Friday 8 May 2015

Pencarian Mee Kolo dan Laksa Sarawak di Gib's Kopitiam, Mutiara Damansara

Pencarian Mee Kolo dan Laksa Sarawak di Gib's Kopitiam, Mutiara Damansara


Sempena cuti hari hol Pahang semalam, kami sekeluarga berangkat dari Temerloh ke rumah kami di KL pada hari sebelumnya (Rabu).

Dari di Temerloh lagi saya sudah memasang target untuk pergi ke Gib's Kopitiam di Mutiara Damansara, berdekatan kawasan Ikea dan The Curve. Lagipun rumah kami berdekatan kawasan itu sahaja.

Saya mengetahui tentang kewujudan kopitiam ini daripada rakan sama sekolah menengah dahulu (Mem Fareiny) melalui sharing beliau dalam group WhatsApp kami (zaman sekarang ni hampir semua orang yang ada smartphone ada group wasap masing-masing, memungkinkan info semakin cepat beredar di hujung jari).

Beliau merupakan seorang food-hunter tegar, jadi, memang mudah hendak mendapatkan info-info tempat makan best daripada beliau.

Laksa Sarawak yang terkenal

Mencari tempat


Tidak sukar untuk En. B mencari Gib's Kopitiam kerana kedudukannya yang berdekatan (seberang) Nasi Ilham Kukus yang popular di Mutiara Damansara.

En. B selalu tapau nasi kukus dari Nasi Kukus Ilham ni yang memang terkenal dengan kesedapan ayam goreng berempahnya.

Bagi yang tidak biasa, memang kena guna Waze sebab kedudukan deretan kedai makan ni agak ceruk dalam kawasan perumahan mewah Mutiara Damansara di sini.

Sesampai sahaja di Gib's Kopitiam, tanpa berlengah lagi kami terus masuk ke dalam Gib's Kopitiam. Mana tidak, sudah berbulan-bulan juga saya tidak menikmati mee kolo dan laksa Sarawak, sedangkan kedua-dua hidangan ini mudah didapati ketika kami masih tinggal di Sarawak selama setahun pada tahun lepas. Cuma satu lagi hidangan yang masih dalam igauan saya, yakni mee goreng basah Sarawak Chinese-style (of course yang halal la, sekarang Chinese food banyak halal dah).



Signboard Gib's Kopitiam, comel je tapi cozy sangat, best

Laksa Sarawak vs Mee Kolo

Mee Kolo yang menjadi idaman

Disebabkan saya tidak boleh makan kedua-duanya pada satu masa (perut dapat telan satu hidangan je dulu huhuhu), saya memesan mee kolo untuk diri sendiri dan juga untuk keempat-empat anak. Saya simpan target untuk datang semula untuk menikmati laksa Sarawak pula.

En. B pula pada mulanya memesan nasi lemak sambal sotong, namun disebabkan sambal sotong tidak available, En. B menukar pesanan kepada Laksa Sarawak pula yahooo...

Acheh sebagai seorang penggemar mee rasa Sarawak sejak kecil benar-benar menikmati mee kolonya. Begitu juga dengan si kecil Noh Ritz yang selesa makan sendiri dan enggan saya menyuapnya.

Acheh dan Noh Ritz yang khusyuk menikmati mee kolo masing-masing
Cuma Yaya je yang kurang menikmati, mungkin kerana potongan daun bawang dalam mee (biasalah budak-budak yang tidak gemar ada warna hijau dalam makanan huhuh). Kakak pula seperti biasa, makan dengan perlahan tetapi mampu habis semangkuk.

Mee Kolo yang disediakan memang sedap. Sangat sedap malah boleh menandingi standard mee kolo di sesetengah kedai makan di Sarawak sendiri.

Begitu juga dengan Laksa Sarawak, memang sedap. Kuahnya pekat dan rasa kuah udang yang direneh sangat terasa (tidak cair leleh seperti sesetengah kedai sendiri di Sarawak). Cuma disebabkan lidah saya sudah terbiasa pedas makanan Semenanjung, saya berharap kuahnya sedikit pedas, tapi keseluruhannya memang sedap!

Saya sangat-sangat mengesyorkan tempat ini kepada mereka yang ingin mencuba makanan Sarawak tanpa perlu ke Sarawak. Lebih-lebih lagi orang Sarawak yang telah lama bermastautin di Semenanjung yang merindui rasa Sarawak.

Dari segi service, Gib's Kopitiam boleh pertingkatkan lagi, kerana pelayan yang datang kepada kami tu agak sedikit pendiam namun tetap ada senyuman. Pesanan air pun salah (En. B order teh tarik, tapi yang tiba teh tarik ais). Namun pelayan tersebut cepat-cepat membetulkan pesanan.

Kedainya sederhana, hiasan dan warna yang ceria dan terasa cozy. Memang selesa membawa anak-anak kecil ke sana. Mungkin peralatan yang tidak digunakan di ruang makan yang tidak digunakan boleh disimpan di ruang belakang kerana agak mencacatkan suasana, menampakkan kedai itu seperti lengang tanpa pelanggan.

Menu juga boleh diperkemaskan kerana ada beberapa menu tidak perlu pun berada dalam menu, sama ada tidak available ataupun kelihatan tidak fokus. Sebaiknya mereka fokus pada menu yang sering mendapat sambutan daripada cuba menghidangkan semua namun tidak menjadi (saya terlalu banyak menonton Restaurant Redemption ngeee).

Nanun keseluruhannya, memang ok, sebab yang penting makanan sedap.

Gib's Kopitiam, insyaAllah kami datang lagi!

Sempat selfie sementara menunggu order

No comments:

Post a Comment