Sunday, 5 October 2014

My Travel Bucket List - Places to Go, Sights to See (Part 1 - Venice, Italy)

My Travel Bucket List - Places to Go, Sights to See (Part 1)


Hari ini entry santai, macam biasa saya khaskan hari minggu untuk berkongsi cerita santai, perkara biasa dalam hidup kita. Manusia biasanya bercakap tentang tiga perkara; perkara yang lepas, perkara yang sedang berlaku, dan perkara yang akan datang. Manusia juga bercakap tentang tiga perkara akan tiga perkara tersebut; angan-angan, idea dan gosip. Cuma minda dan attitude yang akan membezakan sama ada angan-angan itu akan bertukar menjadi cita-cita, idea bertukar menjadi realiti, dan gosip menambah dosa atau mengambil pengajaran daripadanya.

Photo: www.milanocard.it

Apakah attitude? Kamus online dictionary.reference.com mendefinisikan attitude sebagai, "manner, disposition, feeling, position, etc., with regard to a person or thing; tendency or orientation, especially of the mind". Bahasa mudah, sikap.

Oh, saya tidak akan mengkategorikan perkongsian tentang attitude sebagai entry santai. Itu hanya mukadimah tentang My Travel Bucket List.

Manusia tidak terlepas daripada berangan-angan kerana angan-angan menghidupkan harapan dan harapan yang menjadikan kita manusia biasa dan harapan menyebabkan kita bangun pagi. Tanpa harapan, jiwa menjadi tidak bernyawa. Sudah tentu kita hanya merancang dan Allah menentukan, dengan attitude yang betul, kita melaksanakan bahagian manusia iaitu berusaha. Seperti mengangankan syurga, antara usaha adalah dengan melakukan ibadah, mengumpul pahala, dengan iman yang diperbaiki masa ke semasa, istiqamah dan sebagainya, akan tetapi akhirnya tetap tertakluk dalam rahmat Allah.

Ya, ada Part 1, kerana kebarangkalian untuk Part 2 dan seterusnya muncul adalah besar. Sudah tentu ada tempat-tempat lain yang ingin saya lawati dengan mode vacation, seperti San Francisco dan Prince Edward Island, sekadar menyebut beberapa tempat.

My Travel Bucket List - Places to Go, Sights to See


***Nota awal, saya tidak akan memasukkan Tanah Haram Mekah dan Madinah dalam wish list saya kerana ianya saya masukkan dalam kategori istimewa. Ianya bukan tempat untuk dilawati kerana suka-suka melancong. It's beyond words can describe. Titik (jangan memberi peluang kepada syaitan untuk membisik-bisik).

  • Venice, Italy
Ya, antara tempat yang dikenali kerana romantisme, legenda tentang Casanova (oh, saya belum menonton Casanova lakonan aktor kegemaran, Heath Ledger), keunikan jaringan penempatan yang berdiri atas 118 pulau-pulau kecil yang bersambung oleh bangunan dan jambatan, yang berpisah oleh terusan-terusan yang dilalui oleh sampan gondola yang menjadi identiti Venice. 

Sebagai seorang histroy geek, saya sukakan Venice kerana nilai sejarahnya yang tinggi. Di sinilah puncak pertembungan dunia Islam, pemindahan teknologi dan ilmu dari dunia tamadun Islam ke dunia barat. Di sini juga berlaku usaha percetakan al-Quran yang bagaimanapun menyaksikan al-Quran yang dicetak terpaksa dibakar kerana kekurangan teknologi percetakan pada era 1500-an yang telah mengubah tulisan, kandungan dan maksud al-Quran (menurut apa yang saya tonton di televisyen). Anda boleh baca lebih lanjut tentang sejarahnya di sini.

Melalui rancangan dokumentari yang saya tonton itu, sekian lama cetakan salinan tersebut telah dirujuk sebagai "ghost" kerana tidak pasti akan kewujudan malah sejarahnya. Namun, masih terdapat satu salinan cetakan rosak tersebut yang selamat. Ianya sekadar menjadi bukti sejarah tentang pernah suatu ketika dahulu, wujud usaha untuk mencetak al-Quran dengan teknologi yang terhad di Venice, Italy. Boleh dikatakan faktor sejarah ini menimbulkan minat saya terhadap Venice selain daripada faktor architecture dan budaya serta mood yang romantis. 

Saya berpendapat, di mana-mana sahaja tempat bersejarah dan penuh nostalgia akan menimbulkan mood romantik, tidak kira sama ada menelusuri terusan di Venice, atau berjalan di tebingan sungai Reine, Paris, malah tidak perlu pergi jauh, dengan menelusuri sungai Melaka, menjadikan definisi tempat romantis bergantung kepada individu. 


Mari cuci mata dengan gambar-gambar pemandangan Venice, Italy. Semoga menguatkan lagi semangat dalam Kempen "Berbasikal" ke Itali dengan RTI. Alang-alang berangan nak ke Venice, lakukan dengan bergaya dengan perlancongan bertaraf 5 bintang. Sudah tentu lagi best apabila ianya percuma, ditanggung penuh oleh Shaklee...RCA...RCA...RCA...

Photo: www.tui-travelcenter.ro
Photo: www.world-finance-conference.com
Photo: colorsnspirits.com
Photo: www.italybyclick.com

Photo: foundtheworld.com
Photo: www.cazebonne.nl


Rujukan:

http://dictionary.reference.com/browse/attitude


No comments:

Post a Comment