Monday 13 April 2015

Resepi minuman herba untuk melegakan kembung perut

Resepi minuman herba untuk melegakan kembung perut


Semalam selepas makan tengah hari, dek kerana lauk yang sedap dan makan nasi bertambah-tambah, perut mula terasa kekenyangan. Lebih tepat lagi, agak terlebih kenyang. Jadi, sebelum menjadi terlampau kenyang, saya cepat-cepat berhenti makan (ikut petua Tun M, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang).

Lepas tu mula la terfikir nak minum minuman yang boleh legakan kembung perut. Terus saya teringat dengan Peppermint-Ginger Plus. Sebelum ni saya buat minuman peppermint-ginger ni untuk anak yang kembung perut masuk angin akibat melengahkan sarapan T - T ...

Sebelum ini saya biasanya memasak hirisan halia di dalam periuk sebelum diminum. Air teh panas pula kurang sesuai untuk diminum selepas makan kerana kandungan tannin dalam teh boleh melambatkan penghadaman.

Ok, baik saya cerita dalam bentuk resepi untuk lebih mudah difahami.

Bahan-bahan:


1 biji tablet Peppermint-Ginger Plus (atau boleh 2 tablet ikut suka nak lebih berperisa)
1-2 sudu makan madu
400ml air yang baru dididihkan

Cara-cara:


1. Tumbuk halus tablet Peppermint-Ginger Plus.
2. Masukkan serbuk tablet tadi ke dalam gelas.
3. Kemudian, tuang air panas ke dalam gelas.
4. Masukkan madu dan kacau.

Letak dalam plastik, pastu tumbuk

Tadaa...

Saya pun bahagikan air ini kepada 2 cawan 200ml, satu untuk saya dan satu untuk En.B.

Memang menyegarkan dan yang penting, minuman ini membantu dalam penghadaman dan melegakan kembung.

Selepas mengenali Peppermint-Ginger Plus ini, saya lebih suka membuat minuman daripadanya. Mudah, sedap, berkesan dan juga murah.

Harga sebotol Peppermint-Ginger Plus ni ialah RM 45. Dalamnya ada 90 biji tablet. Jadi, satu tablet tu hanya RM 0.50. Memang lebih jimat daripada kita beli 3-in-1 ataupun INO ke. Kalau nak suka-suka minum atau campur dalam teh-0 juga ok, rasa berperisa pudina halia gitu.



Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

1 comment:

  1. wow, menarik betul resepi sis khamalia. saya telan terus ja, xmampu rasanya nak telan air byk2 ni..ehehe. anyway, thanks kongsi idea ni. boleh try kt husband nanti

    ReplyDelete