Friday 5 December 2014

Resepi Ayam: Kebab Ayam Eggmaster

Resepi Ayam: Kebab Ayam Eggmaster


Dua hari lepas saya membeli Kessler Eggmaster yang dijual di ruang legar Medan Mall, Mukah. Biarpun peralatan yang sama mungkin boleh dibeli secara online dengan harga yang lebih murah, saya tetap membelinya daripada jurujual tersebut.

Mungkin atas sebab-sebab saya sendiri seorang peniaga, maka saya memahami jurujual tersebut dan memberinya belian atas usaha pemasaran yang saya kira baik. Jika bukan kerana demonstrasi produk yang menarik yang dikendalikan oleh jurujual tersebut, pasti saya langsung tidak berkenan hendak membelinya biarpun muncul dalam talian dengan harga yang murah.

Kebab Ayam (gambar kecil ialah Kessler Eggmaster)

Maka, akhirnya hari ini terciptalah resepi kebab ayam ciptaan sendiri (saya sendiri tidak pasti apa nama yang sepatutnya diberi, mula-mula saya namakan sebagai chicken roll atau gulungan daging ayam, namun ianya tidak menggunakan pembalut pun untuk dinamakan sebagai chicken roll). Setelah membuat kajian sedikit, akhirnya saya memutuskan resipi tersebut hampir menyamai kebab ayam.

Biarpun manual set Kessler Eggmaster turut disertai dengan pelbagai resepi yang boleh dicuba, saya cuba mencipta variasi resepi Eggmaster sendiri, dengan syarat resepi perlu menggunakan telur sebgai bahan utama bagi membolehkan resepi berjaya dihasilkan dengan menggunakan Kessler Eggmaster tersebut.

Bahan-bahan:


  • 300gm daging ayam kisar (minced chicken)
  • 5 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 labu bawang besar Holland, dicincang halus
  • 1-2 ulas bawang merah, dicincang halus
  • 2 biji telur ayam (saya menggunakan telur ayam kampung)
  • 3/4 cawan tepung ubi kayu
  • Garam secukup rasa (kira-kira 1 sudu teh)
  • Serbuk lada sulah secukupnya
  • Minyak masak dalam penyembur Kessler Eggmaster


Cara-cara:



  1. Pukul telur bersama tepung ubi kayu sehingga sebati.
  2. Dalam bekas yang lain, gaul daging ayam kisar bersama bawang yang telah dicincang halus.
  3. Masukkan garam dan lada sulah. Gaul rata.
  4. Masukkan campuran tepung ubi kayu dan telur yang telah dipukul ke dalam campuran ayam tadi.
  5. Gaul rata sehingga benar-benar sebati.
  6. Sediakan Kessler Eggmaster. Lampu merah menandakan belum bersedia untuk digunakan, lampu hijau bermakna sedia untuk digunakan.
  7. Semburkan minyak masak (alat penyembur kecil turut diberikan dalam set Kessler Eggmaster ini) ke dalam kebuk sebanyak 3 kali semburan.
  8. Apabila lampu telah bertukar hijau, masukkan campuran daging ayam tadi ke dalam kebuk dan tekan agar padat dengan menggunakan alat penekan yang turut disertakan dalam set Kessler Eggmaster tersebut.
  9. Masukkan kira-kira 3/4 penuh dalam kebuk.
  10. Cucuk dengan pencucuk sate.
  11. Tunggu sehingga kebab ayam tadi muncul naik dengan sendirinya oleh tekanan dari kebuk Kessler Eggmaster.
  12. Jika ingin terus dimakan dan mahu daging ayam masak lebih lama, masukkan kembali kebab ayam tadi sebanyak 2 atau 3 kali.
  13. Sedia untuk dihidangkan.
  14. Jika ingin menggoreng atau membakar kebab ayam tersebut, memadai jika hanya masukkan sekali dan kemudian kebab tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk ataupun terus digoreng atau dibakar, ikut kegemaran masing-masing.
Sangat mudah dan menyeronokkan, bukan? Anak-anak pasti seronok jika dapat melakukan aktiviti ini bersama-sama. Penyediaan sarapan juga nampaknya menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan Kessler Eggmaster ini.

(Maaf, saya tidak menjual Kessler Eggmaster ini, tetapi jika berminat mendapatkan suplemen untuk kesihatan, kecantikan dan awet muda, anda boleh hubungi saya (Tel: 019-6311031) untuk mendapatkan suplemen dan vitamin Shaklee yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam).



Bahan-bahan
Pukul telur bersama tepung ubi kayu

Gaulkan daging ayam kisar bersama garam dan lada sulah
Campurkan campuran ayam dengan campuran telur dan tepung 
Gambar kiri: penyembur minyak masak
Gambar kiri: lampu merah
Gambar kanan: lampu hijau
Gambar atas kiri: alat penekan dan pencucuk sate

Kebab ayam muncul naik dari kebuk oleh tekanan apabila masak. Masukkan kembali jika mahu daging ayam lebih masak

Kebab ayam yang telah siap
Boleh dihidangkan terus, atau digoreng mahupun dibakar

32 comments:

  1. Sedapnya. Tergugat iman Tengok.. Hehe.. Terus trasa nak makan kebab.. Dahlia favorite kebab.. Tp ini lain.. Kbab luar telur.. Bestnya mkann sarawak ni..
    TIPS PILIH HANDBAG YANG SESUAI DENGAN BENTUK TUBUH

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni saya amik inspirasi chicken spring roll atau ngu hiang yang Chinese selalu buat tu, cuma ni tak guna kulit wantan untuk gulung

      Delete
  2. resipi ayam kebab eggmaster yang sangat menyelerakan

    http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/12/cara-ke-branch-baru-hq-shaklee-sunway.html

    ReplyDelete
  3. Selalu nampak org jual eggmaster tu.tp tak da minat.tapi bila sis share resepi kebab ni dan menggunakan eggmaster, terus tercari Siapa yang menjual nya.hihi
    Nice sharing


    vitamin C Shaklee terbaik di pasaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi patut dapat komisen Kessler ni dah tolong promote ehehe

      Delete
  4. Makan panas2 pastu cicah sos..sedap!

    JommSihatDanCantik -> MENYERLAHKAN KEJELITAAN SEBENAR KULIT ANDA

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lagi sdap, bakar atau goreng garing dulu..cicah sos cili..tak pun mayonis dan mustard..fuhh

      Delete
  5. Comelnya bekas tu...selalu tgk kat online orang jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu tgk gak, tapi sebab tak paham nak guna, tak berminat. bila tgk demo, wah macam best hihi

      Delete
  6. Replies
    1. cari jangan tak cari..brand ori harganya Rm100+..kalau tak ori, cepat terbakar

      Delete
  7. Menarik.... tgk pon dah rase mcm sedap.,,nak jugak,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang goreng garing lagi sedap, tapi tak ambil photo pulak heheh

      Delete
  8. Replies
    1. dah habis dah, terasa nak buat yang daging punya lak hihih

      Delete
  9. Wah menariknya..rajin kak lia masak..meh cepat-cepat pindah sini boleh jalan pahang kita makan besar..hehe

    Punca Gadis Cantik Ini Ditoreh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi datang rajin...kadang-kadang tu ada juga penyakit malas ke dapur hihih

      Delete
  10. Rajin betul kak lia masak. macam2 menu pulak tu...boleh jadi gemuk kalau kita tgal bersama ni... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi Tun lagi la saya tengok rajin buat macam-macam..takpe, menu saya byk menu sihat, kalau tak sihat tu cepat-ceat telan phytocol ekeke

      Delete
  11. Replies
    1. nak kata minat, ikut kerajinan je sebenarnya hihihi datang penyakit malas tu susah jugak

      Delete
  12. Wah ni kira promote egg master ni. Hehe macam nam survey pula harganya :)

    ReplyDelete
  13. Wah ni kira promote egg master ni. Hehe macam nam survey pula harganya :)

    ReplyDelete
  14. Sedap yer.nampak sangat menyelerakan...yummy yummy

    ReplyDelete
  15. nak cari juga la kat mana ade orang jual Kessler Eggmaster ni.. nampak menyelerakan dan mesti dapat umpan selera anak2..

    ReplyDelete