Wednesday 26 November 2014

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Sembuhkan Kulit dengan Zinc

Siri Kulit Sihat: Inginkan Kulit yang Lebih Sihat? Sembuhkan Kulit dengan Zinc

Zinc merupakan mineral yang penting dalam memelihara fungsi tubuh terutama fungsi enzim yang menjalankan sistem tubuh badan kita. Zinc sangat penting untuk:
  • tumbesaran tubuh badan dan pertumbuhan serta pembahagian sel 
  • memelihara kesuburan [Tingkatkan Kesuburan Lelaki dengan Suplemen Shaklee]
  • membantu fungsi sistem imun tubuh
  • fungsi deria rasa dan bau yang memelihara selera makan
  • kesihatan dan kecantikan kulit, rambut dan kuku
  • memelihara kesihatan penglihatan
Photo: www.healthtap.com

Bagaimana zinc memelihara kesihatan dan kecantikan kulit?


  • Zinc mengoptimumkan pemuliharaan sel-sel dan tisu kulit.

Krim yang mengandungi zinc digunakan memulihkan ruam lampin bayi atau ruam akibat peluh yang dialami oleh orang dewasa. Krim zinc juga digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.


Photo: www.webmd.com

  • Zinc mencegah jerawat atau akne

Jerawat dan akne juga dikaitkan dengan kekurangan zinc. Suplemen mengandungi zinc dapat membantu mengatasi masalah akne atau jerawat yang teruk terutama di kalangan remaja yang biasanya menghadapi masalah jerawat yang teruk.

Selain daripada itu, zinc juga didapati dapat membantu dalam menghilangkan parut jerawat.

Photo: www.howtoremoveacne.in

  • Zinc bersifat anti-radang

Zinc didapati memberi kesan positif dalam mengatasi masalah dermatitis. Sifat anti-radang zinc membantu dalam melegakan keradangan kulit akibat rengsa oleh racun tumbuhan, atau kerosakan daripada selaran matahari (sunburn), lepuh-lepuh kulit mahupun meredakan gusi yang bengkak.

Kesan kekurangan zinc ke atas kulit


Kekurangan zinc menyebabkan tumbesaran yang terbantut dan merencat perkembangan otak di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Dari segi kulit pula, kekurangan zinc dapat dilihat pada;
  • kulit yang kering dan kasar
  • mudah terkena jangkitan kulit
  • luka yang lambat sembuh
  • dermatitis
  • akne atau jerawat
  • kuku yang rapuh dan rambut yang rosak
Photo: www.medindia.net

Sumber makanan kaya dengan zinc

Sumber makanan yang kaya dengan zinc ialah;
  • kepah
  • daging terutama daging merah seperti daging lembu
  • kekacang
  • ayam
  • telur
  • susu
  • bijirin yang diperkayakan
  • sayuran hijau, buah-buahan dan kentang
Sumber terbaik zinc yang dapat diserap dengan baik oleh ialah daripada zumber daging merah. Biarpun tumbuhan turut membekalkan zinc, serat dan phytic acid yang biasanya terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan merencat penyerapan zinc ke dalam sistem pencernaan tubuh.

Awas pengambilan suplemen zinc yang berlebihan


Pengambilan suplemen zinc adalah perlu jika terdapat tanda-tanda kekurangan zinc yang jelas sahaja. Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen zinc dengan dos yang tinggi untuk jangka masa yang panjang tidak digalakkan dan haruslah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. 

 Zinc yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan penghadaman seperti loya dan muntah, pening dan sakit kepala serta gangguan fungsi mineral yang lain seperti zat besi, kalsium dan kuprum. Oleh itu, memadai mengambil suplemen multivitamin yang mengandungi zinc (atau dengan memastikan kandungan zinc pada botol suplemen) ataupun mengamalkan pemakanan seimbang.

Dos zinc yang diperlukan

  • Bayi - 5mg
  • Kanak-kanak - 10mg
  • Wanita dewasa - 12mg
  • Ibu hamil - 15mg
  • Ibu menyusu badan - 19mg
  • Lelaki dewasa - 15mg

Dos yang 'tolerable' ialah sebanyak 20-30mg bagi orang dewasa dengan maksimum sebanyak 40mg. Pengambilan suplemen zinc dengan dos lebih daripada itu haruslah mendapatkan nasihat doktor.

Zinc Complex Shaklee


Zinc Complex Shaklee membekalkan 100% keperluan zinc tubuh (sebanyak 15mg zinc). Ianya terdapat dalam formulasi zinc gluconate yang tinggi bioavailabiti (mudah diserap oleh tubuh) selain satu bentuk formulasi zinc yang rendah kandungan cadmium yang didapati boleh mengganggu fungsi tubuh jika terambil berlebihan.

Photo: Shaklee Malaysia



Rujukan:




http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/skin/minerals/

rahsia kulit sihat
Photo: www.healthdigezt.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan Zinc Complex Shaklee?
Anda juga boleh melakukan belian sendiri secara online.
Klik untuk belian online sendiri. Kad kredit/ debit diperlukan.


Garlic Complex Shaklee


atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian produk, atau untuk menyertai KEAHLIAN SHAKLEE

Call SMS WhatsApp 019-6311031

Facebook : Kamalia Auderina Lee

Atau

" Like " dan hantar mesej ke,
Email: leekamalia@gmail.com

6 comments:

  1. Bagus zinc ni. Saya sapu zinc kat luka anak. Memang cepat lukanya kering.

    ReplyDelete
  2. Kawan sy ada beli zinc untuk rambut dan kulit..tapi sygnya dia x konsisten.kalo x, mesti ada kesan positif pd kulit dia yg berjerawat. Tp sy akan cuba paksa dia makan

    ReplyDelete
  3. kulit jerawat memang sangatla kena kalau dengan zink..nk bagi smooth plak sudah tentu bantuan cik b complex

    ReplyDelete
  4. Banyak kebaikan zinc ni..tq atas perkongsian info

    Aktiviti Merangsang Minda Anak

    ReplyDelete
  5. Saya baru jek bagi hsbnd amalkan zinc... xsabar nk tggu hasilnya...

    ReplyDelete
  6. http://madey09.blogspot.com/ tersinggah blog anda...

    ReplyDelete