Bismillah hirrahman nirrahim
Bagaimana saya boleh mengenali Shaklee, atau lebih tepat, bermula bersama Shaklee?
Sejak remaja, saya merupakan seorang pengguna tegar vitamin dan suppemen atas sebab kesihatan. Seawal usia lewat belasan sehingga 20-an, saya mengalami anemia (kekurangan sel darah merah, paras hemoglobin darah yang rendah) dan juga masalah kurang berat badan (body mass index (BMI) kurang daripada 18). Paling teruk, pernah berat saya hanya sekitar 38-39 kg dengan ketinggian 154 cm. Ditambah lagi dengan kadar metabolisme saya yang agak tinggi, maka saya mudah kehilangan berat badan.
Atas sebab itu, saya dipreskrib dengan vitamin dan supplemen oleh doktor. Saya juga membeli sendiri vitamin dan supplemen sama ada dari farmasi, klinik, atau kawan-kawan yang menjual melalui katalog atau MLM masing-masing. Pada masa itu saya belum mengenali vitamin dan supplemen Shaklee lagi. Pada masa itu, saya hanya kenal Shaklee melalui Oprah Winfrey Show yang menampilkan rangkaian produk Get Clean Shaklee.
Dalam tempoh itu, saya mengalami kebanyakan simptom anemia dan juga kekurangan zat yang lain. Keadaan paling buruk adalah semasa pengajian di universiti. Faktor utama adalah pemakanan tidak seimbang; makan di kedai, tidak dapat masak sendiri selama menginap di kolej universiti, faktor kewangan yang terhad sebagai pelajar, makan tidak tentu masa, banyak makan mee segera dan burger, dan pelbagai lagi. Faktor lain adalah kitar tidur yang tidak tentu akibat berjaga menyiapkan assignment dan posting ikut shift yang tidak tentu masa.
Antara simptom yang saya alami ialah sering letih, mudah demam selesema, gigi rapuh, kulit kering, rambut gugur dan mudah putus, mudah lupa, sukar tidur, pening kepala, sering pitam dan kurus kering.
Keadaan sedikit pulih setelah bekerja dan berkahwin. Walau bagaimanapun, anemia masih menemani. Keadaan agak buruk apabila mengandung dan bersalin. Paras hemoglobin darah sukar melepasi paras normal biarpun dengan vitamin dan supplemen yang dipreskrib oleh doktor sepanjang ketiga-tiga kehamilan dan kelahiran anak.
Sehinggalah saya mula mencari set untuk berpantang bagi persediaan kelahiran anak keempat pada awal tahun 2013. Seorang ahli keluarga dan seorang sahabat mengesyorkan saya untuk mencuba Shaklee.
Oleh kerana saya seorang peniaga dari rumah, saya memikirkan kemungkinan untuk mencuba bisnes Shaklee kerana sedar fenomena Shaklee pada masa itu, jadi apa salahnya saya merisik-risik bakal upline untuk memastikan kelangsungan saya dalam bisnes ini, andainya saya berkeputusan untuk melakukan bisnes Shaklee.
Pengalaman kawan-kawan dan sendiri mengajar saya untuk berhati-hati memilih upline biarpun sebagai ahli sahaja, bukannya untuk berbisnes semata-mata (saya akan ceritakan lebih terperinci dalam entry yang lain tentang permulaan bisnes bersama Shaklee).

Dalam pencarian set berpantang itu, saya mengenali Set Berpantang Premium Shaklee. Perkara yang menakjubkan saya ialah sebahagian produknya boleh diamalkan semasa hamil lagi (kandungan saya memasuki trimester ketiga pada masa itu).
Satu lagi perkara yang paling menarik hati ialah ianya bukan sahaja selamat diambil bagi yang ingin menyusukan badan, malah mampu menggalakkan penghasilan susu badan.
Hal ini amat berbeza dengan set bersalin lain yang pernah saya guna sebelumnya. Kebanyakannya berasaskan jamu dan hanya sesuai digunakan selepas dua minggu bersalin. Ada juga yang agak tidak selesa untuk digunakan, malah sesetengah jamu adalah "panas" untuk bayi yang menyusu badan, sedangkan saya seorang yang menyokong penuh pemberian susu badan secara eksklusif.

Saya juga menyelidik dengan lebih lanjut tentang Shaklee, produknya, kelebihan serta syarikatnya. Untuk perkara ini, saya akan ceritakan lebih lanjut dalam entry lain. Dipendekkan cerita, saya mulai yakin dengan Shaklee.
Keyakinan awal tidak akan cukup. Produknya harus digunakan barulah dapat dirasai keberkesanannya.
Oleh kerana sebahagian set berpantang Shaklee sudah boleh diamalkan semasa hamil (kerana terdapat dalam set hamil Shaklee), saya mulakan dengan ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee dan Vitalea, multivitamins yang diperkaya dengan zat besi.
Kelebihannya dapat saya rasa serta merta. Jika sebelumnya saya sering alami gangguan perut dengan pengambilan tablet zat besi (ferrous fumarate tablet), biasanya cirit dan najis berwarna hitam, atau adakalanya najis keras, dengan Vitalea, saya tidak mengalami mana-mana keadaan tersebut biarpun diperkaya dengan zat besi.
Kedua, paras hemoglobin darah saya mula meningkat. Biarpun tidak mendadak, tetapi ianya adalah berita baik untuk saya. Saya mengesyaki pengambilan ESP yang memberi kesan tersebut. Ini kerana dalam penghasilan sel darah merah, bukan sahaja zat besi yang diperlukan, saya juga amat memerlukan protein penting yang perlu untuk pembentukan darah, dan ini saya perolehi daripada ESP.
Nah, jelas bagi saya, produk Shaklee BERKESAN kepada saya.
Tidak perlu lagi saya makan banyak hati ayam bagi mendapatkan zat besi, malah saya sering bimbang dengan pengambilan hati ayam yang berlebihan kerana kemungkinan toksik yang berkumpul dalam hati ayam beralih masuk ke badan saya pula.
Kedua, dalam banyak-banyak vitamin dan supplemen yang pernah saya makan, saya mendapati vitamin dan supplemen Shaklee tidak mengandungi gel silica (bahan pengering) di dalam mana-mana botol atau bekas, kecuali chewable vita-C, itupun kerana mengambil kira kanak-kanak mengambil
vitamin C dengan tangan yang basah (itupun bahan pengering yang digunakan adalah istimewa berpaten).
Vitamin dan supplemen Shaklee juga tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet tiruan atau apa sahaja yang tiruan. Jadi, produk Shaklee adalah semula jadi. Siapa yang tidak mahu produk yang bukan sahaja berkesan malah selamat serta semula jadi?

Vitamin dan supplemen Shaklee hanyalah vitamin dan supplemen kesihatan, bertujuan melengkapkan serta menampung kekurangan zat dan nutrien yang perlu akibat gaya hidup dan pemakanan serta alam sekitar yang kian tercemar. Ia bukanlah ubat untuk mengubat, mendiagnosis, merawat penyakit.
Saya percaya,
Kita adalah apa yang kita makan.
Juga, kesihatan adalah kecantikan.
Ingin membeli sendiri Set Bersalin Shaklee?
Klik di http://leekamalia.blogspot.com/2014/07/harga-set-bersalin-shaklee.html
Klik di http://leekamalia.blogspot.com/2014/07/harga-set-bersalin-shaklee.html
atau boleh juga
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like " dan hantar mesej ke,
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email: leekamalia@gmail.com
No comments:
Post a Comment