Friday 10 April 2015

Cara Natural untuk Cerahkan Kulit

Cara Natural untuk Cerahkan Kulit


Obsesi wanita, terutamanya wanita Asia terhadap kulit yang cerah, licin dan gebu telah mencipta ruang pasaran kepada produk pemutih kulit, baik secara luaran mahupun dalaman.

Zaman sekarang ini kita melihat bermacam-macam teknologi produk kecantikan muncul seperti cendawan tumbuh, dari Korea, Jepun dan sebagainya.

Namun, tahukah anda, terdapat cara natural untuk mendapatkan kulit yang cerah dan licin?
Sebenarnya, bagi yang follow blog ini, banyak telah saya kupas tentang perkara ini dalam entry yang lepas-lepas, cuma mungkin dengan pendekatan dan penerangan yang berbeza.



Makanan dan suplemen

Vitamin C

Pertama, makanan yang tinggi dengan vitamin C. Antara makanan yang tinggi dengan vitamin C ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Oleh kerana vitamin C adalah sensitif dan mudah oleh haba dan pendedahan kepada cahaya dan udara, pengambilan sayur-sayuran dalam bentuk ulam-ulaman adalah lebih baik berbanding sayur dimasak terutama jika dimasak terlalu lama (cukup dengan cara masakan stir-fry atau goreng kilas untuk mengekalkan nutrisinya).

Vitamin C merupakan komponen yang penting untuk penghasilan kolagen (sejenis binaan protein) dalam kulit. Menyebut tentang kolagen, pastinya anda (terutamanya pencinta produk kecantikan) sangat arif dengan kesan kolagen kepada kulit seperti lebih cerah, gebu, tekstur kulit lebih anjal, lembap, licin dan mampu mengurangkan jerawat/parut jerawat serta pigmentasi.

Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh, oleh sebab itu paras vitamin C dalam tubuh harus sentiasa digantikan harian melalui makanan, malah melalui pengambilan secara suplemen bagi memastikan tubuh sentiasa cukup vitamin C.

Antara makanan dan suplemen, makanan tetap merupakan pilihan yang terbaik kerana ia turut mengandungi komponen nutrisi lain yang kemungkinan antaranya belum dijumpai oleh sains.
Namun, dengan gaya pemakanan moden yang banyak bersumberkan makanan terproses (food-like food) di rak-rak supermarket berbanding makanan dalam bentuk semula jadi (real food),pengguna biasanya membuat pilihan kedua iaitu melalui suplemen.

Walau bagaimanapun, pengguna (iaitu kita) haruslah bijak memilih suplemen vitamin C yang benar-benar berkualiti, bagi mendapatkan nilai terbaik bagi wang. >>Kriteria memilih suplemen vitamin C berkualiti

Protein


Kedua, makanan yang membekalkan protein terutama protein lengkap. Tanpa atau kekurangan protein yang merupakan bahan binaan utama untuk kolagen, kulit tidak akan mendapat kebaikan sepenuhnya hanya dengan vitamin C.

Antara makanan yang tinggi dengan protein lengkap  ialah daripada sumber haiwan seperti daging, tenusu, telur, manakala bagi tumbuhan pula , yang terkenal ialah kacang soya dan makanan berasakan kacang soya seperti tempe, tauhu dan natto serta lain-lain.

Atas factor itulah soya menjadi pilihan pembuat makanan meat-like atau mock-meat yang berasaskan soya bagi memenuhi keperluan pengamal vegetarian untuk sumber protein lengkap mereka.

Selain itu, terdapat juga protein yang didatangkan dalam bentuk suplemen dan biasanya berasaskan soya. Namun, sekali lagi, pengguna haruslah bijak memilih suplemen protein yang berkualiti demi mendapatkan khasiat dan kesan yang diingini tanpa menjejaskan kesihatan pada masa akan datang. >> ESP bukan sekadar protein

Vitamin E


Ketiga, selain daripada vitamin C, protein dan pendapat tentang meningkatkan kolagen dalam kulit, kita juga harus mengambil kira factor photo-damaging atau sinar suria yang merosakkan struktur kulit.

Untuk tujuan ini, gabungan vitamin C dan vitamin E didapati mampu melindungi kulit secara signifikan daripada kesan sinar radiasi matahari yang merosak dan menggelapkan kulit.

Aktiviti


Bagaimana aktiviti mampu mencerahkan kulit?


Pernahkah anda terdengar tentang glutathione? Glutathione merupakan satu bahan antioksidan semula jadi yang dapat dihasilkan oleh tubuh dan juga boleh didapati secara suplemen. Sekali lagi, pencinta produk kecantikan pastinya sangat yakin dengan kebolehan kandungan glutathione dalam produk suplemen yang dapat mencerahkan kulit.
Jadi, apa kaitannya pula dengan aktiviti? Aktiviti cergas seperti bersenam, terutama secara regular dapat menggalakkan penghasilan glutathione. Ini dapat menerangkan kenapa individu yang bersenam memliliki kulit yang kelihatan lebih gebu kemerahan dan glowing.

Pengambilan suplemen berasaskan glutathione bagaimanapun tidak begitu digalakkan kerana beberapa factor. Malah, penggunaan glutathione juga sebenarnya perlu mendapat kelulusan dan tidak boleh dijadikan bahan dalam suplemen dengan sewenang-wenangnya. >> Glutathione vsKolagen – Yang Mana Satu?



Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

No comments:

Post a Comment