat minuman ESP campur dengan Horlick 3 dalam 1 perisa chocolate.
Sempat kumur, nak berus gigi macam tak sempat dah. Lepas bancuh dan minum, saya makan pula 3 biji kurma dan minum segelas air kosong. Dalam hati memang berzikir banyak agar diberi kekuatan untuk berpuasa hari tersebut.
Habis sahaja minum segelas air, azan di application Muslim Pro yang saya install di tablet pun berbunyi. Selang beberapa saat, mungkin kira-kira seminit kemudian, azan di surau kampung pun juga berkumandang. Dalam hati mengucapkan syukur kerana sekurang-kurangnya sempat bersahur, mengambil sunah memakan kurma dan sempat minum air kosong lagi segelas. Malam sebelumnya pula saya hanya makan separuh mangkuk bubur ayam dan beberapa pinggan kuih angku dan kek batik.

Mungkin bagi sesetengah orang, minum air kosong segelas sahaja untuk bersahur sudah cukup, malahan ada yang tidak sahur pun tidak mengapa. Saya tahu melalui banyak status Facebook dan cerita - cerita berpuasa yang saya dengar sejak sebelum hinggalah selepas masuk Islam. Ramai juga yang bersahur sebelum tidur tengah malam dan bangun hanya untuk solat Subuh.
Akan tetapi, situasi tidak bersahur adalah agak kritikal kepada saya untuk berpuasa. Mungkin disebabkan faktor saya baru belajar berpuasa penuh sebulan semenjak 8 tahun lepas. Ada juga masanya saya tidak berpuasa penuh sebulan disebabkan faktor belum biasa seperti yang saya kongsikan dalam entry sebelum ini, selebihnya faktor "istimewa", seperti Kak Ros dalam Upin & Ipin..."akak kan istimewa".

Satu lagi punca ialah semasa mengandung anak ketiga dan keempat, kerana kebetulan usia kandungan masih pada awal kehamilan jatuh dalam bulan puasa. Biarpun sudah hamil yang ketiga dan keempat, saya masih mengalami hyperemesis gravidarum atau muntah dan loya yang teruk akibat hormon kehamilan. Terpaksa juga tidak berpuasa kerana banyak muntah dan jika puasa sekalipun, adalah tidak berbaloi kerana saya kira sudah jatuh makruh bagi kes saya pada masa itu.
Kembali ke pokok cerita, punca saya gerun nak meneruskan puasa tanpa sahur;
Pertama, metabolisme badan saya tinggi. Kalori yang saya makan cepat terbakar, menjadikan saya cepat lapar. Sehari saya boleh makan sebanyak 5 kali yang terdiri daripada 3 hidangan berat dan 2 hidangan ringan yang tidak berapa ringan (ringan tak jika minum petang saya ialah 1 pinggan mee goreng atau minum pukul 10 am ialah 2 keping roti canai?) . Saya mengalami masalah kurang berat badan sejak remaja lagi. Body mass index (BMI) saya sangat jarang melepasi 19. Jika adapun sekalipun, selepas bersalin anak ketiga dan keempat. Itu pun selepas 6 bulan ke setahun kemudian, BMI kembali turun, hampir jatuh bawah underweight iaitu 18.5.
Kedua, saya masih fully breastfeed anak keempat saya. Umum tahu, penyusuan badan membakar banyak kalori. Sekali sesi penyusuan selama 10 minit membakar kira-kira 500 kalori, bersamaan 20 minit berjoging atau bersenam. Hebat bukan! Duduk sambil bonding dengan bayi dan membakar kalori yang banyak, satu berita baik buat yang ingin menurunkan berat badan selepas bersalin tetapi kurang baik bagi saya (dari aspek banyaknya kalori terbakar, bukan aspek bonding ya). Walau bagaimanapun, kebaikan menyusukan bayi mengatasi keinginan saya untuk mengekalkan berat badan (ironi bukan, jika orang lain ingin kurangkan berat, saya pula ingin mengekalkan sisa berat badan yang diperoleh ketika hamil).
Ketiga, dengan empat anak yang masih kecil, semua di bawah umur 7 tahun, memerlukan tenaga yang banyak dan mental yang stabil untuk bukan sahaja menjaga, tetapi juga mendidik, memberi kasih sayang, dan sebagainya tugas seorang ibu. Kekurangan kalori, hypoglycaemia atau kekurangan gula dalam darah, kebuluran dan keletihan boleh menukarkan seorang ibu yang normal kepada zombie atau lebih teruk lagi, raksasa mama! Tambahan pula di bulan puasa, untuk cukup tidur sahaja adalah sangat mencabar. Rutin tidur anak kecil pula tidak berubah mengikut keperluan tidur si ibu. Saya masih tidur lewat (lebih jam 12am) dan kali ini bangun pula 2 jam lebih awal untuk sedia bersahur. Itu pun syukur alhamdulillah, masalah insomnia saya sudah boleh dikira selesai sejak mengamalkan ESP Shaklee secara konsisten di samping OsteMatrix. Jika dulu lagi teruk, insomnia menyebabkan saya tidak tidur sehingga jam 4 am. Kesemua faktor ini boleh mencabar bukan sahaja kualiti puasa dari segi kesabaran, malah keupayaan menyimpan tenaga untuk menguruskan keperluan mereka dari pagi hingga ke petang (bermula dengan mandi, cebok berak, makan, minum, main, dukung, dan sebagainya). Itu belum termasuk keperluan psikologi lagi, otak saya juga memerlukan kalori untuk berfikir dan melayan serta menjawab soalan cepumas mereka yang bertubi-tubi.
Rasanya tiga faktor ini cukup menakutkan saya. Saya paling takut bertukar menjadi raksasa mama sebenarnya ... dan mungkin juga rasa rugi jika terpaksa mengorbankan sehari berpuasa di bulan Ramadan yang tak akan dapat lagi.
Mujur sejak mengamalkan set tambah berat badan Shaklee di samping set breastfeeding Shaklee, saya dapat mengekalkan berat badan yang ideal untuk tempoh yang lama berbanding sebelumnya. Cuma pada bulan ini berlaku perubahan dalam corak pemakanan. Apapun, pada bulan ini keutamaan ialah dapat berpuasa, meneruskan penyusuan dan tidak bertukar menjadi zombie atau lebih teruk raksasa mama, manakala soal berat badan saya boleh fikirkan selepas raya.
Pengakhiran cerita, alhamdulillah saya bertahan puasa sehingga waktu berbuka biapun lembik ketika masuk Asar dengan bermeditasi dalam hiruk pikuk anak - anak. Cukup dengan ESP, 3 biji kurma dan air kosong segelas sebagai ikhtiar, dan selebihnya, terutama sekali meminta kekuatan daripada Allah. La hawla wala quwwata illa billah. Walau bagaimanapun, saya agak serik untuk mengulanginya hari ini, bimbang bertukar menjadi raksasa mama!
No comments:
Post a Comment