Thursday, 6 November 2014

Resepi Sup Ayam: Sup Ayam Berkentang

Resepi Sup Ayam: Sup Ayam Berkentang


Bagi yang sememangnya mengikuti blog saya dari awal, pasti akan menyedari minat saya terhadap sup ayam. Pelbagai variasi resepi sup ayam yang telah saya cuba, ubahsuai atau cipta mengikut citarasa, dengan latar belakang cara masakan gaya Cina. Lebih-lebih sekarang, setelah berkahwin dengan En B, bertambah variasi dengan rasa Melayu dalam masakan saya.

Sup ayam berkentang merupakan hidangan sup yang sangat ringkas dan mudah dibuat. Saya menganggap sup ayam berkentang sebagai salah satu hidangan hearty-meal yang memenuhi keinginan makan untuk rasa gembira, tetapi dengan cara lebih sihat berbanding makanan lain yang biasanya menjadi pilihan mereka yang 'eat for comfort' seperti pizza, coklat, burger, aiskrim yang biasanya mengandungi gula dan lemak yang tinggi.


Sup Ayam Berkentang

Bahan-bahan:


400gm daging ayam, dipotong kecil
3-4 biji kentang, dikupas dan dipotong kiub dan direndam dalam semangkuk air dengan 1 sudu garam
1 inci halia, dihiris halus
3-5 ulas bawang putih, diketuk
Sedikit serbuk bawang putih (jika suka)
Sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah (jika suka)
1 sudu serbuk stok ayam
Garam secukup rasa
2 tangkai daun sup untuk aroma dan hiasan, dihiris kecil-kecil
1 ulas bawang merah, dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
1 liter air

Cara-cara:



  1. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging ayam dan kacau sebentar.
  3. Masukkan air dan biar mereneh dengan api perlahan. Tutup periuk.
  4. Setelah daging, masukkan kentang dan kacau. Tutup semula periuk dan biar sehingga kentang empuk.
  5. Bubuh garam secukup rasa, serbuk stok ayam, serbuk bawang putih dan serbuk lada hitam atau lada sulah, dan kacau sebentar.
  6. Dalam kuali berasingan, goreng bawang merah sehingga naik bau.
  7. Hidangkan sup di dalam mangkuk. Letakkan bawang merah yang telah digoreng ke atas hidangan.
  8. Tabur hirisan daun sup dalam mangkuk hidangan untuk aroma dan sebagai hiasan.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

Tingkatkan Imun Badan dengan Kebaikan Vitamin E







Panduan Memilih Suplemen Vitamin E Terbaik


No comments:

Post a Comment