Wednesday 25 June 2014

Resepi Sayur Stir-fry dengan bawang putih dan sos tiram

Resipi Sayur Stir-fry dengan bawang putih dan sos tiram 

Resepi sayur stir-fry atau goreng kilas dengan bawang putih dan sos tiram ini biasa dijumpai dalam menu kedai makan atau restoran makanan laut. Hidangan ini merupakan salah satu gaya masakan sayur Chinese-style yang bukan sahaja segar malah sedap biarpun diratah begitu sahaja, ataupun bersama nasi,

Sayur choy tham boleh digantikan dengan sayur lain seperti brokoli, kailan, sawi Jepun, kubis bunga atau ikut kegemaran.



Bahan-bahannya;


Sepaket sayur choy tham
Sedikit daging ayam dipotong kecil atau dicincang 
5 ulas bawang putih diketuk
Sos tiram secukupnya 

Cara-cara memasak;


1. Rendam sayur yang telah dicuci dan dibelah ke dalam air berisi segenggam kecil garam selama 10-20 minit. Selain mencuci racun pesticide yang biasanya digunakan dalam penanaman sayur, air garam juga dapat memaksa keluar cacing, pacat, lintah atau ulat yang mungkin ada bersembunyi di celah daun sayur. Bilas dan toskan.

2. Dengan api yang besar, panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan potongan ayam dan kacau sehingga masak.

4. Masukkan sayur yang telah distos.

5. Masukkan pula kira-kira satu senduk sos tiram atau secukupnya. Kacau kira-kira seminit.

6. Siap untuk dihidangkan.

Tips: Elakkan menggoreng stir-fry lama-lama bagi mengelakkan sayur menjadi kuning, layu dan kehilangan zat.


Selamat mencuba!

Testimoni Meal Shakes French Vanilla Shaklee: Sistem Imun Tubuh yang Lebih Kuat










Bahaya Keracunan Plumbum kepada Kesihatan


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

***Proses penyediaan makanan seperti mencuci dan merendam sayur setelah dipotong atau sayur yang dimasak dalam tempoh yang lama boleh menghilangkan sesetengah zat yang penting dan sensitif seperti vitamin C. Kandungan tanah yang tercemar tempat sayur dan buah ditanam juga mempengaruhi kualiti zat makanan. Begitu juga dengan penggunaan pesticide dan racun rumpai. 

Bagi melengkapkan zat dan nutrien asas yang perlu tetapi kemungkinan berlaku kehilangan zat semasa penyediaan,  disarankan mengambil multivitamin seperti Vita-Lea dan Sustained Release Vita-C Plus atau Chewable Vita-C. Kekurangan zat boleh menyebabkan sering letih, mudah jatuh sakit, kulit yang kering dan kasar, rambut gugur serta banyak lagi keadaan lain.


Photo: Shaklee Malaysia
Photo: Shaklee Malaysia

Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk atau konsultasi
Call SMS WhatsApp 0196311031
Facebook : Kamalia Auderina Lee
Atau
" Like "
Facebook Page : Natural Safe Vitamins Dietary Supplements
Facebook Page : Set Bersalin Mesra Breastfeeding
Email : leekamalia@gmail.com

No comments:

Post a Comment